Cerpen Pungut Alias
Zahara Alias Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)
Sinopsis :
Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun.
Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak
angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong)
yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat
awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh
membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku. Pungut menjadi bisu
dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan
Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa
menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut
dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Peristiwa-peristiwa penting dalam
cerpen:
1 Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia suka bermain dengan jari sendiri dan duduk di atas kerusi kecil.
1 Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia suka bermain dengan jari sendiri dan duduk di atas kerusi kecil.
2 Mak Timah yang uzur tetap membersihkan Pungut, memandikannya, dan
menyuapkan Pungut makanan. Pungut tidak tahu menguyah, sebaliknya menelan
makanan sekali gus seperti ular sawa.
3 Setelah Pungut (Yap Siew Hong) dilahirkan sebesar buah betik,
neneknya Bibik mahu menyerahkannya kepada sesiapa yang mahu. Bibik mengatakan
Pungut sebagai anak sial sebagaimana ramalan bomoh.
4 Bibik memberitahu Mak Timah bahawa anak sulungnya Siew Lan mahu
membuang Siew Hong jika tiada orang yang mahu mengambilnya. Bibik menawarkan
Mak Timah bayaran angkat sumpah (mahkamah) dan duit seratus lima puluh ringgit.
5 Sangkaan Mak Timah bahawa Pungut akan membesar seperti gadis
normal yang lain meleset. Harapan Mak Timah supaya apabila dia tua, Pungut akan
membanntu dan menjaganya, tetapi perkara sebaliknya yang terjadi.
6 Bomoh Dollah memberitahu Mak Timah bahawa Pungut terkena kenan
patung. Bibik juga memberitahu perkara yang sama bahawa ketika mengandung, Siew
Lan pernah menonton wayang patung.
7. Mak Timah berleter, menyeranah dan memaki Pungut apabila terpaksa bangun
semasa sakit untuk membersihkan Pungut. Mak Timah terfikir Tuhan mahu
membanyakkan dosanya dengan memanjangkan umur Pungut.
8. Mak Timah kesal dengan sikap anak lelaki bongsunya yang hanya tahu
mengira duit dan untung rugi dalam memelihara anak. Mak Timah bertegas dengan
pendiriannya sehingga anaknya itu terdiam apabila Mak Timah menyebut tentang
mati.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama: Mak
Timah- Perempuan tua / kuat berdoa / Selalu sakit-sakit / Ibu agkat Pungut / Ikhlas menjaga Pungut - Mak Timah sanggup
menjaga Pungut selagi dia masih hidp / Tabah dan sabar menghadapi dugaan - Mak
Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak
bermaya kerana sakit.
Watak Sampingan:
1.Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong – Berusia 24 tahun /
Cacat fizikal dan mental / dijangkakan tidak lama hidup oleh doktor / Anak angkat Mak Timah / Bertubuh sangat kecil dan ketinggian 0.6 meter / pekak dan bisu / tidak mampu menguruskan dirinya sendiri - bergantung kepada orang lain sepenuhnya

2. Bibik – Nenek kandung Pungut / Berbangsa Cina Peranakan / Percaya kepada ramalan loktang / Bibik tidak suka akan Pungut
kerana dia percaya kata-kata loktang
bahawa Pungut membawa sial / pemilik
rumah sewa Mak Timah / jiran Mak Timah
3.Anak Lelaki Bongsu Mak Timah - tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut / ambil mudah / hormat ibu / penyayang
KLIMAKS/PUNCAK

EKSPOSISI / PERMULAAN PENGAKHIRAN
Watak - Pungut - orang kurang upaya
-
dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
- Mak
Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu
(dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew
Lan
yang baru dilahirkan sebagai anak
angkat yang sah
kerana tidak sampai hati apabila
mengetahui bayi itu
akan dibuang.)
Latar
– Masa: Tahun 1957(Pungut dilahirkan)
UNSUR-UNSUR KOMSAS BERDASARKAN
PERISTIWA DALAM CERPEN:
UNSUR KOMSAS 1 : PERSOALAN
|
PERISTIWA / CONTOH
|
1. Persoalan tentang kepincangan
masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat
|
Siew Lan tidak menyukai anaknya
kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
|
2. Persoalan tentang ketabahan dalam
menjalankan tanggungjawab yang berat. .
|
Mak Timah tetap menguruskan Pungut
yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
|
3. Persoalan tentang keikhlasan
dalam menerima amanah dan dan Tuhan.
|
Mak Timah hairan memikirkan sikap
orang zaman sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Oleh itu,
dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak
cacat.
|
4. Persoalan tentang kejujuran
dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan
|
Mak Timah selalu berdoa kepada
Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia
tahu tidak ada orang yang akan memelihara Pungut.
|
UNSUR KOMSAS 2 : TEKNIK PLOT
|
PERISTIWA / CONTOH
|
|
Pengarang menggambarkan keadaan Pungut yang mengalami kecatatan.
(Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk,
berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan
dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk biliK)
|
|
Mak Timah berpendapat bahawa Tuhan
ingin menguji kesabarannya ketika dia
menjaga Pungut.
(“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.) |
|
Perbualan antara Mak Timah dengan
Bibik tentang Siew Lan yang tidak menyukai Pungut kerana anak itu cacat.
(“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya. “Siew Lan.” Jawabnya lambat.) |
|
Mak Timah teringat kembali peristiwa dia mengambil Pungut sebagai anak
angkatnya 24 tahun yang lalu.
(..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…) |
UNSUR KOMSAS 3 : LATAR MASYARAKAT
|
PERISTIWA / CONTOH
|
1. Masyarakat majmuk
|
Dalam cerpen ini terdapat keluarga Siew Lan yang
berbangsa Cina peranakan dan keluarga Mak Timah yang berbangsa Melayu
|
2. Masyarakat yang percaya kepada
tahyul seperti mempercayai bomoh
(ramalan Loktang).
|
Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew
Lan.
|
3. Masyarakat yang bersimpati
terhadap golongan kurang upaya
|
Mak Timah kasihan dengan nasib
Pungut yang akan dibuang kerana kecatatannya lalu sanggup memeliharanya
|
UNSUR KOMSAS 4 : NILAI
|
PERISTIWA / CONTOH
|
|
seorang ibu angkat (Mak Timah)
amat mengasihi anak angkatnya iaitu Pungut..
|
|
Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas
tanpa mengharapkan apa-apa balasan
|
|
Mak Timah yang
bersimpati dengan nasib Pungut sanggup mengambilnya sebagai anak angkat.
|
|
Semangat setiakawan antara Mak Timah yang sering bertegur sapa dengan Bibik.
|
|
Anak-anak Mak Timah menghormati
pendirian emak mereka yang ingin terus memelihara Pungut.
|
UNSUR KOMSAS 5 : PENGAJARAN
|
PERISTIWA / CONTOH
|
1 Kita hendaklah menyayangi ahli
keluarga sungguhpun statusnya hanya angkat sahaja
|
Mak Timah yang menyayangi Pungut
dan memeliharanya sehingga dia berusia
24 tahun.
|
2. Kita mestilah ikhlas memberikan
pertolongan
|
Mak Timah begitu ikhlas memelihara
Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
|
3. Kita haruslah bersimpati
terhadap golongan kurang upaya
|
Mak Timah yang bersimpati dengan
nasib Pungut yang mengalami kecacatan fizikal dan mental
|
4. Kita hendaklah mengamalkan sikap
peramah antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa
|
Mak Timah yang bertegur sapa
dengan Bibik walaupun berlainan bangsa
|
5. Kita wajarlah menghormati
keputusan ibu bapa walaupun berkemungkinan kita tidak bersependapat dengan
mereka
|
Anak-anak Mak Timah yang
menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat dan ingin terus
memeliharanya walaupun menyusahkannya.
|
SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang
berikut.
"Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak," Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
"Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit." Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.
i. Berikan maksud pandai dibela. - kena cara memelihara / betul asuhan [2 markah]
ii. Nyatakan dua sebab Mak Timah mahu mengambil anak Siew Lan? - Mak Timah mahu mengambil anak Siew lan kerana rasa kasihan . Selain itu, Munah dan Katijah merengek-rengek memintanya berbuat demikian [3 markah]
iii. Jelaskan dua cara mengatasi masalah pembuangan bayi mengikut pendapat anda, [4 markah] Pada pendapat saya, masalah pembuangan bayi boleh diatasi dengan mengenakaN hukuman yang lebih berat kepada penjenayah yang terbabit. Pendidikan tentang bahayA pergaulan bebas hingga melahirkan anak zina mesti dilaksanakan segera.

No comments:
Post a Comment