SAJAK "ADAT SEZAMAN" - Untaian
puisi moden 23 baris karya Wan Nazihah Wan Abdullah ini dimuatkan dalam
antologi "Harga Remaja" tentang kekesalan generasi lama (tua)
terhadap gelagat teruna dan dara
(remaja) moden yang bergaul bebas. Penyajak menyanjung kesantunan anak
dara dan kewarakan anak teruna zaman dahulu. "Si tua" digambarkan
sebagai bersedih dengan sikap remaja kini mengetepikan adat sezaman dan suruhan
agama, sebaliknya mendewa-dewakan adat
kuning (pengaruh hedonisme Barat).
RANGKAP
|
MAKSUD
|
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila
diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si
tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di
singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun
sang dara
dan
warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa
hormat
tanpa
batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.
|
Peradaban zaman semakin
berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat terutamanya kepada remaja.
Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek
keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk
dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh dengan kesopanan dan teruna yang mempunyai pegangan agama sangat sepadan untuk digandingkan bersama
di atas pelamin. Namun, perubahan
zaman telah memberi kesan dalam
kehidupan masyarakat. Kini, gadis yang bersopan santun amat sedikit
dan lelaki yang kuat pegangan agama malah nilai ketimuran mulai lenyap
ditelan arus globalisasi./ modenisasi Golongan tua kini berasa malu /
sedih dengan sikap anak muda yang berkelakuan tidak sopan di tempat
awam tanpa segan silu. Sesetengahnya
pula melampaui batasan agama dengan bergaul bebas Remaja kini telah mengetepikan adat / budaya
yang diwarisi zaman berzaman manakala
suruhan agama tidak dihiraukan. Sebaliknya, mereka amat mendewa-dewakan budaya kuning
(pengaruh hedonisme barat).
|
TEMA
|
|
Adat warisan iaitu
perubahan budaya akibat peredaran zaman. Perubahan zaman telah mengakibatkan
amalan dan adat resam selain budaya timur mula terhakis daripada sanubari
remaja. Perubahan adat tradisi ini
berlaku disebabkan arus modenisasi.
|
|
Sajak tersebut
bertemakan .............................................Hal ini demikian
kerana ............................. Tambahan
pula, .......................................
|
|
PERSOALAN
|
|
1
|
Adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam
kehidupan masyarakat terdahulu
|
2
|
Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul
bebas tanpa rasa malu.
|
3
|
Perasaan kecewa
golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan
sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.
|
4
|
Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis
yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang
negatif seperti pergaulan bebas.
|
|
Persoalan yang terkandung dalam sajak
tersebut adalah tentang………………………… Persoalan tersebut dapat dibuktikan ............................... Selain itu,
persoalan tentang……………………… turut dipaparkan dalam sajak tersebut. Hal ini
demikian kerana ...................................................................
Persoalan tentang ................................................ juga
ditampilkan oleh penyajak apabila beliau mengatakan
..................................... .....
|
BENTUK
|
|
1
|
Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
|
2
|
Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak
terkawal.
|
3
|
Terdiri daripada 4
– 13 suku kata.
|
4
|
Sajak berbentuk
bebas.
|
|
Sajak tersebut
terdiri daripada ………… rangkap yang mengandungi ................ baris. Selain itu, jumlah perkataan setiap baris tidak sama iaitu antara
............. hingga .................... patah kata. Manakala jumlah suka
kata pula antara .................. hingga ............... suku kata sebaris.
Kesimpulannya, sajak tersebut berbentuk ........................
|
GAYA BAHASA
|
|
1
|
Pemilihan kata atau diksi – Bahasa Puitis
|
|
warak si teruna jadi ikatan
|
2
|
Aliterasi
:pengulangan konsonan [l]
|
|
terlalu
mulia apabila diselidik
|
3
|
Asonansi
:pengulangan vokal [a]
|
|
sama cantik sama padan
|
4
|
Diksi
– bahasa klasik
|
|
si tua berduka lara
|
5
|
Anafora
|
|
terlalu indah
apabila dipandang
terlalu mulia
apabila diselidik
|
6
|
Inversi
|
|
adat sezaman ditinggal jauh
|
Salah satu unsur gaya
bahasa yang digunakan dalan sajak tersebut termasuklah
............................... iaitu ..................................... ,contohnya
.................................................... Selain itu, unsur .....................
iaitu ................ turut digunakan oleh penyajak. Sebagai contoh,
......................................... Unsur gaya bahasa
............................................ iaitu
........................................ juga diaplikasikan oleh penyajak. Hal ini terbukti melalui
baris ....................... .............................................
|
|
NILAI
|
|
1
|
Berhemah Tinggi. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna
mempunyai budi pekerti yang tinggi.
|
2
|
ketakwaan.
Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada
melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.
|
3
|
Jati
diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.
|
Salah satu nilai yang
terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai ................... Nilai tersebut dapat dibuktikan apabila
.................................. Selain itu, nilai
........................... turut ditampilkan dalam sajak, misalnya ..................... Nilai
.................................. juga terkandung dalam sajak tersebut. Sebagai
contoh, ...............................................
|
|
PENGAJARAN
|
|
1
|
Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada
ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma
hidup.
|
2
|
Kita
hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai
nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
|
3
|
Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang
rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama
supaya terhindar daripada pergaulan bebas.
|
Antara pengajaran yang terselit dalam sajak tersebut
ialah kita mestilah ...................... Pengajaran tersebut terbukti
apabila ................................. Selain itu,
kita....................................................... Hal ini demikian,
................................. Kita juga .............. , misalnya
................................................................
|
Contoh soalan:
i Apakah yang menyebabkan si tua tersenyum mesra? (2 markah)- Si tua tersenyum mesra kerana memandang teruna dara yang sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana atau pelamin. Sementelahan, mereka bersopan santun dan mempunyai pegangan agama yang teguh.
ii Mengapakah si tua berduka lara? (2 markah) - Si tua berduka lara kerana memandang teruna dara berganding tanpa segan silu dan tidak menghormati mereka yang lebih tua. Tambahan lagi, mereka bergaul bebas tanpa batasan.
iii Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda meninggalkan adat sezaman? (3 markah)- Pada pendapat saya, generasi muda meninggalkan adat sezaman kerana mereka tidak menerima pendedahan tentangnya sejak kecil. Bukan itu sahaja, mereka tidak menerima contoh yang dapat diteladani daripada ibu bapa dan masyarakat. Mereka juga berasa bahawa adat sezaman sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa yang mementingkan sains dan teknologi.
(Nota: jawapan
hendaklah berfokus kepada adat sezaman sahaja, tidak dikaitkan dengan faktor
lain seperti pengaruh media, rakan sebaya dan lain-lain)
iv Bagaimanakah nilai murni adat sezaman dapat dihidupkan semula dalam kalangan generasi muda mengikut pendapat anda? (3 markah) - Nilai murni adat sezaman dapat dihidupkan semula dengan cara menerapkannya dalam proses pembelajaran di sekolah. Selain itu, pihak media massa perlu menonjolkan kebaikan nilai murni adat sezaman secara berhikmah. Ibu bapa juga hendaklah menyemai nilai-nilai tersebut sejak anak mereka masih kecil kerana pada ketika itu mereka mudah dibentuk.
v Bersetujukah anda bahawa adat kuning menjadi ikutan generasi muda sekarang? Beri alasan anda. (3 markah) Saya tidak bersetuju generasi muda sekarang terikut-ikut dengan adat kuning, iaitu pengaruh Barat. Hal ini demikian kerana sebahagian besar generasi muda pada hari ini tetap mementingkan maruah bangsa dengan bertungkus-lumus dalam pelbagai bidang ilmu. Tambahan pula, bilangan anak muda yang terpengaruh dengan adat kuning terlalu dibesar-besarkan, sedangkan tiada statistik perbandingan yang dapat dijadikan bukti. Terdapat juga generasi muda sekarang yang berjaya mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang seperti Pandelela Rinong yang berjaya meraih pingat gangsa bagi acara 10 meter platform individu wanita dalam sukan Olimpik London 2012.
No comments:
Post a Comment