Thursday 13 March 2014

MODUL KOMSAS TINGKATAN 5

KOMSAS ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU





ANALISIS SOALAN KOMSAS
Jenis/Tahun
Prosa Moden
Prosa Klasik
Puisi
Nov 2001
Tragedi
[Antologi Kerusi]
Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya
[Antologi Anak Laut]
Aku Menjadi Lebih Berani
 [Antologi Anak Laut]
Jun 2002
Sebutir Pasir di Kaki [Antologi Kerusi]
Pertarungan Tuah dengan Jebat
[Antologi Anak Laut]
Syair Jong Pecah
[Antologi Kerusi]
Nov 2002
Seri Nara
[Antologi Anak Laut]
Kezallman Membawa Padah
[Antologi Kerust]
Gurindam Baris Hadapan
 [Antologi Anak Laut]
Jun 2003
Titik-titik Perjuangan [Antologi Anak Laut]
SikapTerburu-buru Akan Membawa Padah
[Antologi Anak Laut]
Keindahan Yang Hilang
[Antologi Kerusi]
Nov 2003
Menatap Wajahnya [Antologi Anak Laut]
Asal Usul Raja Kecil
[Antologi Kerusi]
Tukang Gunting  [Antologi Kerusi]
Jun 2004
Aku, Kris, dan Kristal [Antologi Kerusi]
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
[Antologi Kerusi]
Pantun Mengenang Nasib
[Antologi Anak Laut]
Nov 2004
Budi yang Tak Terbeli
[Antologi Anak Laut]
Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah
[Antologi Anak Laut]
Seloka Pandai Pak Pandir
 [Antologi Kerust]
Jun 2005
Seri Nara [AntologiAnakLaut]
Kezaliman Membawa Padah
[Antologi Kerust]
Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih   [Antologi Anak Laut]
Nov 2005
Puteri Li Po
[Antologi Kerusi]
Cerita Bayan Tidak Menurut Kata lbu Bapanya   [Antologi Anak Laut]
Sejarah  [Antologi Kerusi]
Jun 2006
Jangan Bunuh Rama-rama
[Antologi Kerusi]
Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah
[Antologi Anak Laut]
Pembeli Masa Sudah
[Antologi Anak Laut]
Nov 2006
Kerana Manisnya Epal
[Antologi Anak Laut]
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
[Antologi Kerusi]
Syair PembunuhanAngrenl
 [Antologi Anak Laut]
Jun 2007
Mariah
[Antologi Kerusi]
Pertarungan Tuah Dengan Jebat
[Antologi Anak Laut]
Di Kota Kecilku   
[Antologi Kerusi]
Nov 2007
Titik-Titik Perjuangan
[Antologi Anak Laut]
Asal Usul Raja Kecil  [Antologi Kerusi]
Gurindam Memelihara Anggota Dan Hati Daripada Kejahatan
[Antologi Kerusi]
Jun 2008
Pusaran
[Antologi Anak Laut]
Kezaliman Membawa Padah
[Antologi Kerusi]
Manusia Dan Kesejahteraan
 [Antologi Anak Laut]
Nov2008
Di Sisi Rinda
[ Antologi Kerusi ]
Peminangan Puteri Gunung Ledang
[ Antologi Anak Laut ]
Pantun Lapan Kerat
[ Antologi Kerusi ]
Jun 2009
Kerusi
[ Antologi Kerusi ]
Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah
[Antologi Anak Laut]
Pantun Kiasan
[Antologi Anak Laut]
Nov 2009
Virus Zel Untuk Abah
[ Antologi Kerusi ]
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
[Antologi Kerusi]
Anak Laut
[Antologi Anak Laut]
Jun 2010
Serunai Malam [Antologi Anak Laut]
Asal-usul Raja Kecil
 [Antologi Kerusi]
Derita Pertama
 [Antologi Anak Laut]
Nov 2010
Lambaian Malar Hijau  [Antologi Anak Laut] Pertarungan Tuah dengan Jebat [Antologi Anak Laut] Syair Kelebihan Ilmu [Antologi Kerusi]
Jun 2011
Virus Zel Untuk Abah  [Antologi Kerusi] Peminangan Puteri Gunung Ledang [Antologi Anak Laut] Seloka Pak Kaduk [Antologi Anak Laut]
Nov 2011
Drama Cempaka Berdarah [Antologi Harga Remaja] Hikayat Dua Geliga Hikmat [Antologi Dirgahayu Bahasaku]

Pantun Enam kerat [Antologi Dirgahayu Bahasaku]
Jun 2012
Pungut@Zahara@Yap Siew Hongc [Antologi Dirgahayu Bahasaku] Hikayat Siak    [Antologi Dirgahayu Bahasaku]

Adat Sezaman [Antologi Harga Remaja]
Nov 2012
Cerpen Hutan Rimba [Antologi Dirgahayu Bahasaku] Merah Silu [Antologi Harga Remaja] Sajak Bangkitlah [Antologi Dirgahayu Bahasaku]

Jun 2013
Drama Dato Onn [Antologi Dirgahayu Bahasaku] Hikayat Khoja Maimun [Antologi Harga Remaja] Syair Definisi Orang Berakal[Antologi Harga Remaja]
Nov 2013
Cerpen Israk [Antologi Harga Remaja] Hikayat Indera Nata [Antologi Harga Remaja] Sajak Dirgahayu Bahasaku [Antologi Dirgahayu Bahasaku]
Jun 2014



Nov 2014



icon18_wrench_allbkgPROSA MODEN:

Cerpen
Pengarang
Sinopsis
Tema / Persoalan
Pahlawan Buntung

S. Othman Kelantan
       Mengisahkan pertemuan Khalid (generasi muda) dengan Pak Husain, bekas pejuang negara.  Khalid sangat menghormati Pak Husain (Pahlawan Buntung) yang banyak berjasa kepada negara, terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan Jepun.  Dia sanggup bergadai nyawa menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada serangan Jepun.  Pak Husain digelar Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung akibat terkena bom tinggalan Jepun semasa berjalan di tepi pantai.  Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberaniannya.  Dalam cerpen ini plot ceritanya dikembangkan dengan berkesan, bermula dengan pertemuan generasi muda dengan bekas pejuang negara menerusi teknik imbas kembali.  Cerpen ini juga sarat dengan mesej yang memberikan penekanan tentang perlunya patriotisme dalam diri seseorang
-keberanian seorang pejuang tanah air yang sanggup  berkorban nyawa demi menyelamatkan negara daripada penjajah
- Semangat patriotik yang tinggi dalam diri pejuang negara
- ketabahan penduduk kampung dalam mengharungi pelbagai kesulitan dan
keperitan pada zaman perang
- kasih sayang yang menebal dalam
sesebuah keluarga
- kerjasama yang erat dalam sebuah komuniti mampu mengeratkan perpaduan
-Jasa dan pengorbanan tokoh pejuang yang ingin membebaskan anak bangsadan negaranya daripada penjajah
-Sikap masyarakat terhadap perjuangan tokoh kemerdekaan
-Amalan bekerjasama untuk  menjayakan sesuatu pekerjaan
-Sikap prihatin dan menghormati orang tua
-Menghargai dan mengenang jasa
pejuang tanah air

Nilai:

-Gigih
-Rajin
-Kasih sayang
-Insaf
-Patriotik
-berani
-kerjasama
-simpati
-sanggup berkorban
                     
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Mohamad Latiff Mohamed
        Mengisahkan Mak Timah, yang memelihara seorang anak angkat yang cacat, iaitu Pungut.  Nama sebenar Pungut ialah Zahara, manakala nama asalnya Yap Siew Hong.  Pungut sebenarnya cucu pemilik rumah yang disewa oleh Mak Timah, Bibik.  Anak Bibik, Siew Lan tidak mahu memelihara Pungut kerana semasa dia dilahirkan saiznya sebesar sebiji buah betik.  Pungut diramalkan oleh doktor akan hidup selama dua tahun sahaja tetapi kini sudah berusia 24 tahun.  Kecacatan Pungut menyebabkan dia tidak tahu berdikari.  Segala keperluannya diuruskan oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit.  Mak Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan mati dahulu sebelumnya kerana dia tahu tiada orang yang sudi menjaga Pungut.  Mak Timah sangat sayang kepada Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya.  Akhirnya, Pungut tetap tinggal dengan Mak Timah kerana Mak Timah tidak mahu menghantarnya ke rumah kanak-kanak cacat seperti yang dicadangkan oleh anak lelakinya

- ketabahan seorang ibu dalam  membesarkan anak angkatnya yang  cacat dengan penuh kasih sayang.
- kasih sayang seorang ibu angkat  terhadap anak angkatnya.
- kepercayaan kepada kuasa Tuhan kerana manusia hanya merancang tetapi Tuhan  yang menentukannnya
- ketabahan seorang ibu angkat  membesarkan anak angkatnya yang cacat
- kepercayaan terhadap amalam  karut  seperti anak yang membawa sial
- sikap tidak berperikemanusiaan ibu  kandung yang sanggup menyerahkan  anak yang cacat kepada orang lain
Nilai:

-Gigih
-Kasih sayang
-Tabah
-Ikhlas
-Simpati
-Amanah

                     
Idola

Zaen Kasturi
       Mengisahkan seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan minat dan angan-angan untuk menjadi hero bangsawan idolanya.  Dia sebenarnya seorang yang bertanggungjawab dan amanah terhadap tugasnya.  Suatu hari, dia mendapat peluang berjumpa dengan pelakon bangsawan yang amat diminatinya itu.  Dia telah melahirkan apa-apa yang terpendam di hatinya.  Hero bangsawan pula melahirkan apa-apa yang dirasai dan dilaluinya dalam kehidupan.  Menjadi hero bangsawan rupa-rupanya tidak seindah yang dipamerkan.  Hero bangsawan menasihati si penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata.  Akhirnya, si penjaga panggung menerima kenyataan kehidupannya dengan hati kecewa dan dia sedar bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri bukan orang lain.  Masyarakat selalu memperkatakan bintang filem, pelakon atau filem.  Namun, jarang-jarang sekali memaparkan persoalan yang berkisar tentang penjaga panggung.  Cerita seperti ini jarang-jarang diketengahkan dan  penulis berjaya menggarap rasa hati orang yang dekat dengan pelakon.

- kecelaruan mencari identiti diri dalam kehidupan sebenar
- tanggungjawab seorang pekerja terhadap tugasnya
- yakin akan kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri
- rasional dalam membuat sebarang keputusan atau sesuatu perkara
-kejujuran dalam menyatakan perkara  sebenar
Nilai:

-Insaf
-Bantu-membantu
-Nasihat-menasihati
-Kasih sayang
-Rasional
-Amanah
-Berbudi bahasa
-Sabar
Penanggungan

Wijaya Mala
      Watak Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku dalam kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum.  Maznah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya.  Maznah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat.  Maznah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya.  Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mengurangkan beban keluarganya.  Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Maznah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab-musababnya.  Akhirnya, Maznah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan
- Perasaan seorang isteri yang sukar menerima kenyataan bahawa suaminya  sudah meninggal dunia dan menyalahkan takdir atas kejadian yang berlaku
-Setiap manusia akan mati kerana itu merupakan hukum
- Penderitaan balu bersama dengan anak-anaknya yang masih kecil
- Ketabahan dalam  menempuh dugaan hidup
- Usaha pihak atasan dalam memperjuangkan nasib ahli dan keluarga mereka

Nilai:

-Kasih sayang
-Bantu-membantu
-Pasrah
-Simpati
-Hemah tinggi
Hutan Rimba

Sasjira
        Mengisahkan kekesalan Pak Tua sebagai pemandu traktor untuk tujuan pembangunan.  Pak Tua mula berasa kesal akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.  Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usahanya selama ini.  Anaknya telah berjaya menjadi ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah.  Oleh sebab rasa bersalah kerana pekerjaannya itu telah memusnahkan hutan rimba, akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar yang telah dimusnahkannya dahulu
- Penyesalan seorang lelaki tua atas
perbuatan lalunya yang banyak merosakkan
alam sekitar dan usahanya untuk
memulihara hutan rimba yang tercemar.
-Kerakusan manusia merosakkan alam
semula jadi untuk memperoleh kesenangan hidup
-Sikap ketua keluarga yang mementingkan  pendidikan anak-anak
-Kegiatan merosakkan alam semula jadi membawa musibah kepada kehidupan manusia sejagat
-Usaha-usaha untuk melestarikan alam
semula jadi
-Kesepakatan ahli  keluarga untuk menguruskan perniagaan yang berasaskan industri pelancongan.

Nilai:

-Keinsafan
-Bijak
-Kerajinan
-Sepakat


                     
Tanggar Amanat

Amaruszati Noor Rahim




        Mengisahkan seorang wanita bernama Hawa yang bakal menjadi seorang ibu.  Dia amat menyayangi kandungannya yang berusia empat bulan.  Zuriat itu telah dinantikannya hampir lapan tahun.  Hawa telah menghadapi konflik sama ada mahu pulang ke tanah air atau terus berada di Amerika untuk mempertahankan empayar perniagaan Ahmad Abdullah.  Adam, suaminya ingin pulang ke tanah air.  Mereka harus pulang dan memulakan sesuatu yang baharu.  Walau bagaimanapun, Hawa tetap mempertahankan hasratnya untuk terus berada di Amerika.  Akhirnya, anak dalam kandungannya telah bertindak sebagai suara hati nurani untuk mengajak ibunya melihat secara mendalam akan rasional keputusan yang dibuat.  Melalui dialog, anaknya berjaya menyedarkan Hawa bahawa dia tidak perlu bersekongkol dengan Amerika kerana keuntungan perniagaan tersebut secara tidak langsung membiayai musuh .  Akhirnya, Hawa membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama-sama suaminya, Adam.
- Ketegasan seorang wanita dalam mempertahankan empayar perniagaan
yang merupakan warisan keturunannya
- Konflik jiwa seorang isteri / ibu
- Perasaan simpati seorang anak terhadap masalah yang dihadapi oleh ibunya
- Usaha  gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang itu walaupun berada di rantau orang
- Kasih sayang seorang ibu terhadap anak melebihi segala-galanya
- Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan keluarganya harmoni
- Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau pendirian




LATIHAN PROSA MODEN 1: Cerpen Pahlawan Buntung

Khalid bertemu dengan Pak Husain, bekas pejuang negara ketika sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota.  Dalam pertemuan tersebut, masing-masing melahirkan rasa gembira setelah terpisah selama 30 tahun.   Khalid sangat menghormati Pak Husain dan menggelarkannya  sebagai “pahlawan” kerana Pak Husain  banyak berjasa kepada tanah air, terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan askar Jepun di Kelantan.  Dia sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan pendudukan kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan Jepun.
Pertemuan tersebut juga menyebabkan Khalid teringat kembali akan peristiwa yang berlaku pada pagi 8 Disember 1941.  Pada pagi itu, Pak Husain telah mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat termasuklah keluarga Khalid meninggalkan rumah masing-masing menuju ke pangkalan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan Jepun.  Mereka diarahkan berpindah ke Kampung Dal pada waktu subuh.  Keadaan menjadi cemas apabila penduduk kampung yang sudah berada di dalam perahu yang sedang bergerak, tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai perpindahan mereka ke Kampung Dal telah tertinggal.  Mak Bidah yang merupakan isteri kepada Pak Husain meraung apabila menyedari suaminya tidak ikut serta dalam misi perpindahan itu.  Serangan Jepun  di Kelantan pada masa itu menyebabkan suasana menjadi gegak gempita dan huru-hara.  Banyak kawasan dan kubu pihak Inggeris yang dikawal ketat oleh askar Punjabi di Kelantan telah ditawan oleh askar Jepun seperti di Dasar, Sabak dan Pengkalan Cepa.
Dalam keadaan yang huru-hara ketika perang baru sahaja meletus, Pak Husain telah muncul di Kampung Dal dengan cerita perangnya sehingga diberi gelaran “pahlawan” oleh penduduk setempat.  Menurut Pak Husain, dia telah ditahan dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk menguburkan mayat-mayat askar Punjabi dan orang mati di Kampung Pulau Pak Amat.  Pak Husain berjaya melarikan diri daripada tahanan askar Jepun selepas dia membuat helah dengan meminta izin untuk membuang air besar.
Jasa dan kepahlawanan Pak Husain bukan hanya ketika perang Jepun sahaja, bahkan selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, sekali lagi Pak Husain telah berjaya mematahkan cubaan merompak oleh segerombolan perompak yang mencuba merompak rumah Pak Ngah Isa di kampung mereka.  Berbekalkan senapang milik seorang askar Punjabi yang diambilnya ketika perang Jepun dahulu, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih berada di dalam perahu.  Hasilnya, kampung tersebut bebas daripada ancaman rompakan selepas itu.  Pak Husain digelar Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung sebagai akibat terkena pecahan bom tinggalan Jepun semasa berjalan di tepi pantai setahun selepas Jepun menyerah kalah kepada askar British.  Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf  Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberaniannya.













Plot Cerpen  Pahlawan Buntung
                                


Flowchart: Extract: plot
 








Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Suara Pak Husain sangat lemah.  Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah.  Darahnya sudah dicuci.  Tetapi semangat  Pak Husain sudah hilang.  Dia menjadi takut-takut.  Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun.  Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya.  Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami.  Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain.  Dia mesti dijaga.  Dia yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan kami.  Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun.  Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami?  Alangkah besar jasanya.  Alangkah!
            Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut.  Kisah mengapung terus dari kampung Dal ke kampung-kampung yang lain.  Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang.  Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli Kampung Pak Amat.

  1. Nyatakan dua tanda yang menunjukkan semangat Pak Husain telah hilang.                 [2 markah]

  1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mengembalikan semangat Pak Husain sesuai dengan situasi pada masa itu?  Kemukakan tiga usaha tersebut.
[3 markah]

  1. Jelaskan satu perwatakan Pak Husain yang terdapat dalam petikan dan satu lagi perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerita.                                                                   [4 markah]

LATIHAN PROSA MODEN 2:   CERPEN   PENANGGUNGAN (Wijaya Mala)

Kapten Mamat dikejutkan oleh bunyi ……………………………… lalu teringat kembali kejadian yang berlaku kepada Baharum iaitu seorang ………………… yang  terjatuh dari atas tiang agung ke atas ……………………………(lantai atas perahu). Kapten Mamat juga terkenang akan  nasib Baharum yang dituduh ………………………… dan diberhentikan 24 jam. Peristiwa yang paling pahit bagi Kapten Mamat ialah kecelakaan yang menimpa Baharum. Kapten Mamat sanggup  melihat mayat Baharum mati ………….............. tetapi tidak sanggup melihat ……………………………………………………...................
 Tiba-tiba Kapten Mamat terdengar suara …………………………. menjemput tetamu iaitu isteri ( Masnah) dan anak-anak Baharum naik ke rumah. Melihat Masnah dan anak-anaknya  ……………………… merupakan suatu penyeksaan kepada Kapten Mamat.
Namun begitu, Kapten Mamat meminta Masnah jangan terlalu  mengikut hatinya kerana nasib Masnah dan anak-anak akan  diperjuangkan oleh ..................................... Masnah ragu-ragu dengan kenyataan  Kapten Mamat. Masnah diberitahu bahawa kesatuan akan memberi bantuan tetapi ................................ ......................................................................... Masnah tidak mahu berpisah dengan ................................ Dia juga tidak mahu anak-anak mengikut jejak suaminya kerana ............... ......................................................... ........................ Namun begitu,  Kapten Mamat mengatakan ........................................... ada di mana-mana.  Masnah merasakan kekejaman berlaku kepada suaminya keana ......................................................... dilupakan. .Begitu juga dengan anak-anaknya. Bukan ........................................... yang Masnah inginkan tetapi ................................... anak-anaknya.
Akhirnya, Masnah  memberitahu bahawa dia akan ..................................................... dengan  membawa anak-anaknya. Kapten Mamat bersetuju dengan tindakan tersebut kerana menurutnya ................................. ketika ini ................................................................ Kapten Mamat mengatakan bahawa selagi seseorang itu  ..........................  ,  segala-gala yang ada di depan mata merupakan  penanggungan dan perlu ditanggung sehingga akhir hayat. Kata-kata Kapten Mamat tersebut telah menyedarkan Masnah agar ........................................................................................................................

Watak dan Perwatakan

Watak Utama - Kapten Mamat
- Bekerja sebagai kapten ...................
- Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. -  Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa .......................................................................... setelah kematian suaminya Baharum..
- Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. - Kapten Mamat berjanji  kepada Masnah bahawa selagi dia .......................................................... keluarga Masnah ...........................................................

 Watak Sampingan

1. Masnah
 - .............................Baharum.
 - Mempunyai ........................................
- adik-beradik sedatuk ..............................
 - Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. - Masnah amat menyayangi suaminya meskipun .........................................................
- Hidup susah selepas kematian suami. -- Masnah merasa ..............................................hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat ................................................nya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat

- Simpati kepada nasib orang lain - Dia amat simpati terhadap ............................. yang menimpa Masnah.
- Percaya kepada perubatan bomoh - Dia menyuruh .......................................... memanggil bomoh  untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh ................................................

3. Bahar

- Anak .....................................
-- Masih kecil  tetapi sudah .....................................


Plot Cerpen  Penanggungan

 

Flowchart: Extract: plot
 

 

 

 

 

 

 

 

 










Folded Corner: Nilai simpati
 Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa ......................... ..........................................................

 
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
...............................................) demi cinta akan negara
 


































Soalan Pemahaman:

            Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difahami, “sakit kepala”, katanya.
            Mukanya terlalu pucat tetapi matanya liar. Sangka Isteri Kapten Mamat, dia dirasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat menyuruh isterinya memberi air  panas.
            Lama-lama Masnah pulih seperti sediakala. Kapten Mamat berkata,”Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak rehat.”
            “saya akan balik ke kampung, Abang Mat.” Dia memeluk anaknya, Bahar kemanja-manjaan.
            “Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baru. Sekarang orang kampung sedang membangun.”
            “Tetapi saya rasa penyakit saya tidak akan pulih. Sejak beberapa hari ini rasa ngilunya tulang-tulang saya dan jantung saya terasa bagai ditikam-tikam.”
            “Kalau begitu baik pergi jumpa doktor. Engkau jangan malu menyatakan sakit itu. Siap juga manusianya sama saja. Merah warna darah masing-masing, tanda adik-beradik belaka. Malangnya masing-masing ada penyakitnya.”


(i)               Mengapakah isteri Kapten Mamat menyangka bahawa Masnah dirasuk polong?          [2 markah]

(ii)              Sekiranya anda ialah Kapten Mamat, apakah bantuan yang akan anda berikan kepada Masnah  anak-anaknya?                                                                                                                   [3 markah]

(iii)            Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan dua nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.                                                                                        [3 markah]

(iv)            Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum ?                                                                                                                [3 markah]

(v)             Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.                                                                              [3 markah]










NOTA DRAMA:

Drama

Sinopsis
Tema / Persoalan
Nilai
Tiang Cengal Dinding Sayung
(Suriani Mohd Yusof)
       Memaparkan kisah anak yang tidak sabar dan mementingkan kerja serta sikap ibu dan bapa yang sangat berdikari tanpa mengharapkan anak-anak.  Plot dibina secara kronologi.  Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dan sesuai dengan pemikiran pembaca. 

-Perasaan cinta seorang isteri terhadap suaminya.
-Pengabaian kasih sayang dan perhatian  anak-anak terhadap ibu bapa sebagai  akibat kesibukan masing-masing dalam  mengejar  kerjaya dan kemewahan hidup
-Kesetiaan seorang isteri terhadap suami
-Kesibukan anak-anak dalam kerjaya  sehingga mengabaikan ibu bapa
-Jasa ibu bapa yang tidak ternilai harganya
-Kasih sayang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit

·        Kasih sayang
·        Hormat-menghormati
·        Sabar
·        Menghargai  jasa
·        Prihatin
·        Tanggungjawab
·        Kegigihan
·        Keinsafan
·        Berhemah tinggi
1400
(Noordin Hassan)

Drama yang menarik dan mengandungi banyak mesej.  Antaranya sikap manusia yang lupa asal usul.  Akhirnya watak yang lupa diri dan asal usul ini telah diuji dengan petaka dan akhirnya kembali ke jalan yang benar.  Selain itu, watak isteri yang ikhlas dan penuh kelembutan juga menerima nasib yang kurang baik akibat perbuatan salah suaminya.  Akhirnya berlaku perpisahan.

-Penghijrahan manusia yang hidup dalam kemewahan sehingga lupa akan agama dan asal usul setelah diuji dengan musibah
-Kepatuhan pada suruhan agama merupakan asas utama bagi kesejahteraan hidup
-Kepercayaan terhadap amalan yang syirik dan khurafat
-Kesanggupan menipu orang lain demi kesenangan hidup
-Kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang telah dillakukan

·        Ketabahan
·        Keberanian
·        Harmoni
·        Ketaatan
·        Keadilan
·        Kesederhanaan
·        Keinsafan
·        Baik hati



Dato’ Onn
(Othman Haji Zainuddin)

      Mengungkap semangat kebangsaan dan penentangan Malayan Union.  Drama muzikal ini memberikan pengetahuan sejarah tentang isu Malayan Union dan bagaimana orang Melayu yang diketuai oleh Dato’ Onn berusaha menentangnya bagi mendapatkan kemerdekaan.  Penulis telah menggunakan bahasa yang segar diselang-seli dengan watak pencerita.   Kegigihan dan ketegasan Dato’ Onn dipaparkan dengan jelas dan usaha tersebut berjaya membawa negara untuk mencapai kemerdekaan.  Drama ini membawa mesej tentang kegigihan tokoh terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan betapa pentingnya kita sebagai generasi kini menjaga kemerdekaan tersebut
-Perjuangan tokoh kemerdekaan yang membebaskan negara daripada penjajahan
-Kesedaran untuk membangkitkan semangat rakyat
-Pengambilalihan pucuk kepimpinan untuk meneruskan perjuangan
·        Kasih sayang
·        Amanah
·        Berani
·        Setia
·        Patriotik
·        Bersatu
·        Kerjasama
·        Rajin
·        Mempertahankan hak dan maruah
·        Berpandangan jauh
·        Rasional
·        Tegas

LATIHAN PROSA MODEN 3:   DRAMA  TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
                                                                                (Oleh: Suriani Mohd Yusof)


            Mak Jimah iaitu isteri Pak Jumaat bersedih apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa ................................................................................................................... Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah serta Sani iaitu .............................................. cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan ....................... Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar memberitahu hasratnya yang ingin pulang ke ............................................... kepada emaknya kerana ................................. tetapi dia enggan. Sabariah yang panas baran baru balik dari .......................... menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah ...............................................   ..................................................... . Sikapnya ditegur oleh Pak Man iaitu ........................... .................
Salmah  yang baru balik dengan .............................................. dimarahi oleh Sabariah yang menyuruhnya ........................................................... sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah tentang  ....................................................................................... Sikap mereka turut ditegur Pak Man.  Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali ............................... ................................................................................
Sabariah tidak menyukai ibunya  yang ........................................................................................ Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin ...................................................... untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya, Man Bengap memberitahu bahawa ................................................. Dia juga menyatakan bahawa ............................ sahaja diminta menemani Jimah untuk menjemput Jumaat di ........................................... Walau bagaimanapun, atas sikap ...................................................... maka mereka bersama-sama menjemput Jumaat.
Sabariah, Salmah dan Shahrul ........................................... daripada Jimah. Pak Man dan Mak Jah ................................... dengan peristiwa itu. Melalui  peristiwa yang berlaku  Pak Man  bersyukur kerana mempunyai Man Bengap iaitu ............................................  tetapi dapat .......................................... terutama ketika dia dan isterinya sunyi.






















Plot Drama  Tiang Cengal Dinding Sayung

Flowchart: Extract: plot

















Watak & Perwatakan:

Watak Utama
: Jimah - Isteri Jumaat yang berusia .................tahun /  ....................., penyayang dan bertanggungjawab kerana setiap hari Jimah ke ............................ menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut / Sabar dengan dugaan dan berdoa, contohnya Jimah sentiasa berfikir dan berdoa kepada Tuhan sejak .................................................................................................................................

Watak Sampingan

Sani - ..................................... Jimah /  seorang ............................ dan telah beristeri / Seorang yang bertanggungjawab dan sabar kerana ...................................................................................................... terutama ketika bapanya hilang di laut.

Sabri ............................................... Jimah / Penyabar kerana Sabri mahu semua adik beradiknya ............ emaknya selagi ............................. bapa mereka tidak dijumpai.


Sabariah  - Graduan ekonomi bekerja di London / anak kedua dalam keluarga / Panas baran disebabkan dia tanpa usul periksa telah  menyalahkan bapanya yang masih ke laut pergi ke laut walaupun ..........                                       ......................................................................................................................../  Tidak menyukai Sani kerana Sabariah memarahi  Sani dan mengingatkannya supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga mengingatkan Sani bahawa .........................................................................................

Shahrul - Anak ketiga dalam keluarga / Seorang akauntan di ............................................ / Mementingkan ............................................ kerana Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun  bapanya belum dijumpai. /Berselisih faham dengan ............................. / Shahrul ......................................... Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.
Salmah -  Seorang .............................................. /  Sering mengikut ....................................... / Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt./  Lebih mementingkan kerjayanya kerana Salmah ........ ....................................................................................

Wan Malin  - ............................ Sani /  Banyak membantu Sani menjaga Jimah./  berjanji dengan Jimah akan bersama dengannya untuk .............................................................................................................

Man Bengap  -Pemuda yang .................................................. , contohnya dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan .................................. ketawa / ...................................Pak Man

Pak Man – ....................... Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah, contohnya Pak Man menyuruh isterinya iaitu Mak Jah memujuk Jimah yang ................................................................................................ Dia juga bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari ..............................................................................  / Banyak memberi nasihat kepada ......................................................... kerana Pak Man menasihati mereka supaya ........................................................... apabila musibah menimpa ketua keluarga.

Mak Jah - Isteri Pak Man / Seorang yang penyayang kerana sanggup bersama-sama keluarga Jimah untuk menenangkan mereka ketika mereka bersedih kerana kehilangan Jumaat di laut.

Wahid dan Senin  - Penjahat yang mengambil kesempata apabila  mereka berpura-pura ditugaskan ......................................................................................................................  / Mencuri harta mangsa tsunami kerana mereka hendak mencuri barang di rumah ............................            semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.


Latar

Latar masa:

• Siang –
• Pagi - 
• Senja –

Latar tempat

• Tepi pantai –

• Rumah Jimah –
.
• Anak tangga rumah Jimah  -



Aspek komsas dalam dalam drama Tiang Cengal Dinding Sayung

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH / HURAIAN


TEMA


Jimah tetap menunggu suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah









PERSOALAN












Jimah tetap yakin bahawa suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai


Sani menghormati semua abang dan kakaknya walaupun dia anak angkat Jimah


Pak Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut selepas kejadian tsunami


Man Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya


Jimah sabar dan tabah menghadapi saat kehilangan suaminya akibat tsunami


Sani dan isterinya melawat Jimah sekeluarga setiap minggu walaupun dia hanya anak angkat kepada Jimah


Wahid dan Senin mengambil kesempatan dengan memasuki rumah Jimah apabila anak-anak mereka sibuk menguruskan hal Jimah dan menghadapi saat-saat kehilangan ayah mereka


Hubungan Mak Jah dan Pak Man dengan keluarga Pak Jumaat amat rapat sehingga Pak Man dan Mak Jah mengenali hati budi anak-anak Pak Jumaat







NILAI

Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan dan tetap menunggu kepulangan suaminya di pantai


Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya dan yakin suaminya masih hidup


Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dihina dan dipandang serong oleh kakanya itu


Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani yang merupakan anak angkat ibunya


Sani dan Wan Malini terus menjaga ibu dan bapanya walaupun dia hanya anak angkat


Pak Man bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya, Pak Jumaat yang hilang akibat tsunami






PENGAJARAN


Sani meminta abang dan kakaknya menerima kesedihan yang dihadapi oleh ibunya dan bukannya mementingkan diri sendiri


Sani mengenang jasa yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sehingga dia menjadi doktor dengan sentiasa melawat mereka di kampung


Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan melukakan hati ibunya





Pak Jumaat dan Mak Jimah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi





ITEM
PERNYATAAN
CONTOH / HURAIAN








LATAR
MASYARAKAT




sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas

anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.


Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.

Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

LATIHAN PROSA MODEN 4:   DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SHAHRUL  :                 Mak Jah, apa yang Shah nak buat, Mak Jah?  Shah jadi bingung sekarang.

MAK JAH menepuk tangan SHAHRUL perlahan-lahan.

MAK JAH  :                  Shah, cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan keluar.  Tenangkan fikiran.  (SHAHRUL memandang muka MAK JAH)  Shah  …, nafsu keinginan manusia kerap kali membohongi kita.  Kita sentiasa diburu oleh rasa ketidakpuasan.  Bagai orang berjudi jadinya.  Allah hendak balas, menang mahu lagi.  Tidak seperti keperluan.  Keperluan mengajak kita berfikiran waras.  Waras dan terbuka.  Kita tidak perlu bersusah payah.  Cukup sekadar apa-apa yang kita ada.  (Tersenyum)  Shah jangan fakir fasal hendak balik.  Sekarang Shah kena jadi orang cerdik.  Emak dan bapa, Shah harus letak di tempat yang paling tinggi.  Cuba Shah fakir, kalau mereka tidak ada, masakan kamu boleh ada?  Cuba Shah pandang dan amati wajah Mak Jah ini.  Shah tahu Mak Jah tidak ada anak.  Ada seorang cucu angkat saja.  Tidak ada anak, tetapi Mak Jah tetap bersyukur.  Mak Jah tidak salahkan sesiapa.  Pak Man tidak salahkan Mak Jah kerana tidak dapat memberikan dia zuriat.  Dia selalu kata pada Mak Jah, mungkin di dunia kita tidak ada rezeki.  Mungkin Tuhan hanya beri rezeki mata saja.  Maksudnya, dia dan Mak Jah tumpang gembira tengok Shah dan adik-beradik membesar di depan mata kami.  Kami gembira tengok Shah berbaik-baik antara adik-beradik.  Kamu adik-beradik sudah Mak Jah anggap macam anak sendiri walaupun sebenarnya bukan.
         i.          Mengapakah Mak Jah meminta Shahrul agar tidak pulang ke kota?  Nyatakan dua alasan Mak Jah.                                                                                                                             [2 markah]

        ii.          Selain melahirkan kita, apakah alasan lain kita perlu mengutamakan ibu bapa?  Berikan tiga pendapat anda.                                                                                                 [3 markah]

      iii.          Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan drama.                                                                                                 [4 markah]

LATIHAN PROSA MODEN 5:   Drama 1400  (Noordin Hassan)

Sinopsis
            Dolah yang ……………… menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan ……………………….. dan …………………………….. Dia berazam untuk .......................................................... dan mengubah pendirian orang kampung.
Dolah bertemu dengan ...................................... Dia  menggunakan azimat daripada mayat ................................. Hasil pertolongan pawang dan ................................., Dollah mendapat harta karun. . Dolah bertukar corak dengan memakai ............................................. dan pakaian mahal serta mempunyai .....................................bernama Doli.
            Dengan kekayaanya Dolah telah  membeli .................................................................. Doah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang .....................................................  ............................................ Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia ...........................  orang kampung. Sebaliknya,  Dolah dibenci orang kampung kerana Dolah menindas orang kampung dan memelihara ............................. yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis  binatang peliharaannya  yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat ..............................................................................
            Dolah suka ............................. Dia gembira dengan ................................ isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.  Namun begitu, apabila anaknya lahir, anak itu ............................... Anak tersebut ............................................. dan isterinya ...................................
            Dolah telah bertemu dengan .................................................................. yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya ................................................. dan balik kepada ............................................. Dolah ....................   lalu ................................................................   Dia bertemu semula dengan isterinya di situ. Keesokan harinya Dolah pergi ke seberang dengan menaiki sampan. Namun, sampannya......................... lalu .......................................................... Siti Rahimah yakin Dolah masih hidup lalu mencarinya. Akhirnya, Siti Rahimah mendapat tahu Dolah  .................... ........................................................................................................................................ Siti Rahimah juga sembuh daripada penyakit .....................................

Plot Drama  1400



Flowchart: Extract: plot
 

Watak dan Perwatakan
Watak Utama  : Dolah / Orang Dikaya Pak Tuan Dolah  - pada mulanya capik, miskin dan ..........................masyarakat  / bertukar haluan apabila  ......................- Dollah sudah tidak mengambil berat tentang suruhan agamanya setelah dia menjadi kaya.  / suka menindas orang lemah - Dollah tidak membenarkan isterinya ...........................  orang-orang kampung atau ............................................  anak-anak jirannya yang susah..  /  sombong apabila mempunyai kekayaan - Dollah marah apabila semua ..........................................  ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.

Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah - ................................. Dolah  /  Perempuan yang .................................  /  .....................................................  dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang.-  Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.

2. Abu Lahab  - Broker .........................../  Menipu orang kampung yang menjual  .................................  mereka untuk mengaut keuntungan. - Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman .......................... ......................................  kerana menipu orang-orang kampung.

3. Pak Sudin  - ......................Dolah yang setia kepadanya-  Pak Sudin terlalu setia kepada Dolah sehingga dianggap sebagai .....................................................


UNSUR-UNSUR KOMSAS BERDASARKAN PERISTIWA DALAM DRAMA:

UNSUR KOMSAS 1 :
LATAR MASYARAKAT
PERISTIWA / CONTOH
 Masyarakat yang mementingkan ............................................

Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.

Masyarakat yang sombong dengan ............................................... atau .................................

Dolah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya.

Masyarakat yang beriman dan taat pada …………………………………
Maulana mengingatkan Dolah supaya menjadikan pegangan  agama  sebagai petunjuk.

Masyarakat .................................. ...

Dolah tidak membenarkan isterinya iaitu Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.

Masyarakat yang saling ........................

 Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dolah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.

UNSUR KOMSAS 2 :
LATAR TEMPAT
PERISTIWA / CONTOH
Kampung Kuala dan Kampung Kenanga


Sungai Nenek


Surau


Di rumah pawang

UNSUR KOMSAS 3 : NILAI
PERISTIWA / CONTOH
Nilai ...............................

Soud meminta Dolah agar bersabar dengan penghinaan orang kampung
Nilai ..........................................

Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
Nilai ..........................................

Dolah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
Nilai ......................................
Dolah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
Nilai ................................

Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dolah semasa mengandung.
UNSUR KOMSAS 4 : PENGAJARAN
PERISTIWA / CONTOH
Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang ..........................

Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan
Kita janganlah menindas .............. .......................................................

Dolah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.
Kita perlu menjaga .......................... ......................................................
Dolah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya
Kita hendaklah taat dan menunaikan ..................................................
Maulana mengingatkan Dolah supaya mentaati perintah Tuhan dan bukannya menurut nafsu
Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas .................................................... .............................................................
Abu Lahab insaf atas perbuatannya yang  menipu orang kampung dan berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.
UNSUR KOMSAS 5 : TEKNIK PLOT
PERISTIWA / CONTOH


Dolah bertemu dengan mayat ibunya  / Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh

Dolah disondol binatang ganjil semasa berburu di hutan

Pengarang menggambarkan keadaan ganjil anak Dolah yang baru dilahirkan. (Manusiakah? Jinkah? Jembalangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini........)

Siti Rahimah memberitahu Dolah bahawa dia pernah pergi ke tepi pantai ketika waktu senja.

(Dolah: Imah pernah tak ke tepi laut?

Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh)

Dolah yang berada dalam keadaan tidak menentu telah berdoa kepada Tuhan agar mengampunkan segala dosanya selama ini.
UNSUR KOMSAS 6 : GAYA BAHASA
PERISTIWA / CONTOH

Besar hati, naik kepala, duri dalam daging


Mereka, merekalah / Cakap, cakap, cakap, cakap ...


Kambing-kambing tersenyum


Bahasa Inggeris- -  / Order, secret,you,   / Bahasa Arab - Fajar, sidik, hijrah

UNSUR KOMSAS 7 :
PERSOALAN
PERISTIWA / CONTOH
Persoalan tentang sikap tidak ............................... membawa padah:

Dolah sanggup melanggar larangan agama kerana malu dengan dirinya yang cacat dan miskin
Persoalan tentang sikap ....................................................... atas kebodohan diri sendiri:

Orang kampung hanya menyalahkan Dolah yang membeli semua tanah mereka, sedangkan mereka yang terpengaruh dengan pujukan Abu Lahab, konco Dolah

Persoalan tentang sikap ..................................... membawa perpecahan:

Tuduhan Romli terhadap Pak Sudin sebagai tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya meninggalkan mesyuarat

Persoalan tentang ................  ................. menolong orang yang mengalami kesusahan:  
Tuk Imam sanggup mengambil Siti Rahimah sebagai anak angkat walaupun dikatakan menderita penyakit kusta
Persoalan tentang Sikap rendah diri dalam ............................................

Intan Siti Rahimah menolak layanan istimewa orang kampung kepadanya. Hal ini kerana dia hanya duduk di atas tikar mengkuang, walaupun dihamparkan tilam yang empuk.

Persoalan tentang Kesanggupan meninggalkan kesenangan untuk ..........................................

Dolah akur dengan "nasihat mayat ibunya" lalu  berhijrah dengan meninggalkan kekayaan yang dikumpul dengan jalan yang salah.

SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

            Orang-orang kampung sedang bermesyuarat. Berjenis-jenis loghat digunakan.

PAK SUDIN      : Tak guna kita salahkan diri kita. Tak guna kita salahkan sesiapa pun. Tak guna kita menyesal, kita sendiri yang menjual tanah. Sekarang dah jadi hak dia. Kalau dia nak buat     apa-apa pun, kita tak boleh buat apa-apa.

ROMLI             : Itu betul, Pak Sudin. Tapi kita tak tahu akan jadi sampai begini. Kuda-kuda itu membawa    penyakit.

PAK SUDIN      : Kita nak buat apa sekarang?

KAMAR                        : Kita pergi jumpa Tuan Dolah. Kita ceritakan perkara yang sedang berlaku.

PAK SUDIN      : Nak cerita apa?

LEMAN             : Kita katalah, sebelum dia datang dengan kuda-kudanya, air sungai bukan begini. Ikan banyak, udang banyak. Sekarang tengok apa dah jadi?

ROMLI             : Kuda-kuda dia mandi, meloncat-loncat, entah apa-apa lagi dibuat di sungai.

KAMAR                        : Anak-anak kita sakit, isteri kita sakit. Kita pun tak sedap badan. Apa nak jadi,ha?

LEMAN             : Penyakit yang bukan-bukan pula tu. Tengok apa dah jadi dekat anak aku? Anak Romli, anak Sudin? Mata budak tu tertangkup langsung. Ada yang lumpuh, yang pekak, yang tolol. Dulu mana pernah jadi semua ni? Lama-lama nanti apa jadi pada masyarakat kita.

PAK SUDIN      : Siapa kata semua ini kerana kuda-kuda Tuan Dolah?

ROMLI             : Mengapa dulu tak begini?

PAK SUDIN      : Ini semua kuasa Tuhan. Manalah kita tahu. Mungkin Tuhan nak tunjuk pada kita.   Tuhan nak uji kita.

i)                 Mengapakah Pak Sudin meminta Leman dan Romli agar tidak menyalahkan diri dan menyesal?                                                                                                     [3 markah]

 

ii)                Sekiranya anda salah seorang penduduk kampung, bersetujukah anda dengan pendapat Pak Sudin bahawa semua penyakit yang dihidapi penduduk tidak semestinya berpunca daripada kuda kepunyaan Tuan Dolah? Berkan alasan anda.                     [3 markah]

 

iii)              Mengapakah Dolah meminta bantuan daripada bomoh?                                   [3 markah]

 

iv)              Apakah makanan kesukaan Intan Siti Rahimah semasa mengandung?            [2 markah]

 

 

NOTA PROSA TRADISIONAL:

Prosa Tradisional
Sinopsis
Tema / Persoalan
Nilai
Hikayat Langlang Buana

      Menampilkan seorang wira yang dalam pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu.  Prosa juga mengemukakan watak wira yang serba boleh,  Raja Indera Bumaya mampu bertukar-tukar rupa untuk mendekati puteri yang dihajatinya.  Baginda juga mampu menyeru jin untuk membantunya berperang.  Pembaca turut  dihidangkan dengan penggunaan pantun dalam berkomunikasi bagi menyampaikan hasrat dan hajat.  Pantun ini mengandungi makna yang  mendalam.
- Kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki hati puteri idamannya
- kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan
- kebijaksanaan dalam menggunakan akal fikiran untuk memperoleh sesuatu yang dihajati
- sikap manusia yang berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang
-  taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah

·        Hormat-menghormati
·        Setia
·        Berani
·        Kasih sayang
·        Kegigihan
·        Tanggungjawab

Hikayat Siak

       Penulis menghidangkan kisah waris Marhum Mangkat Dijulang, iaitu Tuan Bujang.  Dalam mempertahankan haknya, Tuan Kecik telah pergi ke Mengkalis dan orang Minangkabau yang berada di sana telah menjunjung duli dan memberi taat setia kepadanya.  Raja Kecik kemudiannya telah berpakat dengan Raja Bugis untuk menyerang Johor.  Setelah berjayamenawan kembali Johor, Raja Kecik telah diduga dengan permintaan rakyatnya di sana untuk menawarkan air yang masin bagi membuktikan kesahihan bahawa baginda benar-benar merupakan waris Marhum Mangkat Dijulang.  Dengan kejayaan baginda menghadapi dugaan itu, akhirnya baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Raja Johor
- keistimewaan keturunan raja yang berdaulat yang menuntut bela atas kematian ayahandanya dan merampas semula takhta kerajaan miliknya
- kehebatan kuasa daulat yang dimiliki oleh pewaris raja yang sebenar
- kebijaksanaan mengatur strategi perang dan menggunakan akal fikiran
- taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah
- melakukan sesuatu tindakan secara terburu-buru tanpa mengawal hawa nafsu

·        Kasih sayang
·        Nasihat-menasihati
·        Bijaksana
·        Berani
·        Muafakat
·        Kegigihan
·        Kesetiaan
·        Tanggungjawab
Dua Geliga Hikmat

       Menampilkan wira yang dalam pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu dan engemukakan watak wira yang serba boleh.  Watak Inderaputera digambarkan lebih realistik.  Watak ini menggunakan akalnya dan kekuatan yang ada padanya sebagai manusia untuk berdepan dan menewaskan jentera yang berupa haiwan yang menjaga istana puteri kayangan yang memiliki geliga hikmat..

·        Keberanian, kegagahan, keperkasaan dan  kehebatan seorang lelaki yang tiada tolok bandingnya
·        Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati
·        Cabaran  dalam kehidupan yang perlu dihadapi dengan berani dan bijaksana
·        Kebijaksanaan bertindak dan berfikir menyelesaikan masalah
·        Membantu orang yang mengalami kesusahan

·        Kasih sayang
·        Bijaksana
·        Rasional
·        Berani
·        Bantu-membantu
·        Sopan santun


Hikayat Opu Daeng Menambun

      Kisah Opu Daeng Lima Bersaudara yang berjaya meluaskan pengaruh dan pemerintahan mereka di Tanah Melayu.  Keupayaan mereka diperakui oleh raja-raja Melayu di Nusantaraa ini.  Mereka sering meminta bantuan daripada Opu Daeng Lima Bersaudara semasa mereka berada dalam kesusahan.  Sebagai balasan, Opu Daeng Lima Bersaudara diberi jawatan tertinggi dalam kerajaan dan ada juga yang mengahwinkan anakanda atau saudara mereka kepada Daeng-daeng tersebut.  Daripada kisah peluasan pemerintahan ini, para pembaca dapat melihat kekuatan ikatan persaudaraan, keberanian, dan kebijaksanaan mereka merancang untuk meluaskan pengaruh dan ketuanan mereka di kawasan ini.  Secara keseluruhannya, kisah yang dibawa ini mengandungi nilai-nilai positif yang perlu diterapkan dalam menjaga hubungan diplomatik dan keutuhan pemerintahan sesebuah negeri

·        Kebijaksanaan, kehebatan dan kepahlawanan lima bersaudara bagi meluaskan pengaruh dan ketuanan
·        Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah
·        Mengembalikan maruah bangsa
·        Perpaduan dan permuafakatan demi menjamin kejayaan
·        Penghargaan terhadap khidmat atau pertolongan yang diberikan
·        Keberanian
·        Muafakat
·        Kasih sayang
·        Kegigihan
·        Perpaduan





LATIHAN PROSA TRADISIONAL  1:   Hikayat Langlang Buana

Sinopsis
           
Inang kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengatakan bahawa dia bermimpi pada malam sebelumnya dan tuan puteri juga bermimpi perkara yang sama. Inang mengatakan bahawa itulah tandanya tuan puteri akan mendapat …………………... Seperti biasa, tuan puteri mengajak inang-inangnya mandi di tasik yang dijaga oleh peri. Peri itu pula memberitahu perkara itu kepada Raja Indera Bumaya dan menyuruhnya supaya …………………….. untuk melihat tuan puteri itu dan apabila baginda terpandang akan tuan puteri itu, baginda terus …………………….. kepadanya.
            Raja Indera Bumaya pun menjadikan dirinya …………………………………………….. Tuan puteri tertarik oleh burung bayan itu dan meminta inangda supaya menangkap burung itu. Namun begitu, semua dayangnya gagal untuk menangkap burung bayan itu hinggalah dayang-dayang menyarankan supaya tuan puteri sendiri yang menangkapnya. Tuan puteri berasa sangat gembira kerana burung bayan itu ....................... …………………………………………………………………………            Burung bayan itu bukan sahaja cantik, malahan pandai berpantun dan berkata-kata serta boleh menukar dirinya menjadi burung nuri dan bunga yang sudah dikarang. Akhirnya, Raja Indera Bumayapun mengembalikan dirinya yang asal dan tuan puteri jatuh cinta kepadanya.  Empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal tuan puteri dari bawah mahligai, menyampaikan berita tentang tuan puteri membawa masuk lelaki ke dalam mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa iaitu ………………………………………………………………… Perkara itu menyebabkan Raja Bahrum Dewa sangat …………………dan menitahkan hulubalang serta rakyat mengepung lelaki itu pada malam itu juga.
            Setelah tuan puteri mengetahui berita tentang hulubalang dan rakyat datang ke mahligainya untuk mengepung dan menangkap Raja Indera Bumaya, dia berasa takut dan sedih kerana ……………………………………………………………………. Raja Indera Bumaya pun menyeru geliga daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat ………………. yang menyerupai manusia yang lengkap bersenjata untuk menangkis serangan hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu gagal untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perkara ini menyebabkan Raja Bahrum Dewa menjadi semakin murka dan menitahkan semua rakyatnya mengepung Raja Indera Bumaya. Perkara itu menyebabkan tuan puteri berasa semakin takut tetapi perkara itu membuktikan .................................................. kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera Bumaya kemudiannya menyeru gemala hikmat daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah .............................. jin yang akan berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Dalam peperangan itu banyaklah darah yang tumpah ke bumi.








Watak dan Perwatakan

1. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi -
..................................Raja Bahrum Dewa / .......................... – sayang kepada Raja Indera Bumaya / Penyedih – ............................. kerana takut kepada ayahandanya yang hendak ............................. Raja Indera Bumaya. / Menghormati .......................... – menghormati Raja Indera Bumaya dan melayan baginda dengan baik dan menjamu baginda. / Periang - suka ..................... /
Seorang yang cantik - Raja Indera Bumaya terpesona dengan ................................................... Tuan Puteri  / Suka ............................................................... - terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan

2. Raja Indera Bumaya  -
........................................ dari negeri Lela Gambar / mempunyai kuasa sakti - boleh bertukar .............. menjadi burung bayan, burung nuri dan bunga. / Bijaksana - bijaksana untuk ........................... tuan puteri / Penyayang - sayang akan ............................................................. / Memiliki ......................... sakti / Berani. -  berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi di .................................................... /  Gagah ....................................... -- tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .

3. Peri -
……………. yang dapat merupakan dirinya seperti  ……………………………………………. Penjaga ............................  tempat tuan puteri mandi. / Suka menolong orang - menyuruh Raja Indera Bumaya ..................................................... untuk melihat tuan puteri.

4. Raja Bahrum Dewa -
....................................... Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi / Garang dan tegas - menitahkan hulubalang dan rakyatnya menangkap Raja Indera Bumaya yang berada di dalam ........................ .......................................... Seorang raja yang tegas.  / Pemarah - mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang ........................................... dengan anakandanya  / ...................................... akan anakandanya - menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai  ................................ baginda.

5. Inangda - Sentiasa .................................. tuan puteri  / Patuh akan arahan tuan puteri - menurut perintah tuan puteri agar .......................................................................












































SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.

        Setelah sudah berkata-kata itu maka tuan puteri itu pun kembali ke mahligainya membawa bayan itu. Maka disuruh oleh tuan puteri itu perbuatkan sangkarnya daripada emas sepuluh mutu dan bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara. Setelah sudah sangkar itu maka bayan itu pun dimasukkan ke dalam sangkarnya itu. Setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu. Maka ia pun datang ke hadapan tuan puteri. Maka Dang Siti Mengerna pun berdatang sembah kepada tuan puteri, "Ya tuanku tuan puteri, lihatlah bayan ini jinak kepada tuan puteri." Maka sahut bayan itu, "Hai Dang Siti Mengerna, di manakah tiada jinak kerana beta beroleh tuan yang baik parasnya." Maka dayang-dayang pun sekalian ramai-ramai tertawa mendengar kata bayan itu. Maka kata bayan, "Ya tuanku puteri, hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan." Maka kata tuan puteri, "Manakah kala tuanmu itu akan datang ke mari?" Maka sahut bayan itu, "Pada bulan ini dan ketika ini juga tuan patik akan datang ke mari." Setelah tuan puteri mendengar kata bayan itu maka terlalu sukacita hendak melihat Raja Indera Bumaya itu. Setelah seketika itu maka bayan itu pun menjadi nuri datang ke atas ribaan tuan puteri itu seraya berpantun, demikian bunyinya:

 Pergi ke padang membakar puan,
                                                  Ikat timba bertali-tali,
                        Datang dagang menghadap tuan,
                                                Minta perhamba sekali-kali.

i)    Berikan maksud baik parasnya.                                                                                              [2 markah]

ii)   Apakah yang berlaku kepada bayan setelah di bawa balik ke mahligai tuan puteri?             [3 markah]

iii)   Jika anda ialah penasihat tuan puteri, cadangkan tiga cara untuk bertemu Raja Indera Bumaya.                                                                                                                                                        [4 markah]

 
 
 
 
 
 
 
NOTA KOMSAS

1.      Puisi ialah …………………………………………yang mengutarakan …………………..dengan ……………………………………………

2.      Puisi terbahagi kepada ……………… iaitu………………………………………………………
…………………………………………………………………….

3.      A) Sajak ialah………………………………………….yang ………………………………..dan……
…………………………………………………………………………….
     B) Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak ………………………… sebaliknya mengikut ................. ...............................................................

4.      A) Pantun merupakan karya yang ……………………………….sama ada …………………
…………………………………………………………………………………………….
     B) Pantun terdiri daripada ……………….bahagian iaitu………………… ............................
     C) Jumlah kata dalam setiap baris pantun ialah antara …………….hingga ………..
patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara ………………hingga …………
suku kata bagi setiap baris.
     D) Pantun menjadi alat  untuk menyampaikan ………………… terhadap …………......
     E) Rima akhir pantun ialah …………………….

5.      A) Syair ialah …………………………….dan setiap rangkap terdiri daripada…………….
B) Setiap baris merupakan ………………………….kerana syair…………………………….
……………………………….
     C) Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri dengan sendiri kerana ………………
………………………………………………
     D) Setiap baris dalam syair biasanya  terdiri daripada ……………..patah kata yang berjumlah antara ……………..hingga………………………..suku kata.
     E) Rima akhir syair ialah ………………….
     F) Isi syair biasanya berkaitan dengan ………………………………………………………….

6.  A) Gurindam ialah ……………………………..yang terdiri daripada …………………………..
     B) walau bagaimanapun ada juga guruindam yang lebih bebas dari segi …………..
………………………………………………………………………….dan…………………………          
     C) Rima akhir gurindam ialah ………………….
     D) Baris pertama gurindam terdiri daripada …………………………………………………..
…………………………….. manakala baris kedua pula merupakan ……………………………
     E) Isi gurindam berupa ………………………………………………………………..yang disampaikan dengan ………………….yang…………………………………………………

6.      A) Seloka ialah ………………………………..yang mengungkapkan……………………..
yang situlis dalam……………………………..
     B) Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada …………………………….
     C) Walau bagaimanapun terdapat juga  seloka yang berbentuk bebas yang terdiri daripada kurang atau lebih …………………………………………………………………
     D) Jumlah kata pada setiap baris …………………………………..dan rima hujungnya
…………………………..
     E) Isi seloka terdiri daripada  unsur …………………………….dan……………………..yang disampaikan dalam nada ………………………………………………


NOTA PUISI MODEN - SAJAK

Sajak

Tema
Persoalan
Nilai
Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju)
-Penyajak menyampaikan mesej  tentang isu bahasa Melayu dan  mengajak pembaca menghayati dan mencintai bahasa kebangsaan  serta menyeru pembaca agar sama-sama berusaha  memartabatkannya ke mata dunia
·        Kedaulatan bahasa Melayu yang tinggi martabatnya wajar dipetahankan

·        Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
·        Kecekalan hati pejuang bahasa dalam mengembangkan bahasa Melayu
·        Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
      bahasa perpaduan dan   penyatuan masyarakat
·        Penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu

·        Berani
·        Ikhlas
·        Berhemah tinggi
·        Memelihara maruah bahasa
·        Cinta akan bahasa kebangsaan
·        Tanggungja-wab
·        kesyukuran
Kecek – (V)
(Awang Abdullah)
-Penyajak  secara sinis menegur sikap orang berada yang tidak jujur dalam mengumpul harta untuk diri dan keluarganya.  Mereka sanggup melihat orang lain hidup susah asalkan mereka hidup senang.  Penyajak  ingin mengingatkan pembaca bahawa apa-apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini, semuanya tidak terlepas daripada pengetahuan Tuhan.  Perbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik, sementara perbuatan  yang jahat pasti akan menerima balasan yang setimpal

·        Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu akan mempengaruhi kehidupan seseorang
·        Ketamakan harta dan wang ringgit sehingga
       sanggup menipu orang lain
·        Kesenangan hidup yang diperoleh daripada
sumber rezeki yang tidak berkat
·        Kehidupan hidup yang dilalui dengan tabah
·        Kegigihan mencari rezeki yang halal
·        Setiap perbuatan akan menerima pembalasan daripada Tuhan
·        Kejujuran
·        Ketabahan
·        Kegigihan
·        Keadilan

Bangkitlah
(Rejab F.I.)
-Penyajak menyeru anak-anak muda untuk bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.  Bumi yang kaya dan subur ini disarankan oleh penyajak  untuk diusahakan demi kepentingan masyarakat  kini dan generasi akan datang
·        Cinta akan negara (patriotisme)
·        Sikap malas yang perlu dikikis
·        Penyesalan akibat berssikap malas
·        Memulakan langkah untuk merebut peluang
yang ada sebelum terlambat
·        Anjakan paradigma
·        Sifat manusia yang tidak terlepas daripada
       kesilapan
·        Kejahilan akan menjauhi seseorang daripada
      cahaya keimanan
·        Bertaubat dan kembali kepada suruhan Tuhan
·        Berani
·        Insaf
·        Jujur
·        Cinta akan negara
·        Kerajinan
·        Kesyukuran


Pasar Perasaan
(T. Alias Talib)
-Pembaca dihidangkan dengan kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung.  Penyajak secara sinis telah menegur sikap masyarakat ini yang menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal fikiran.
·        Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang menyuarakan pendapat tanpa menggunakan akal di warung-warung
·        Pengunjung warung yang penuh dengan
      pelbagai sifat manusia
·        Sikap emosional ketika berhujah
·        Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung warung
·        Perbincangan yang berasaskan fikiran dan
      pendapat yang dangkal
·        Sabar
·        Tabah
·        Berfikir rasional
·        Berhati-hati
·        Kebijaksana-an

Di Bawah Langit yang Sama
(Lim Swee Tin)
-Penyajak mengingatkan kita tentang  manusia semuanya tetap sama walaupun di mana-mana sahaja kita berada
·        Bertemakan  kemanusiaan sejagat  kerana manusia yang ada di muka bumi ini adalah sama kerana semuanya berada di bawah langit yang sama
·        Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan keamanan dunia
·        Halangan ketika menjalin hubungan baik antara masyarakat dunia
·        Perkongsian sumber alam secara adil dan
      saksama


·        Kasih sayang
·        Perpaduan
·        muafakat
·        Hormat-menghormati
·        Berpandang-an positif


Arkitek Kota
(Muhammad Haji Salleh)
-Penyajak mengajak pembaca untuk mendalami kerjaya sebagai seorang perancang  bandar atau Arkitek Kota.  Beliau menekankan peri pentingnya peranan perancang  bandar dalam melaksanakan pelan pembangunan di sesebuah bandar, iaitu dengan tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar.  Penyair menjelaskan perlunya ada keselarasan dan keseimbangan antara pembangunan kota dengan penjagaan alam sekitar.  Keseluruhan sajak ini mendidik kita agar menjaga dan menghargai alam sekitar
·        Keseimbangan dan keselarasan dalam pembangunan bandar bagi memastikan alam sekitar terpelihara dan bandar menjadi sempurna
·        Ciri-ciri seorang perancang bandar yang baik
·        Kepekaan perancang bandar terhadap keindahan alam semula jadi
·        Pengaruh perancang bandar dalam mewujudkan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup manusia
·        Berfikiran terbuka
·        Cinta akan alam semula jadi
·        Berhemah
·        Bijaksana
·        Berhati-hati
·        Rajin
·        Berani
·        Yakin diri
·        Bersatu padu




LATIHAN  PUISI 1 : SAJAK Arkitek Kota ( Muhammad Haji Salleh )


hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut, 
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.








kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.



dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.





pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.




dia pengukir ruang hidup,
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.




Tema

Sajak tersebut bertemakan ........................................................................................................................ Hal ini demikian kerana ..................... mengingatkan kita agar ........................................................................ ................................................................................................................................................. Tambahan pula,  .............................................................................................. .......................................................

Persoalan

Antara persoalan yang terkandung dalam sajak tersebut adalah tentang ................................................... ............................................................................................................ Persoalan tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak mengatakan ............................................................................................................................ .................................................. .......................................................................................................... Selain itu, persoalan tentang ................................................................................................................................. ........................................................ turut dipaparkan dalam sajak tersebut. Hal ini demikian kerana penyajak ....................................................................................................... .................................................................... ...................................................................................................................................................................Persoalan tentang ................................................ .......................................................................... juga ditampilkan oleh penyajak apabila beliau mengatakan ...................................................... .............................................. ............................................................ ..................................................................................................

Nilai

Antara nilai yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai cinta akan negara. Nilai tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak mengatakan ........................................................................................................................... ......................................................................... ................................................................................ Selain itu, nilai ...................... turut ditampilkan oleh penyajak, misalnya penyajak ..................................................... .................................................................................................................................................................... Nilai ..................... juga turut terkandung dalam sajak tersebut.  Nilai tersebut tergambar apabila penyajak ................................................................................................

Gaya Bahasa

Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalan sajak tersebut termasuklah ................................. iaitu ......................................................................, contohnya .................................................... ....................... Selain itu, unsur sinkof turut digunakan oleh penyajak melalui kata-kata .................................................. seperti ............................................ Unsur ........................................ iaitu .......................................... juga turut digunakan dalam sajak.  Hal ini terbukti melalui baris ....................... .............................................


Pengajaran

 Antara pengajaran yang boleh diambil daripada sajak tersebut ialah kita mestilah ....................................... .............................................................................................................................................................................................. Pengajaran tersebut  terbukti apabila penyajak menyatakan ................................................... .........................................................................................................................................................    Selain itu, kita haruslah  .................................................................................................................................. Hal ini demikian,..................................................................................................................................................... ............................................................................................................................................................. Kita juga ............................................................................................................................................................................................, misalnya ..................................................................................................................
SOALAN  PEMAHAMAN:
i.   Tulis semula rangkap pertama sajak dalam laras bahasa biasa.                                                 (3 markah)

ii.   Nyatakan dua ciri perancang bandar yang diinginkan oleh penyajak.                                         (3 markah)

iii.  Jelaskan kesan baik jika tanggungjawab merancang bandar diserahkan kepada individu yang mencintai alam sekitar mengikut pendapat anda.                                                                                              (4 markah)

iv.   Katakan anda ialah perancang bandar yang peka akan kepentingan memulihara alam sekitar. Nyatakan projek pembangunan bandar yang akan anda lakukan.                                                    (4 markah)

v.   Nyatakan  persoalan yang terdapat dalam sajak.                                                                        (3 markah)

vi.   Huraikan  nilai murni yang terdapat dalam sajak.                                                                       (3 markah)

LATIHAN  PUISI 2 :
SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA (EQUITY AND FAIRNESS IN THE GLOBAL SETTING)

Naskhah Dr. Lim Swee Tin, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) pada halaman 27-28 antologi Dirgahayu Bahasaku ini bertemakan kesaksamaan hak dan status manusia sejagat. Hal ini demikian kerana manusia tetap sama dan tidak seyogia dibezakan hanya kerana faktor geografi dan taraf ekonomi sesebuah negara. Hakikatnya sempadan negara dan keperluan dokumen perjalanan antara negara hanyalah keperluan rasmi seketika, justeru seluruh warga dunia bernaung di bawah langit yang sama!

RANGKAP

MAKSUD
Di bawah langit yang sama
Kita hirup udara
Tanpa mengira Beirutmu
Atau Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama
Maksud
Penyajak menggambarkan bahawa…………………. …………………………………….., kita menghirup udara yang sama dan berada .................................................. Tambahan lagi, bagi penyajak taraf manusia ………….. ……………………..

Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna
          tiada bezanya.
Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.

Maksud
Penyajak menyukai persekitaran kota London dan Washington walaupun dalam …………………… ……………………… Namun, tiada ………………… ……………………. dari segi kehijauan pokok dan warna alam yang lain. Menurut penyajak lagi, Sama ada seseorang itu penduduk Australia (……………….. ……………………………………...), mahupun penduduk di benua Afrika (…………………………………………..), semuanya bernaung di bawah langit / bumi yang sama. Penyajak juga berpendapat bahawa setiap tempat yang didiami oelh manusia di dunia ini  mempunyai …………………………………...
Aku inigin menyeberang Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita - warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
Maksud
Penyajak ingin …………………………… ke seluruh pelosok dunia iaitu keinginan penyajak  untuk mengembara menyeberangi Laut China Selatan ( … …………………..), atau melewati Laluan Sutera (………………………………………………………………) untuk merasai suasana yang  berbeza. Penyajak juga berhasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat ……………………………………………………….. dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama  ………….. ……………………………………….
Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
          gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.
.

Maksud
Penyajak mendapati manusia sering …………. …………………………………….. dan untuk memasuki sesebuah negara kita memerlukan  …………….. …………………………………..seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai …………………………………. serta mengikis rasa ………………………………………. agar kehidupan di dunia ini sentiasa dalam keadaan harmoni. @  Manusia di dunia dipisahkan oleh sempadan. Oleh itu, penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia …………. …………………………….... Visa dan pastport hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi ……………….. ………………………… Atas dasar perpaduan sejagat, penyajak berharap manusia membuang perasaan benci dan melupakan ……………………………………...

Tema: Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada - Walaupun manusia berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

UNSUR-UNSUR KOMSAS DALAM SAJAK:
PERSOALAN
NILAI
HURAIAN / CONTOH
Persoalan tentang  keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat.

Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
Persoalan tentang harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.

Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
Persoalan tentang garis sempadan yang memisah dan membezakan manusia.

Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.
Persoalan tentang kepentingan hormat  menghormati antara manusia..

Nilai ini penting demi menjamin keharmonian dalam kehidupan manusia

Nilai menghargai keindahan alam.
Keindahan alam perlu dihargai.

 Nilai bertoleransi

.Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat agar manusia dapat menyelesaikan konflik secara damai


Sikap  bekerjasama dalam menjayakan sesuatu amat diperlukan  agar membuahkan hasil

Gaya Bahasa:
1. Personifikasi – Anyam cinta pelangikan zaman
2. Metafora – sejarah hitam
3. Pengulangan – Aku, Di bawah langit
4. Sinkof – Beirutmu, Kuala Lumpurku
5. Asonansi – Sesama kita – warga dunia
6. Aliterasi – Lebur kebencian kuburkan sejarah silam
                                                                
Latihan Pemahaman:
(i) Terangkan maksud Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam seperti yang digunakan dalam sajak di atas. [2 markah] –mengikis perasaan benci dan melupakan segala persengketaan

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menangani isu manusia sejagat. [3 markah]prihatin  terhadap masalah yang berlaku atau musibah yang  menimpa manusia di seluruh dunia /  meletakkan isu tentang manusia sejagat atau isu kemanusiaan melebihi kepentingan peribadi / menyokong sepenuhnya dasar Pertubuhan Bangsa-bangsa  Bersatu yang mendukung prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat / mengadakan persidangan secara berterusan anatar negara mundur, membangun dan maju

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah keamanan penting dalam kehidupan manusia? [3 markah]- manusia perlu hidup dalam suasana aman untuk mencipta tamadun / menjadikan sesebuah negara itu hebat dan harmoni / mewujudkan suasana yang sejahtera dan damai

 NOTA PUISI TRADISIONAL:

PUISI TRADISIONAL

TEMA / PERSOALAN

GAYA BAHASA

NILAI

Pantun Enam Kerat

- Kekecewaan dalam percintaan
- Kekuatan dan ketahanan dfiri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam bercinta
- Pasrah dengan ketentuan Tuhan
- Untung nasib seseorang merupakan lumrah kehidupan
- Kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam percintaan
-diksi – puitis
-bahasa kiasan
-sinkof
-anafora
-epifora
-inversi
-asonansi
-aliterasi
-rima akhir
-jeda


·        Sabar
·        Tabah
·        Pasrah
·        Setia


Pantun Lapan Kerat

 

-  Sifat kesabaran dalam usaha untuk berjaya dalam kehidupan
-  Pencemaran budaya Timur akibat pengaruh budaya barat
- Usaha memartabatkan bahasa, warisan, dan budaya ketimuran supaya tidak dicemari oleh pengaruh barat. 
- memikul rasa tanggungjawab terhadap bahasa, budaya, dan negara

-diksi – puitis
-bahasa kiasan
-personifikasi
-inversi
-hiperbola
-asonansi
-aliterasi
-rima akhir
-jeda


·        Sabar
·        Kesyukuran
·        Rasional
·        Tanggungjawab
Syair Makna Riak

- Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah orang dan sikap negatif ini perlu dijauhi oleh setiap orang
- Sikap berpura-pura dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain Orang seperti ini hidup berpura-pura dengan tujuan supaya dirinya dipandang tinggi oleh orang di sekelilingnya dan supaya dirinya mendapat pengiktirafan masyarakat. 
- Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam amalan dan ibadat
- Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan di sebalik amal ibadat
- Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat
- Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian
- Kemurkaan Tuhan terhadap perbuatan riak Perbuatan tersebut untuk mengaburi mata masyarakat demi untuk mendapatkan pujian.  Sikap seperti ini tidak patut dicontohi terutama dalam mencari ilmu

-diksi – puitis
-simile
-personifikasi
-sinkof
-inversi
-repitasi
-asonansi
-aliterasi
-rima akhir
-jeda

·                Bijak
·                Sabar
·                Kasih sayang
·                Keseder-hanaan
·                Rendah diri
·                Ikhlas
·                Rajin


Syair Pemberontakan Patani



- Semangat patriotik seorang tokoh sejarah  Pembaca disarankan agar mencontohi sikap Laksamana yang mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri sendiri demi melahirkan generasi yang cinta akan tanah air dan sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman luar. 
- Ketaatan terhadap pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
- Kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan diri dan keluarga
- Tanggungjawab dan sifat amanah demi  memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat
- Sikap pasrah kepada Tuhan ketika menjalankan tugas
- Kesanggupan berkorban demi kemakmuran negara



-diksi
-repitasi
-inversi
-asonansi
-aliterasi
-rima akhir
-jeda


  • Setia
  • Berani
  • Berhemah tinggi
  • Tawakal
  • Kasih sayang
  • Memeli-
hara maruah
Gurindam Tonggak Dua Belas

- Pembinaan jati diri sebagai orang yang baik dan berguna untuk bangsa serta negara. 
- Sikap pandai menghargai masa
- Ketekunan dan gigih bekerja akan menjamin kejayaan
- Ikhlas dan telus dalam menjalani kehidupan seharian
- Pengaruh pemimpin terhadap orang bawahan
- Kreativiti dalam menjanakan usaha yang inovatif
-Sifat sederhana merupakan nilai positif yang mampu membentuk remaja sebagai generasi masa hadapan yang mewarisi tampuk pemerintahan kelak. 

-diksi – kata pinjaman / kata klasik
-repitasi
-asonansi
-aliterasi
rima akhir
-jeda

  • Gigih
  • Menghar-gai masa
  • Tekun
  • Bijaksana
  • Rajin
  • Rasional
  • Baik hati
  • Kreatif
  • Sederhana
Seloka Si Luncai

- Sikap tidak bijak menggunakan kecerdikan atau kelebihan yang dimiliki ke arah kebaikan. Kita disarankan agar menggunakan akal yang waras dalam mengambil apa-apa juga tindakan.  Sekiranya kita tidak menggunakan akal dalam membuat keputusan, akhirnya tentu kita akan menjadi seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.  Tindakan seperti ini tidak bermakna dan hanya merugikan diri sendiri dan  negara
- Tanggungjawab menjaga rumah
- Kegagalan melatih atau mendidik anak-anak dengan baik
- Malas mengerjakan sesuatu
- Tidak menggunakan kecerdikan ke jalan yang betul
- Menuntut ilmu tidak sempurna
- Berilmu tetapi bertindak tanpa menggunakan akal
- Sikap tidak ambil endah terhadap keadaan persekitaran
- Malas menggunakan kudrat untuk berusaha

-diksi – mudah difahami
-repitasi
-asonansi
-aliterasi

  • Rasional
  • Kerajinan
  • Berilmu




LATIHAN  PUISI 3 : GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Hendak pandai menghargai masa



Jangan dinanti esok lusa


Ketekunan akan membawa kejayaan

Kegigihan bekerja dengan keupayaan




Wajah ceria keseronokan bekerja

Usah berduka bermuram durja




Hidup dalam  kemuliaan kesederhanaan

Bertindak dengan penuh kebijaksanaan





Ketinggian peribadi jadi amalan

Ketelusan hati jadi bekalan





Kekuatan sifat baik hati

Bertimbang rasa dan bersimpati





Pengaruh kepimpinan melalui teladan

Baik buruk jadikan sempadan




Menjadi kewajipan menjalankan tugas



Walaupun sederhana tetapi tegas


Kebijaksanaan berhemat perlu diutama



Tidak membazir teliti saksama


Keutamaan kesabaran fikiran tenang



Perkara susah menjadi senang
Peningkatan bakat diberi sokongan



Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan


Nikmat mencipta budaya kreatif

Kembangkan bakat semoga aktif



Soalan Pemahaman:

1`. Apakah seruan penulis dalam rangkap keempat gurindam di atas?                      [ 3 markah]

[perlu hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan / perlu bertindak dengan bijak / tidak bertindak terburu-buru atau mengikut perasaan]

2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai masa?                           [4 markah]

[masa sangat berharga dan tidak dapat dijual beli / masa yang telah berlalu atau terbuang tidak akan kembali lagi / perbuatan membuang masa dcengan melakukan perkara yang tidak berfaedah akan merugikan diri sendiri / orang yang suka membazirkan masa  sukar untuk berjaya dalam hidup



















LATIHAN  PUISI 4:   PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,
     Tebaslah hutan buat halaman,
          Di tepi halaman menanam kubis,
               Diselang pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
     Itulah tanda tuan beriman,
          Tidak patah digoncang iblis,
             Akhirnya tuan menang berjaya.
Seseorang itu perlu ada sifat sabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri bagi orang yang beriman.  Kesabaran akan menyebabkan hati seseorang itu sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.


Ikan teluk parang-parang,
     Anak ketam disangka lelabi,
          Berburu musim tengkujuh,
               Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
     Cucu Adam sepaian nabi,
          Turun dari langit ketujuh,
               Jadi khalifah kepada Allah.
Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan Nabi Adam yang turun dari langit ketujuh dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia


Lengkang-lengkung apa dipaku,
     Paku jatuh patah dua,
          Menjadi riuh orang di darat,
               Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
     Kerana lalai rosak binasa,
         Kebudayaan Timur dinodai Barat,
               Bahasa ibunda hina terbiar.
Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat.  Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakatnya telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang dituturkan sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.

 





















Soalan Pemahaman

  1. Apakah yang disarankan oleh pemantun dalam rangkap pertama pantun ini?
[3 markah]

  1. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu?  Jelaskan tiga cadangan anda.
[3 markah]

  1. Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam pantun ini.
[3 markah]

LATIHAN  PUISI 5:   SELOKA SI LUNCAI

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ... !
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya
Si Luncai dibiarkan dengan sikap malasnya meskipun dia memiliki segala-galanya untuk menjadi insan yang cemerlang.  Antara sikap malas Si Luncai termasuklah tidak menjaga rumah, mengabaikan anak-anak, tidak menjaga ternakan dengan baik, dan tidak mengusahakan kebunnya.  Selain itu, Si Luncai juga tidak menggunakan kecerdikannya untuk menyelidik, tidak belajar hingga sempurna, tidak memahamai secara mendalam kitab yang dipelajari, tidak ada pengaruh walaupun berkuasa, dan tidak menggunakan kudratnya untuk berusaha.  Akhirnya, Si Luncai tetap dengan dunianya sendiri.

Soalan Pemahaman

  1. Berikan maksud Ada cerdik tidak selidik.                                                               [2 markah]

  1. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik?                                                                                             [3 markah]

  1. Huraikan bentuk seloka ini.                                                                                   [4 markah]
 











































NOVEL KEMBARA AMIRA



MAKLUMAT UMUM TENTANG NOVEL KEMBARA AMIRA  (Amer Hamzah L.Kadir)

Watak utama novel ialah Amira Amir, anak pasangan Pofesor Zaidah, seorang pensyarah arkeologi dengan Amir, seorang jurutera komputer sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Eropah. Amira diperkenalkan dalam perjalanan sebuah kereta api. Amira menyertai ibunya, serta pelajar tahun akhir universiti yang hendak membuat penyelidikan arkeologi di belantara Titiwangsa.

Antara watak sampingan terawal yang ditonjolkan ialah Jacinta (JC), seorang gadis Cina yang menjadi teman rapatnya. Kemudian barulah watak-watak lain diperkenalkan satu demi satu seperti Pak Lias, Roslan dan John O'Hara. Penggunaan komputer riba, e-mel, hotspot dan mobile disk menunjukkan latar masa alaf tiga (novel terbit pada tahun 2006), berbeza dengan Azfa Hanani yang memaparkan era 1980-an.

Sudut pandangan orang ketiga yang digunakan menjadikan Kembara Amira sama dengan gaya penceritaan Azfa Hanani. Teknik imbas kembali, monolog dan dialog juga menjadi pilihan pengarang. Latar belakang pengajian sejarah yang dilalui pengarang nampaknya turut mempengaruhi fakta dalam penceritaan.

Sinopsis  Keseluruhan  Cerita:

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu.

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.

Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpamobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu. 

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira

WATAK UTAMA :AMIRA
Pelajar sekolah swasta.
Anak Profesor Zaidah.
Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
Seorang yang berani. - Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
Seorang yang penyayang. - Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
Seorang yang mudah mesra. - Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
Seorang yang penyabar. - Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.


WATAK SAMPINGAN

JACINTA
Berkulit cerah.
Berbangsa Cina.
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
Seorang yang memendam rasa. - Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
Seorang yang sensitif. - Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
Seorang sahabat yang setia. - Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

ITAI
Berkulit gelap.
Berbadan tegap.
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
Anak kepada Tau.
Bakal ketua kampung.
Seorang yang tahu selok belok hutan. -  setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
Seorang yang prihatin.-  apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
Seorang yang berani. - Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. - Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

PROFESOR ZAIDAH
Wanita pertengahan usia
Ibu kepada Amira
Pensyarah universiti
Meminati bidang arkeologi
Seorang yang penyayang - sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
Seorang yang tegas. - sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
Seorang yang tidak mudah berputus asa.-  Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.

TAU
Seorang yang tinggi lampai.
Berbadan tegap.
Bapa kepada Malique dan Itai.
Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
Adik kepada Ludin.
Seorang yang bersifat prejudis. - Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
Seorang yang sanggup berkorban. - Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.
Seorang yang prihatin. - pada setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.

MALIQUE (SABI)
Berkulit gelap.
Berambut kasar.
Anak Tau dengan Ipah.
Abang kepada Itai.
Seorang yang mahir dalam bidang IT. -  O’hara menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
Seorang yang mencintai alam sekitar. -  Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
Seorang yang bersopan-santun. -  semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

LATAR MASA
LATAR TEMPAT
PERISTIWA
Malam
Di dalam Kereta api
Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang terletak di banjaran Titiwangsa
Pagi
Stesen Kereta api Dahan Hijau
Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya
Tengah hari
Sungai Bukit Mat Raya
Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira yang baharu diselamatkan daripada mati lemas.
Petang
Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya
Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan orang Asli

Gunung Gua Gajah
Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di dinding gua.

LATAR MASYARAKAT
PERISTIWA
Masyarakat yang mencintai alam semula jadi
Ludin, Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan
Masyarakat yang saling membantu
Itai dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan.
Masyarakat yang mencintai ilmu
Itai yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat rawatan berasaskan herba.
Masyarakat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi
Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.
Masyarakat yang mementingkan persahabatan -
Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.
Masyarakat yang gigih berusaha
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.
Masyarakat yang ikhlas
Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya. Amira pula memberikan ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin kerana dia ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah.
Masyarakat yang mahir dalam perubatan tradisional
Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada buluh, daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.

Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan
Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.

 

NILAI
PERISTIWA
Kecekalan
Walaupun pergelangan tangannya terseliuh selepas terlibat dalam suatu kemalngan, Profesor Zaidah tetap meneruskan usahanya mencari gali bahan arkeologi.
Bantu-membantu
Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai.
Kasih sayang
Jidin membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih saying walaupun kaumnya tidak menerima Samantha kerana berlainan rupa denga orang asli.
Setia kawan
Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama.
Belas kasihan
Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab.

PENGAJARAN                                                                                        PERISTIWA
Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.
Kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah
Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan kaedah rawatan herba.
Kita perlu mengamalkan kerja secara berpasukan untuk memastikan usaha kita membuahkan hasil
Amira, Jacinta, dan Itai sering melakukan pekerjaan secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang.
Kita harus berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa
Pak Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nywa Amira, Itai, Roslan dan Malique.
Janganlah kita lupa asal usul kita
Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan tidak lupa aka nasal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang asli Semai.

PERSOALAN
PERISTIWA
Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya
Tau akhirnya bertemu dengan anaknya Sabi yang telah dilarikan isterinya Ipah. Tau dapat mengenali Sabi meskipun anaknya itu sudah besar dan ditukarkan nama kepada Malique.
Persahabatan erat antara dua insan berlainan bangsa
Amira dan Jacinta berkawan baik bukan sekadar semasa di sekolah sahaja. Jacinta sering mengikuti ke mana-mana sahaja Amira pergi. Selain itu, banyak rahsia hidup Jacinta diketahui Amira.
Semangat kerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan
Pelajar Profesor Zaidah saling bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja arkeologi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar projek cari gali mereka berjalan lancar.
Kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia
Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Hal ini membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar member kesan buruk kepada kehidupan kita.
Hutan menyimpan pelbagai khazanah yang berharga
Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh disembuhkan dengan menggunakan daun-daun herba yang diambil dari hutan oleh Ludin.
Sikap tamak manusia yang mementingkan keuntungan berbanding kesejahteraan alam sekitar
Tindakan John O’Hara yang berusaha mencari gali emas akan menyebabkan kawasan hutan musnah .

 

 

UNSUR GAYA BAHASA  NOVEL KEMBARA AMIRA
CONTOH
Simile

 Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

Personifikasi

menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

Hiperbola

“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”


“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”

Sinkope
 “Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

Inversi

di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

Peribahasa
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LATIHAN NOVEL  KEMBARA AMIRA 1:

 

Sinopsis Keseluruhan Novel Kembara Amira 

pelbagai bunyi
komputer dan Internet
tinggal di situ buat sementara waktu
tulang pergelangan tangan manusia
memasukkan laporan kajian
Kuala Lumpur
Gua Gajah
lengan
fesyen
mandi
Pulau Pinang
Paris
air terjun
kajian
hujan lebat
tidak diterima oleh masyarakat
terhapus oleh virus ciptaannya sendiri
laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu
dihanyutkan oleh air sungai yang deras
breknya tidak berfungsi
sebuah gua
tali  khemah
kapak
mobile disk 
tapak kaki
dalam laut
cuti sekolah
perubatan
bekas air
Pengsan
pekerja yang hilang
manusia zaman silam
makhluk yang berbulu tebal
ketua kampung orang Asli 
anak kandungnya 
Malique
Jennifer
Ibunya
kawan karibnya
Anak
Roslan
Tau
Itai
Johnny
Chin
Ludin
Rusdi
pensyarah
Pak Lias
buluh.

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan ......................................, Jacinta semasa ................................................... Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ........................., Profesor Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan ........................... dan mencari gali artifak atau tinggalan ........................................................  di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang ..................................... muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang ............................ orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu.

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari ............................. dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk ....................................................................................... itu ke dalam ................................................ Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah ...................... dan ......................... di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira ........................................................................................................................................ Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan .................................. yang menjadi tempat mereka ..................................... Amira bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh ...........................daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh ...................... dalam keadaan .............................. kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau ................................... ......................................................  barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan ................................ batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan ........... ................................... yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung .................................... dengan bantuan ...................

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar ................................................ pada waktu malam, .................................. mereka dipotong, dan terdapat kesan ..................................... manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di ..................................nya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh ......................... di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana ........................................................ Namun begitu, Ludin, iaitu ............................................ ................... yang juga bapa angkat ..................... telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan ................................

.................................yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu .............................  ketika hendak mencari ................................................................................. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang ...................nya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh ................................................................................... Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam .............................................. di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada .............................untuk mencari Malique.

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpa...................................  kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi ........................................................................................................................................................ Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu ................................... juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu .................................................. dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada ............................ kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, ......................... sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia ............................................................................................. di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut ..................................... . Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan untuk ........................................................................................................... dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu. 

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di ................................. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang ............................... Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh .................................... Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya ........................................................................................................................... Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di ................................ kerana melibatkan diri dalam perniagaan ............................... syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah  yang hilang dan tenggelam di ................................................ Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh .......................yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.

 

 

LATIHAN NOVEL  KEMBARA AMIRA 2:

Tandakan ( Ö )  bagi pernyataan yang betul dan ( x  ) bagi pernyataan yang salah

 

1.  Pak Lias bekerja sebagai pemandu peribadi kepada John O' Hara.                              

2.  Amira merupakan seorang penuntut universiti yang turut melakukan kajian
     lapangan di Bukit Mat Raya.

3.  Nama Desa Karpus diambil bersempena dengan penemuan tulang karpus
     di tapak kajian tersebut.

4.  Tujuan utama Amira ingin menemui Malique di Air Terjun Angin adalah
     untuk menjalinkan hubungan persahabatan dan mengenali Malique
     dengan lebih dekat lagi.
 

5. Tau dan Itai telah menyelamatkan Jacinta yang hanyut dibawa arus yang deras
    ketika Jacinta tergelincir di kawasan Air Terjun Angin.
 

6.  Ipah merupakan isteri kepada Tau dan mereka telah dikurniakan dua orang
     anak lelaki iaitu Sabi dan Itai.

7.  Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh telah dirawat oleh Ludin.

8.  Makhluk berbulu telah menyelamatkan Malique dan menyembunyikan
     Malique di puncak Gunung Gua Gajah.

9.  Amira berasa yakin bahawa Malique mungkin berada di Gua Gajah
     Berdasarkan penemuan nota milik Malique yang ditemuinya.
 

10. Makhluk berbulu yang menjadi misteri di Bukit Mat Raya sebenarnya ialah Tau

LATIHAN NOVEL  KEMBARA AMIRA 3:

 

Jelaskan sifat-sifat watak utama dalam novel yang anda kaji yang boleh dicontohi pembaca dan pengajaran daripada sifat tersebut.[7 Markah]
           
            Dalam genre novel yang saya kaji iaitu ...................................... nukilan  ..................................., watak utamanya iaitu .......................... dipaparkan sebagai watak yang memiliki beberapa sifat yang boleh dijadikan sebagai ikutan serta pengajaran dalam  kita menempuh kehidupan seharian.

            ................................ telah dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang gigih  berusaha sehingga mencapai kejayaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila ............................. gigih berusaha ...................... ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... Oleh itu, sifat ........................................ ini patut dicontohi oleh pembaca kerana sikap ini akan mendorong seseorang itu untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidupnya.

            Selain itu, ........................................ juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sifat .......................................... Kita dapat lihat ................................................................ apabila dia .......... ...................................................................................................................................................oleh pembaca kerana sikap ini akan mendorong seseorang itu untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidupnya.

            Selain itu, ........................................ juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sifat .......................................... Kita dapat lihat ................................................................ apabila dia .......... ................................................................................. …………………………………………………………………  …………………………………………………………………………………………………… Dengan itu, sikap ................................yang ada pada ..............................haruslah dijadikan sebagai panduan oleh pembaca kerana sifat ini akan membantu kita menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berkesan.
            Di samping itu, ................................ merupakan seorang watak yang mempunyai...............................................................................

            Ketabahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup turut dipaparkan dalam novel ini sebagai sifat ............................................ Pengarang menggambarkan .................................... sebagai remaja yang tabah menghadapi pelbagai masalah. Segala masalah  dihadapinya  dengan cekal tanpa berputus asa. Dengan itu, sifat tabah ini perlulah diamalkan oleh pembaca kerana sifat ini akan melatih kita supaya sentiasa tabah semasa berhadapan dengan rintangan hidup tanpa ada perasaan putus asa demi kejayaan dalam mengejar cita-cita.
            Konklusinya, pengarang telah berjaya menjadikan watak utama ini benar-benar menarik kerana memiliki perwatakan yang cukup hebat yang boleh dijadikan contoh dalam kita mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba

LATIHAN NOVEL  KEMBARA AMIRA 4 :


PERISTIWA NOVEL AMIRA
PERSOALAN
NILAI
kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.





Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.



dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.



Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.



Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias



Itai taat dan mematuhi arahan bapanya iaitu Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.



pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.




LATIHAN NOVEL  KEMBARA AMIRA 5:


Peristiwa Novel Kembara Amira
Pengajaran
Perwatakan
Profesor Zaidah tetap menjaga keharmonian hutan itu walaupun dia seorang ahli     arkeologi / Tau terlalu sayang akan hutan tempat tinggalnya sehinggap sanggup menyamar menjadi makhluk misteri kerana ingin menjaga hutan itu daripada pencerobohan orang luar yang ingin mengeksploitasi hutan itu.


Profesor Zaidah menghormati pendapat Pak Lias agar memberikan lebih perhatian kepada anaknya, Amira.


Profesor Zaidah merupakan seorang yang sangat sabar dalam menjalankan tugas            sebagai ahli arkeologi, walaupun banyak peristyiwa pahit dilaluinya.


Hubungan persahabatan antara Jacinta dengan Amira begitu rapat walaupun berbeza     gama dan bangsa.  Oleh sebab itulah Jacinta sering mengikut Amira membantu profesor Zaidah dalam bidang arkeologi


Ludin dan Itai membantu merawat tangan Profesor Zaidah sehingga sembuh setelah           tangan kiri Profesor Zaidah terseliuh akibat kemalangan / Amira dan rakan-rakannya bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh mencari Malique yang hilang sehingga    akhirnya mereka berjaya menemukan Malique di puncak gunung.


Pada mulanya Jacinta kecewa dengan tindakan bapanya kerana telah berkahwin lain sedangkan ibunya baru meninggal dunia 4 tahun yang lalu.  Namun, akhirnya dia menerima kenyataan itu dan mengikut bapanya ke Paris mengusahakan perniagaan fesyen di sana.


Tau tidak pernah berputus asa untuk bertemu semula dengan anaknya, Sabi setelah   anak itu dilarikan oleh isterinya semasa anak itu / Sabi masih kecil.  Akhirnya Tau bertemu semula dengan anaknya / Sabi kerana naluri seorang bapa yang ada dalam hatinya begitu kuat


Pembalak haram dan pencari emas sanggup memusnahkan alam sekitar kerana ingin mencari kekayaan / John O’hara mempergunakan Malique untuk mencari lokasi kawasan emas yang terdapat dalam hutan itu.




LATIHAN NOVEL   6 - PERBANDINGAN NOVEL:


PERBANDINGAN LATAR MASYARAKAT
NOVEL AZFA HANANI
NOVEL KEMBARA AMIRA

                Sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.

Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

             Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia
Itai dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan

Ma           Pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari tempat Azfa Hanani meneruskan pelajarannya  gigih menjayakan Hari Sumbangsih
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan

          sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali.

Pak Lias dan Dr. Zawawi taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu.

          Ekran menjual burger pada waktu petang untuk mencari duit poket dan mempraktikkan pelajarannya.
Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc / gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya

NOVEL AZFA HANANI
NOVEL KEMBARA AMIRA
PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI
Azfa Hanani hampir-hampir diberhentikan persekolahannya disebabkan kemiskinan pak long yang memeliharanya
Ipah meninggalkan suaminya iaitu Tau kerana melarikan diri bersama dengan Johnny
Datin Maziah mengalami tekanan perasaan akibat kematian anak gadis tunggalnya iaitu Tengku Murni



































LATIHAN NOVEL   7 - PERBANDINGAN NOVEL:



















LATIHAN NOVEL   8 - PERBANDINGAN NOVEL:


Bincangkan sifat berani yang ada pada kedua-dua watak utama dalam dua buah novel yang telah anda kaji.

Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

 - berani
1. Berani menyamar sebagai Tengku Murni walaupun tugas itu sangat sukar kerana jika tersalah langkah penyamarannya akan terbongkar.

2. Berani bertanya kepada Tengku Muzaffar akan hubungan Tengku Murni dengan Ekran walaupun dia tahu Tengku Muzaffar telah menghalang perhubungan tersebut.
  
-        berani
  1. Amira berani menempuh cabaran apabila membuat keputusan untuk mencari Malique di Gua Gunung Gajah.

  1. Berani mengikut Itai ke sungai yang mempunyai banyak emas dengan meredah belukar di sepanjang sungai semata-mata mahu menghadiahkan kepada Jacinta.


 

LATIHAN NOVEL   9 - PERBANDINGAN NOVEL:


Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan satu  persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

 Persamaan :
  1. Masyarakat murid sekolah
Mereka diwakili oleh Azfa Hanani, Ekran, dan Ellina yang belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Mereka juga aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Buktinya, Azfa Hanani menjadi pengerusi Forum Remaja, Ekran pula menyelenggara projek Hari sumbangsih dengan jayanya manakala Ellina mengendalikan pameran luar pada Hari Sumbangsih.

Persamaan :
  1. Masyarakat Murid sekolah
Mereka terdiri daripada Amira, Jacinta dan Itai. Mereka menggunakan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
Bukti, Amira dan Jacinta menghabiskan masa cuti sekolah dengan mengikut Pfofesor Zaidah ke Bukit Mat Raya untuk melakukan penyelidikan arkeologi.

Perbezaan
1.      Masyarakat bangsawan
Mereka terdiri daripada keluarga Datuk Tengku Makmur yang kaya antaranya Datin Maziah, Tengku Mazran dan Tengku Muzaffar.
Bukti , mereka kaya dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.

Perbezaan :
  1. Masyarakat Orang asli yang berketurunan Semai.
Mereka diwakili oleh Tau, Itai dan Ludin.
Bukti, mereka tinggal di sebuah perkampungan orang asli di dalam hutan bukit Mat Raya.







No comments:

Post a Comment