karangan Laporan
1.
Karangan jenis ini
menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
2.
Hendaklah disampaikan
dengan tepat dan mudah difahami.
3.
Dalam membuat karangan
berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau
lojik.
4.
Kamu perlu memastikan
jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan,
perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
5.
Untuk laporan aktiviti
persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan
aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
6.
Untuk laporan lawatan
pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap
pembelajaran.
7.
Penulisan mengikut
perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
8.
Gunakan bahasa yang
ringkas dan padat
Format karangan
Tajuk Laporan
|
:
|
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan
digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang. |
Isi Laporan
|
:
|
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
|
Pengakuan pelapor
|
:
|
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir
|
Tarikh
|
:
|
Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan
pelapor
|
Tandatangan pelapor
|
:
|
Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor
|
Nama Pelapor
|
:
|
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
tandatangan
|
Jawatan Pelapor
|
:
|
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda
koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama
persatuan yang diwakili
|
Karangan di bawah mempunyai beberapa kelemahan. Kesan dan baiki kelemahan tersebut.
Laporan Lawatan Kelas 5
Disiplin ke Pameran Kerjaya
di Persada Johor, Johor
Bahru.
Pada 30 April 2014 yang lalu, kelas 5
Disiplin telah mendapat peluang keemasan yang tidak boleh disia-siakan dalam
hidup. Pada tarikh bahagia tersebut, kelas 5 Disiplin telah diberi peluang oleh
pihak sekolah untuk menghadiri Pameran Kerjaya di Persada Johor, Johor Bahru.
Peluang yang diberikan ini telah membuatkan setiap pelajar tidak sabar-sabar
lagi untuk menimba ilmu pengetahuan daripada lawatan sambil belajar ini.
Seramai 40 orang telah terlibat dan dua orang guru pengiring telah mengiringi
kami iaitu Puan Kartina dan Cik Nalini Madavan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para
pelajar tentang peluang-peluang kerjaya yang sesuai selepas tamat alam
persekolahan. Pameran ini telah mendapat tajaan daripada beberapa syarikat
korporat seperti Syarikat Buku Ali Sdn. Bhd. dan Syarikat Air Johor. Program
ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang terperinci tentang bidang
pekerjaan yang terdapat di Malaysia di samping memberikan motivasi kepada para
pelajar supaya dapat bersaing dalam arus pembangunan negara. Melalui perkara
ini, kami sentiasa berharap supaya setiap peserta akan mendapat manfaatnya.
Perjalanan kami dengan menaiki bas yang ditaja oleh Syarikat Bas Mayang Sari
telah melalui jalan raya yang sibuk. Namun, kami telah tiba di lokasi tepat
pada waktunya iaitu pada pukul 8.30 pagi. Disiplin pelajar yang mantarp telah
memudahkan guru pengiring untuk membawa kami. Setiap pelajar beratur dengan
tertib dan sentiasa peka akan arahan guru pengiring. Guru pengiring telah membawa
kami ke meja pendaftaran lalu disambut dengan tangan terbuka oleh petugas
pameran tersebut. Hati gembira tidak terkata apabila kami dihadiahkan buku
catatan dan sebatang pen oleh pihak penganjur supaya memudahkan kami mencatat
maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan di sekolah.
Setelah mendaftar, Pegawai Perhubungan Awam Persada Johor iaitu Encik Roslan
bin Kaliwon telah menyampaikan taklimat ringkas tentang perjalanan kami dalam
program ini secara jelas dan terperinci. Sebaik sahaja taklimat selesai, kami
telah dibawa oleh petugas ke ruang pameran yang berlangsung di dewan Sri
Cempaka.
Guru pengiring telah membawa kami melawat ke tapak pameran Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Ketika di tapak pameran ini, kami telah mengetahui
dengan lebih jelas tentang bidang-bidang yang ditawarkan di Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) selepas tamat Tingkatan 5. Kami mendapat maklumat bahawa kos
pengajian di IPTA lebih murah berbanding kos pengajian di universiti swasta.
Kaunselor yang bertugas juga telah memaklumkan kepada kami bahawa univeristi
awam di Malaysia sudah setanding dengan universiti bertaraf antarabangsa. Hal
ini demikian kerana banyak universiti di Malaysia telah diiktiraf sebagai
universiti penyelidikan contohnya Unversiti Teknologi Malaysia, Univeristi
Putra Malaysia dan Universiti Malaya. Kajian-kajian profesor tempatan seperti
penciptaan alat pengesan bahan pengawet di dalam makanan juga telah berjaya
dicipta. Dalam bidang bahasa pula, hampir seribu orang penuntut asing
berkunjung ke univeristi tempatan untuk mempelajari bahasa ibunda kita yang
tercinta iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu, jelaslah bahawa univeristi awam
tempatan sudah setaraf dengan universiti antarabangsa dan kami berharap supaya
dapat melangkah kaki ke menara gading pada masa hadapan.
Selain itu, kami juga telah melawat pameran Angkatan Tentera diRaja Malaysia
yang sangat menarik hati. Kami tertarik hati untuk berkunjung ke sini kerana
melihat senjata canggih dan kereta kebal yang diletakkan di luar tapak pameran.
Kami telah melihat gambar-gambar pasukan tentera Malaysia yang bertugas ketika
berada di perbatasan untuk mengawal negara. Kami sedar bahawa tugas sebagai
anggota tentera sangat berat kerana ketika kita dibuai mimpi yang indah, mereka
bersengkang mata, mempertaruhkan nyawa menjaga keselamatan negara. Dalam
pameran ini, kami telah diberi pendedahan tentang tugas sebenar anggota tentera
yang bukan sahaja bertugas mempertahankan negara di udara, darat dan laut malah
meliputi berbagai-bagai aspek. Contoh yang dapat dikongsi bersama-sama di sini
ialah tugas mekanik tentera yang sentiasa menyelenggara kenderaan tempur supaya
selamat digunakan ketika menjalankan tugas. Kami juga mendapat tahu bahawa
bidang kulinari dalam Angkatan Tentera Malaysia juga sangat penting supaya
dapat memastikan tentera negara sentiasa sihat dan cergas untuk menjalankan
aktiviti lasak. Melalui lawatan di kios pameran Angkatan Tentera Malaysia ini,
jelaslah bahawa tugas anggota tentera itu bukan sahaja mempertahankan negara
malahan meliputi banyak lapangan tugas yang berbeza dan mencabar.
Kami sempat berada di ruang pameran ini selama sejam dan masih banyak lagi
tapak pameran yang belum dilawat. Namun, guru pengiring telah mengumpulkan kami
untuk bertolak ke sekolah kerana kesuntukan masa. Guru pengiring telah
mencadangkan supaya kami melawat lagi pameran ini bersama-sama keluarga
tersayang pada hujung minggu. Sepanjang lawatan ini, kami berasa sangat bertuah
kerana telah meneroka lautan pekerjaan yang terhidang di Malaysia dan kami juga
telah menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengejar
cita-cita. Sesungguhnya, lawatan seperti ini sangat bermakna dan kami berharap
agar pihak sekolah akan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk merasai
nikmatnya.
Disediakan
oleh, 9 Mac
2014.
.....................................
(DENISE TAN)
Setiausaha,
Kelas 5 Disiplin,
SMK Sultanah Engku Tun Aminah,
Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment