TULIS SEMULA KARANGAN JENIS WAWANCARA DI BAWAH AGAR MENCAPAI MARKAH CEMERLANG.
.
Anda mewakili
sidang pengarang Majalah Tunas Sastera untuk mewawancara seorang pegawai dan
penggiat sastera tanah air. Beliau
berkhidmat di Pusat Perkembangan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam
wawancara tersebut, tumpuan anda berfokus kepada kegiatan badan tersebut dalam
usaha memupuk bakat-bakat baru dalam bidang penulisan kreatif.
ISU :
KEHENDAK SOALAN :
FORMAT / KATA KUNCI :
ARAHAN
: Tulis semula karangan di bawah supaya mencapai tahap cemerlang.
Bidang kesusasteraan
kian terpencil dalam zaman pembangunan ini.
Namun begitu, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) tetap gigih dalam usaha memupuk dan memperkembang minat golongan
muda agar meminati bidang kesusasteraan. Wakil Majalah Tunas Sastera
berkesempatan mewawancara Dr. Zaidi Zainal
yang bertugas di Bahagian Perkembangan Sastera, Dewan Bahasa dan
Pustaka. Untuk tatapan umum , di bawah
ini merupakan hasil perbincangan saudari Anis Rahayu dengan beliau.
Anis: Dr. selaku tokoh sastera dan petugas di
Dewan Bahasa dan Pustaka, apakah pandangan umum Dr. terhadap sastera?
Zaidi: Sastera sangat penting dalam kehidupan
manusia. Semua pelajar seharusnya
mempelajari sastera baik secara formal atau tidak formal. Suatu hal yang sangat rugi jika seseorang itu
tidak mempelajari sastera. Saya sangat
menyedari kepentingan sastera maka saya mendorong anak-anak mempelajari
sastera. Sekalipun pada mulanya mereka agak keberatan kerana pada mereka
sastera itu tidak penting. Saya
membelikan mereka buku-buku sastera dan membimbing mereka mengenali sastera
agar mereka tidak “buta sastera” . Saya
juga menyatakan kepentingan sastera itu kepada mereka.
Anis: Bolehkah Dr. jelaskan secara lebih mendalam
kepentingan mempelajari sastera?
Zaidi: Untuk makluman anak-anak, sastera boleh membentuk
jiwa kita agar kita menjadi manusia yang baik.
Pada pandangan saya manusia yang pandai dan bijak sahaja belum memadai
untuk melaksanakan pelbagai matlamat negara termasuk menjayakan Wawasan 2020. Apabila seseorang memiliki kepandaian
sahaja, hal ini boleh mendorong seseorang menipu dan
mencuri. Umpamanya, terdapat kakitangan
atau pihak atasan sesuatu agensi yang sanggup menipu, menjual maklumat sulit
tempatnya bekerja kepada pihak lain.
Terdapat juga tokoh korporat yang belot dan banyak lagi pelakuan negatif
yang dilakukan oleh mereka. Oleh sebab
itu, hal yang sukar ialah seseorang itu
menjadi orang pandai yang baik. Hal ini
boleh dipupuk dalam jiwa seseorang melalui pelajaran sastera. Menenrusi sastera kita mempelajari watak baik
dan watak jahat. Watak yang baik kita
contohi, watak yang jahat kita jadikan
sempadan.
Anis: Dr. selaku salah seorang petugas dalam
bahagian perkembangan sastera; bolehkah
Dr. jelaskan fungsi DBP dalam usaha memupuk dan melahirkan golongan penulis
kreatif yang berwibawa khususnya di kalangan remaja?
Zaidi: Di sekolah sastera diajar kepada para
pelajar melalui pelbagai teori sastera.
Pelajar-pelajar akan mengenali watak dan perwatakan, gaya bahasa, teknik
penulisan dan sebagainya. Sementara DBP
pula mahu menyampaikan hal yang lebih daripada itu tentang sastera kepada para
remaja. DBP mempunyai keinginan untuk
melahirkan penulis kreatif yang
profesional; yang memanfaatkan masa
untuk berfikir, mencetuskan fikiran baru dan seterusnya menulis hasil
pemikirannya itu yang boleh disalurkan kepada pembaca dalam bentuk novel,
cerpen dan karya kreatif yang lain.
Anis: Dalam usaha menghasilkan karya kreatif, bersetujukah Dr. jika saya katakan bahawa
penulis yang baik mesti berilmu pengetahuan dan memiliki pengalaman yang luas?
Zaidi: Hal itu memang benar sekali. Bidang penulisan kreatif sangat memerlukan
ilmu dan pengalaman yang luas. Dengan
ilmu dan pengalaman yang pernah dilalui oleh seseorang penulis; beliau
mampu membimbing pembacanya dengan cara yang kreatif. Lebih-lebih lagi dalam penulisan itu
diterapkan oleh penulis fikiran baru dan
bernas, menasihati dan mendidik para pelajar atau pembaca lain melalui karya
yang dipaparkan oleh penulis.
Anis: Bagi remaja yang bercita-cita menjadi
penulis kreatif, apakah langkah-langkah
yang harus dilakukan oleh mereka dan adakah DBP pula mempunyai rancangan khusus
untuk membantu golongan tersebut dalam bidang penulisan kreatif?
Zaidi: Para remaja yang berminat dan bercita-cita
untuk menjadi penulis; saya berpendapat mereka haruslah berusaha secara kendiri
terlebih dahulu. Maksudnya mereka
haruslah memulakan usaha itu dengan menghsasilkan sebarang karya terlebih
dahulu dan menghantarkanya kepada mana-mana penerbitan. Oleh sebab itu, saya mengesyorkan karya
tersebut dihantar kepada dua majalah DBP, iaitu Dewan Pelajar dan Dewan Siswa
kerana kedua-duanya menyediakan ruangan khusus untuk penulis baru mengasah
bakat dalam bidang penulisan. Setakat
ini DBP menggunakan pendekatan “cari” dan “pupuk”. Kita berusaha mengesan kemunculan
penulis-penulis baru yang berbakat dan rajin berkarya menerusi karya-karaya
mereka yang disiarkan oleh penerbitan yang berwibawa. Apabila golongan ini ditemui. mereka akan dijadikan anak angkat dan DBP
akan memberi motivasi serta mendorong mereka yang berbakat tadi dalam
program-program yang diatur oleh pihak terbabit di DBP dengan kerjasama dengan
sebuah badan penulisan yang tidak asing di Malaysia, iaitu PENA. Salah satu program dalam bidang ini ialah bengkel
penulisan yang diadakan dari semasa ke semasa.
Apabila tamat kursus atau perbengkelan, kita akan pastikan mereka akan
teus menghasilkan karya-karya kreatif.
Setakat ini, usaha itu merupakan usaha yang kita laksanakan. Insya-Allah kita masih merancang beberapa
program susulan kepada kumpulan ini.
Setakat ini hanya 12 peserta yang dikenal pasti begitu gigih
menghasilkan karya.
Anis: Ada pendapat mengatakan bahawa lagi tinggi
pengajiannya maka kian mampulah penulis itu menghasilkan karya yang baik. Apakah Dr.
bersetuju dengan dakwaan ini?
Zaidi: Lumrahnya, bukan semua penulis berpeluang
melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
Namun, saya tidak menafikan bahawa pencapaian yang baik dalam bidang
pendidikan lazimnya dapat membantu penulis meningkatkan mutu karyanya. Walau bagaimanapun, ramai penulis yang berjaya lahir sebagai
penulis ternama setelah melalui pengalaman berkrya yang berterusan, tanpa
mengenal jemu dan putus asa. Dakwaan
saya ini berdasarkan bukti kebanyakan Sasterawan Negara berjaya sebagai penulis
setalah melalui usaha gigih dan tidak kenal jemu dalam bidang penulisan. Karya-karya mereka dibaca dan ditatap oleh
pelbagai lapisan pembaca sama ada di dalam atau di luar negara. Hal ini menjelaskan bahawa ilmu itu tidak
semestinya diperoleh di bangku sekolah
atau menerusi proses pendidikan formal sahaja tetapi ilmu juga diperoleh
melalui pembacaan, perbincangan, mengikuti seminar, kursus dan sebagainya.
Anis: Adakah bidang penulisan mempunyai risiko?
Zaidi: Bidang ini memang mempunyai risiko. Contohnya, apabila penulis ditipu oleh
penerbit. Walau bagaimanapun bukan semua
penerbit bersikap demikian kerana masih ramai penerbit yang bertanggungjawab
kepada penulis contohnya DBP sendiri yang tidak pernah mengabaikan hak penulis.
Anis: Untuk mengakhiri wawancara ini, apakah
harapan Dr. kepada penulis-penulis baru di tanah air kita ini?
Zaidi: Saya berharap penulis-penulis yang baru
berjinak-jinak dalam bidang penulisan tidak mudah berputus asa sekiranya
tulisannya tidak disiarkan oleh mana-mana penerbitan. Anggaplah perkara itu
sebagai cabaran untuk menghasilkan karya yang labih baik. Perkara yang penting, teruskan berkarya, lambat laun karya yang dihasilkan itu akan
disiarkan untuk tatapan umum. Untum
makluman penulis baru dan pembaca sekalian,
semua penulis yang terkenal pada waktu ini pernah mengalami hal-hal
karya mereka dibakulsampahkan tetapi mereka tidak patah semangat, mereka terus
berkarya. Akhirnya mereka mendapat nama dan terkenal dalam bidang penulisan.
Anis: Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang Dr. berikan untuk menjayakan wawancara
ini.
Zaidi: sama-sama.
No comments:
Post a Comment