Wednesday 24 August 2016

PEPERIKSAAN PRA - SPM 2016 (SET 1)

PEPERIKSAAN PRA - SPM 2016 (SET 1)                                   
1103/2
BM Kertas 2
Ogos
2 1/2  jam                                                                                      Dua jam tiga puluh minit

 

  1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
  2. Jawab semua soalan
  3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan  teks KOMSAS Tingkatan 4 dan 5
 


Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan leliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah blog kepada remaja dan langkah-Iangkah mengawal penyalahgunaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hari ini minat terhadap penulisan menjadi ledakan dalam dunia teknoiogi maklumat, terutama laman blog yang menjurus kepada isu politik berbanding dengan penulisan blog dalam pelbagai cabang dan isu lain. Perkembangan teknologi Internet dan dasar keterbukaannya secara tidak langsung telah memperluas dan memperkembang fungsi blog.
Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan remaja lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya. Walau bagaimanapun dalam menyuarakan pendapat atau pandangan lentang sesuatu isu kita tidak boleh menyalahi undang-undang seperti menyebar fitnah dan menghasut. Apabila sering melahirkan buah fikiran melaui blog, mereka bukan sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, melalui perkongsian pandangan dan perdebatan secara terbuka dalam sesuatu isu, telapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda. Oleh itu, laman blog menjadi medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupunpandangannya.
Dalam meneliti kebanyakan laman blag yang ada pada hari ini, penyertaan remaja amat kurang. Sebahagian besar remaja lebih tertarik kepada laman yang dipanggil sebagai laman sembang seperti Friendster, Facebook, Twiter, dan Fanbook. Laman ini menjadi tempat untuk menambahkan kenalan bagi membolehkan mereka berkongsi minat tentang isu atau hal berkailan dengan dunia mereka sendiri. Golongan remaja yang masih dalam proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini sebagai tempat untuk mempopularkan diri sarna ada dalam kalangan pemblog ataupun dalam kalangan rakan mereka di sekolah. Hal ini demikian kerana menjadi popular melalui blog merupakan satu strategi yang posilif.
Remaja hari ini perlu memanfaatkan perkembangan blog untuk membentuk pemikiran yang lebih positif. Sebagai contoh, mereka baleh membina satu blog yang khusus untuk bertukar-tukar nota pelajaran. Dengan cara ini, mereka dapal berkongsi ilmu dan menambahkan pengetahuan yang ada. Di samping iru, jika pandai memanfaatkan perkembangan teknologi hari ini, laman blog juga dapal dijadikan ruang unruk mendapatkan duit dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana perkembangan sistem pemasaran di alam siber telah membolehkan sesiapa sahaja untuk mengiklankan produk masing-masing dalam dunia pengiklanan Internet.
Blog dan memblog ialah fenomena baharu dan menarik. Namun demikian belakangan ini, remaja dilihat lebih terarah dan berminat mengendalikan laman blog lucah dan memaparkan salah laku moral remaja. Agak menyedihkan apabila blog disalahgunakan sedangkan dunia blog itu sendiri banyak manfaatnya jika digunakan sebaik mungkin.

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a)· Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soolan yang berikut dengan menggunakan aya! anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata strategi yang positif.                                                              [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa contoh penyalahgunaan blog.
Nyatakan tiga daripada penyalahgunaan tersebut.                                                                     [3 markah]

(iii) Pada pendapat aoda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan
laman blog?                                                                                                                                 [4 markah]




Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

            Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
            Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.
            Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.
            Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam punca.

 (Dipetik daripada Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Mellisa oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)  Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?                        [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu ?                                                                                                                                                                [3 markah]
(iii)  Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.                                                                                                                                                          [4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.

          Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku ini!”
          Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.

          Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”

          Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pada mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.

(Dipetik daripada prosa “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
                                   
(i)  Berikan maksud terlalu gemuruh bahananya.                                                                     [2 markah]

(ii)  Bagaimanakah laksamana berjaya membunuh Kertala Sari?                                                3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang pendekar itu menewaskan musuhnya hanya dengan menggunakan kaedah tipu muslihat?                                                                                    [3 markah]                                                                      


Soalan 2 (d) – Petikan Puisi

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Sajak Gelanggang


Ini gelanggang kita
diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
        
Onn Malini - Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)  Nyatakan cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang dinyatakan dalam sajak di atas.                                                                                                                                                                                    [2 markah]

(ii)  Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara itu dijajah?      [4 markah]                                                        

(iii)
Jelaskan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.                                                    [3 markah]




Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

  1.  Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata  di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan  maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                 negara bangsa
ii.                runding cara
iii.               enjin carian
iv.              paparan  kristal cecair
v.                kitaran proses biologi
vi.              warisan budaya bangsa                                                                                    [6 markah ]


  1. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

i.                 Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii.                Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii.               Pantai di kampung saya  mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.              Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v.                Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis  di Taman Melati, semalam.
vi.              Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika  menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.                                                                               [6 markah ]
  1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                 Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.

ii.                Sifat remaja yang terkenal dengan agresif, kraetif, dan inovatif merancakan  aktiviti hiburan mereka lagi

iii.               Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.                                                                                                                  [6 markah]
     

  1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan istilah dan satu kesalahan penggunaan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                 Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.

ii.                Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.

iii.               Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.                                                                          [6 markah]


  1. Baca  petikan di bawah  dengan  teliti  dan  kemudian  senaraikan  peribahasa  yang sesuai  untuk diisikan pada tempat kosong.

Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................
[6 markah]



Soalan 4 : Novel
[15 markah]

a.     Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan perasaan anda setelah membaca novel tersebut.                                                                                          [ 7 markah]

b.     Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan  persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut                                                               [8 markah]



KERTAS SOALAN TAMAT

2 comments: