Merah Silu
Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua
orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada suatu malam, sewaktu
Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut berwarna keemasan di
tengah kepala isterinya yang
menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan
kematiannya.
Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya iaitu
Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda
Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad
sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh
termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah
Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada
kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.
Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana
tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua
keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana.
Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah
Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa
kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia
mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di
dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi
perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.
Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu
tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak
berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu.
Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh
Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya
Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya.
Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak
disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman
mereka.
Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di
sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk
tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat
Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara
kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam
dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan
mereka yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat
telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l-
Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan
berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan
tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama - Merah Silu - Anak sulung
Merah Gajah dengan Puteri Betong / Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
/ Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya /
Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan
buihnya menjadi perak. / Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam
datang bersabung ayam dengan Merah Silu. / Seorang yang tidak berputus-asa- Merah
Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang.
/ Seorang yang berani-- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan
/ Seorang yang pemurah- Merah Silu suka
memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam.
Watak Sampingan
1. Merah Hasum - Adik kepada Merah Silu / Menghormati saudara- Dia
bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga./ Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan
Merah Silu kerana menangkap kerbau liar. / Bersikap tegas – Dia menyuruh
Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan
menangkap kerbau liar.
2. Megat Iskandar - Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan
Maliku”l-Nasar. / Tinggal di Buluh Telang. / Mempunyai ladang yang luas. / Bapa angkat
kepada Merah Silu. / Tetap pendirian -
Dia berperang di Kumat dengan saudaranya
Sultan Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba
Jerun / Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa
kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang.
3. Sultan Maliku”l- Nasar - Adik kepada Megat Iskandar dan Megat
Kedah / Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk
melantik Merah Silu di Rimba Jerun. / Mempertahankan haknya sebagai raja
di Rimba Jerun / Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.
UNSUR KOMSAS -TEMA
|
PERISTIWA
|
Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran
hidup.
|
Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan
terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga
dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi
kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu
Karang pula tetapi tidak disukai oleh
penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka.
Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar.
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar
sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.
|
UNSUR KOMSAS
–PERSOALAN
|
PERISTIWA
|
Persoalan perselisihan antara adik-beradik
|
Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan
Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan
dianggap memalukannya
|
Persoalan perkara di luar logik akal
|
Keistimewaan keturunan raja yang digambarkan dengan
peristiwa aneh , misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu
bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
|
Persoalan keberanian anak raja
|
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar
sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun
|
Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat
|
Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah
seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang
hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan
kepada mereka yang kalah.
|
Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat
|
Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan
|
UNSUR KOMSAS –NILAI
|
PERISTIWA
|
Nilai Taat Setia
|
Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga
melibatkan banyak kehilangan nyawa.
|
.Nilai Murah Hati
|
Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap
orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam..
|
Nilai Keberanian
|
Merah Silu berani berperang menentang Sultan
Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.
|
.Nilai Berdikari
|
Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian
setelah dihalau oleh Merah Hasum.
|
UNSUR KOMSAS –LATAR
MASYARAKAT
|
PERISTIWA
|
Golongan bangsawan
|
Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah,
Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar
|
Masyarakat yang suka menyabung ayam
|
Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan
Merah Silu
|
Golongan bawahan
|
Orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak)
bagi menangkap kerbau liar
|
Golongan askar
|
Golongan tentera yang terlibat dalam beberapa siri
peperangan
|
Masyarakat yang suka membantu
|
Megat Iskandar
mempelawa Merah Silu menetap di Buluh
Telang
|
UNSUR KOMSAS –LATAR
TEMPAT
|
PERISTIWA
|
Negeri Semerlanga
|
Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad
menyebabkan kedua-duanya terbunuh. / Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum
sebelum keluar merantau.
|
Beruana
|
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah
Hasum.
|
Kerbau Kampung
|
Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.
|
Hulu Karang
|
Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana
kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka.
|
Negeri Buluh Telang
|
.Merah Silu menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat
Iskandar. / Tempat Merah Silu
mengamalkan hobinya menyabung ayam.
|
Rimba Jerun
|
Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah
Silu. / Merah Silu menjadi raja
setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.
|
LATIHAN
PEMAHAMAN:
Baca prosa klasik di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah beberapa lama Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong dengan berkat
kurnia Tuhan Yang Amat Berkuasa, Puteri Betong pun hamil. Setelah genap
bulannya, Puteri Betong pun melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama
Merah Silu. Selang beberapa lama kemudian, Puteri Betong pun hamil lagi. Setelah genap bulannya, lahirlah lagi seorang
anak lelaki dan diberi nama Merah Hasum.
Puteri
Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya tetapi ia
tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika
puteri sedang menyikat rambut.
Kata
Merah Gajah kepada isterinya, ”Wah adinda, mari
hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”
Jawab
tuan puteri itu, ”Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”
Beberapa
kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tidak dibenarkan oleh
isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut
rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa
yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang
rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.
i.
Berikan maksud rangkai
kata alamat perceraian tuan hamba dengan
hamba [2 markah] tanda perpisahan antara kita berdua
ii.
Apakah peristiwa yang
berlaku selepas Merah Gajah mencabut sehelai rambut di atas kepala isterinya? [3
markah] - darah keluar dari liang rambut
Puteri Betong / darah yang keluar sangat banyak
/ Puteri Betong tiba-tiba hilang
setelah darah yang keluar itu berhenti / Puteri Betong berpisah dengan
Merah Gajah selama-lamanya
iii.
Pada pandangan anda,
bagaimanakah caranya untuk membentuk keluarga bahagia? [3 markah] - kasih
sayang sesama suami isteri / mengamalkan sikap toleransi sesama ahli keluarga /
menyelesaikan masalah dengan cara bermusyawarah
No comments:
Post a Comment