Tuesday 7 April 2015

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom


Sinopsis

            Penulis iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD 400, dia mengikuti rombongan Passage Tours and Travel. Penulis telah mencongak senarai cenderamata yang perlu dibeli.  Namun,  penulis  hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barangan  yang lain. Penulis juga telah diingatkan tentang panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. penulis telah dinasihati oleh seorang pemandu pelancong yang bernama Yuksel tentang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga. Penulis serta rakan-rakannya berasa sukar untuk  menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan  harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
            Ketika berkunjung ke Grand Bazaar iaitu sebuah pusat beli-belah yang mempunyai lebih 6,000 buah kedai, penulis telah disapa oleh seorang lelaki dari sebuah kedai yang menjual jaket kulit. Lelaki itu telah meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kijang. Lelaki itu cuba sedaya upaya memujuk penulis untuk membeli jaket tersebut dengan menawarkan potongan harga yang rendah. Oleh sebab bukan dalam perancangan, penulis telah menolak secara sopan untuk membeli jaket yang telah dicubanya sebelum ini. Rupa-rupanya tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu. Layanan yang agak kasar itu telah membuatkan penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu pelancong sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul.
            Dalam perjalanan ke Egyptian Market, penulis didatangi seorang remaja kurus yang menjual barangan di pasaran gelap (black market) tetapi pihak polis telah menangkap remaja tersebut tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan. Ketika beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus pula , seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan penulis. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada penulis dengan harga AS$100. Namun begitu, penulis menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia kerana tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Jaket tersebut juga perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak, dan  jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya lambang kemewahan dan kemegahan. Lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu ingatan pemulis tertumpu pada hasil penulisan tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa homuris dan mengamalkan cara hidup sederhana. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan.        
            Pembelian jaket kulit itu telah mendatangkan kegembiraan kepada penjualnya, Shahmeem, dan kepada penulis sendiri. Penulis pula berhasrat untuk menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya agar pembelinya berasa gembira kerana membelinya dengan harga yang murah. Selain itu, tindakan itu dapat menghilangkan sifat ego pembeli kerana dia sebenarnya membeli barangan terpakai. Penulis bercadang untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang. Hal ini sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.
Plot Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul



   






Watak dan Perwatakan


Watak Utama - Penulis (Mas) - peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki. / bersopan santun - tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai di Turki. / baik hati / murah hati  - membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya. Dia juga  begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira. / berhemat ketika berbelanja - membuat perancangan lebih awal sebelum berbelanja. / suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor. Dia juga akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku /  sensitif dan perasa -  tidak gemira apabila melihat nilai-nilai kasih sayang dan perikemanusiaan tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. / mencintai hidupan liar -  sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang. Dia begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan. / penyabar - tetap bersabar walaupun dimarahi dan dilayan dengan buruk oleh pekedai di Turki. Tidak boros berbelanja -  tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang ..


Watak Sampingan


1.     Lelaki Turki - berniaga di Grand Bazaar, Istanbul. / Seorang yang berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan. /   tidak beretika ketika berniaga -  dia menuduh Mas bukan wanita muslim yang baik kerana telah membuang masanya. Pemuda berkulit putih / Mempunyai kumis (misai) / Fasih berbahasa Inggeris. apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya./ Peramah dan mesra  ketika melayan pelanggan di kedainya. / Tidak berputus asa memujuk pelanggannya agar membeli barang jualannya. / Pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis. / Cepat marah – memarahi pelanggannya yang tidak mahu membeli barangannya
                           
2.     Shahmeem - Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul. / membeli jaket kulit tetapi dia menjualnya semula kerana jaket itu tidak sepadan dengannya. / baik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah daripada harga asal yang dibelinya.

3.     Mevlana Celaleddin Ar-Rumi -  berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya. /  menulis lebih daripada 25000 buah puisi sufi sepanjang hayatnya. / Hasil tulisannya banyak membicarakan perihal kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama dan negara. /  menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya

4.     Nasreddin Hodja - Penulis tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng. / dilahirkan di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki. /  mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh pendidik yang berjiwa humoris. /  tidak suka akan pembaziran dan kemewahan. / Hasil tulisannya disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

5.     Polis Turki – Lelaki dewasa / Bertubuh tegap / Berbaju T dan berseluar panjang / Berwajah serius kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap


Latar

Latar Tempat


1.     Istanbul, Turki - Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istabul, Turki.
2.     Grand Bazaar - Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis membeli-belah di situ.
3.     Sebuah kedai di Grand Bazaar - Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ.
4.     Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Rumi and The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas.
5.     Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
6.     Kedai menjual jaket kulit – aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. / Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan. / penulis mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.
7.     Pigeon ValleyPenulis bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
8.     Gunung BoluPenulis bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.
9.     Masjid UluPenulis bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
10.  Masjid Biru – tempat Penulis menunaikan solat jamak.
11.  Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
12.  Terminal Feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar Masa


1.     Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa membeli jaket kulit kijang.
2.     Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market.
3.     Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang.

Unsur-unsur KOMSAS Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Peristiwa
Persoalan
Latar masyarakat
Nilai
kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket
Persoalan tentang kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar


Peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul memaksa seseorang membeli barangannya
Persoalan tentang sikap peniaga yang tidak mematuhi etika perniagaan


Penulis dan rakan-rakannya melancong ke Turki

Masyarakat yang suka melancong

Hasil penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak dijadikan bahan bacaan dan rujukan masyarakat selepasnya

Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti

Penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket


Nilai kesabaran


Latihan Pemahaman -  Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

            Kisah aku akhirnya “terbeli” jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku ke Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan “terbeli” kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya. Ahli rombongan kami yang seramai 20 orang dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.
          Aku sudah mempunyai ilham jenis cenderamata yang akan kubeli untuk ahli keluarga  dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum tiba di Istanbul, kami sudah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, aku mendapati bahawa cenderamata yang popular dan unik di Turki berupa anak patung kain berpakaian tradisi, manisan tradisi lokum yang terkenal sejak zaman pemerintahan Uthmaniah, teh uncang berperisa epal, rantai kunci daripada kaca biru berupa mata merpati, botol orga saiz mini, pinggan seramik bertulis ayat suci dan gelang manik penari gelek. Aku memang bercadang untuk membeli cederamata tersebut di Istanbul kerana pada pendapat aku, apabila membeli cenderamata dalam jumlah yang banyak, aku akan dapat membelinya dengan harga yang lebih murah, selain mempunyai pilihan yang lebih luas. Aku begitu teruja saat mendengar khabar bahawa kedai yang terdapat di Grand Bazaar berjumlah 6 000.
          Pemandu pelancong, Encik Yuskel, telah memberitahu kami beberapa panduan berbelanja di Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua, jangan berjalan sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai. Keempat, jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar harga setiap barangan yang ingin dibeli sehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad kredit sebab terlalu berisiko ditipu.

(i) Jelaskan panduan ketika berbelanja di Istanbul seperti yang diberitahu oleh pemandu pelancong dalam petikan.                                                                                                                               [3  markah]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan melancong ke negara luar?                               [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



(iii) Huraikan satu perwatakan “aku” yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan  dua perwatakan lain “aku” daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                      [3  markah]


___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

8 comments:

  1. Replies
    1. ya boleh sebentar lagi saya update page sekali dengan jawapan!!!!!!!!!!!

      Delete
    2. ya boleh sebentar lagi saya update page sekali dengan jawapan!!!!!!!!!!!

      Delete
  2. sabar ye admin , keep up the good workk

    ReplyDelete