HIKAYAT
OPU DAENG MENAMBUN
Sinopsis
Cerita mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan, bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi raja di Benua Lama dan mempunyai anak yang bernama Raja Baporang. Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu. Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sambas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin. Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun. Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniai sepuluh orang anak. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan.
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG
MENAMBUN
| 
   
ITEM 
 | 
  
   
PERNYATAAN 
 | 
  
   
HURAIAN 
 | 
 
| 
   
Tema 
 | 
  
   
Kepahlawanan
  menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah Melayu 
 | 
  
   
Kepahlawanan
  Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya
  mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan
  Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas 
 | 
 
| 
   
Persoalan 
 | 
  
   
Persoalan
  keberanian menegakkan keadilan 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan
  Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman. 
 | 
 
| 
   
Persoalan
  perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperangan 
 | 
  
   
Raja
  Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga
  memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara 
 | 
 |
| 
   
Persoalan
  bersedia memberikan bantuan jika diperlukan 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman
  apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima
  juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya
  menyerahkan kembali takhta kerajaan 
 | 
 |
| 
   
Persoalan
  muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusan 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum
  membuat sesuatu keputusan 
 | 
 |
| 
   
Nilai 
 | 
  
   
Muafakat/kerjasama 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan
  kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah 
 | 
 
| 
   
Keberanian 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan
  semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil 
 | 
 |
| 
   
Tolong-menolong 
 | 
  
   
Opu
  Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka
  diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing 
 | 
 |
| 
   
Menunai
  janji 
 | 
  
   
Raja
  Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang
  Amtuan Muda di Riau 
 | 
 |
| 
   
Pengajaran 
 | 
  
   
Kita
  hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin
  mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman 
 | 
 
| 
   
Kita
  hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat
  diringankan 
 | 
  
   
Opu
  Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai
  pemerintah oleh saudaranya sendiri. 
 | 
 |
| 
   
Kita
  hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi
  apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah 
 | 
 |
| 
   
Kita
  hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kita 
 | 
  
   
Raja
  Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang
  Amtuan Muda di Riau. 
 | 
 
| 
   
WATAK 
 | 
  
   
PERWATAKAN 
 | 
 
| 
   
Opu
  Daeng Menambun 
 | 
  
   
Mempunyai
  4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak 
 | 
 
| 
   
Berkahwin
  dengan Puteri Kesumba dari Riau 
 | 
 |
| 
   
Dilantik
  menjadi raja di Mempawah 
 | 
 |
| 
   
Daeng
  Perani 
 | 
  
   
Saudara yang tertua daripada lima bersaudara 
 | 
 
| 
   
Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan 
 | 
 |
| 
   
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan
  Daeng Khatijah 
 | 
 |
| 
   
Daeng Kemasi 
 | 
  
   
Beristerikan anak Raja Mempawah 
 | 
 
| 
   
Dilantik
  menjadi raja di Sambas 
 | 
 |
| 
   
Daeng
  Chelak 
 | 
  
   
Dilantik
  menjadi raja di Riau 
 | 
 
| 
   
Berkahwindengan
  Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman 
 | 
 |
| 
   
Daeng
  Merewah 
 | 
  
   
Menjadi
  Yang Amtuan Muda di Riau 
 | 
 
| 
   
Berkahwin
  dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung 
 | 
 
| 
   
LATAR
  MASA 
 | 
  
   
PERNYATAAN 
 | 
  
   
HURAIAN 
 | 
 
| 
   
Tujuh
  hari tujuh malam 
 | 
  
   
Meraikan
  Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun 
 | 
 |
| 
   
Hari
  Jumaat 
 | 
  
   
Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar 
 | 
 |
| 
   
Lapan hari 
 | 
  
   
Peperangan
  di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya 
 | 
 |
| 
   
LATAR
  TEMPAT 
 | 
  
   
Riau 
 | 
  
   
Opu
  Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak 
 | 
 
| 
   
Siak 
 | 
  
   
Peperangan
  di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak 
 | 
 |
| 
   
Negeri
  Matan 
 | 
  
   
Tempat
  Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu
  Agung Senuhun 
 | 
 |
| 
   
LATAR
  MASYARAKAT 
 | 
  
   
Masyarakat
  feudal 
 | 
  
   
Masyarakat
  yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja 
 | 
 
| 
   
Masyarakat
  istana 
 | 
  
   
Masyarakat
  yang tinggal di istana seperti raja 
 | 
 |
| 
   
Masyarakat
  yang suka membantu 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan 
 | 
 |
| 
   
Masyarakat
  yang berani 
 | 
  
   
Opu
  Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh 
 | 
 
 GAMBARAN PENGARUH OPU DAENG MENAMBUN
LIMA BERSAUDARA

hi, komsas focus SPM yang awak post di sini ialah tajuk penting untuk SPM?? thanks
ReplyDeleteYa Winnie
ReplyDelete