Tuesday 15 April 2014

PERBANDINGAN NOVEL

Nilai bekerjasama
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira

a)     Nilai bekerjasama dalam keluarga
Keluarga  Datin Maziah sentiasa memberi kerjasama kepada  Azfa Hanani untuk menyesuaikan diri dalam rumah banglo tersebut. Abang Mazran dan Kak Finaz pula sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada Azfa Hanani tentang  peraturan yang mesti dipatuhi di dalam rumah itu. Abang Muzaffar pula sudi untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer kepada Azfa Hanani.

Nilai bekerjasama dalam pasukan forum
Azfa Hanani, Tengku Ellina, Fuad, Adlan dan Fazlina sering memberikan kerjasama yang padu dalam pasukan forum remaja. Mereka berbincang bersama-sama untuk membuat latihan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah mereka. Oleh sebab ketiadaan masa, mereka sanggup berkumpul dan berbincang di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, pasukan forum mereka telah berjaya dan Azfa Hanani menjadi pengerusi forum terbaik.

Nilai bekerjasama menjayakan Hari Sumbangsih
Ekran bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari untuk menjayakan Program Hari Sumbangsih  bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16000.

Nilai bekerjasama mendirikan gerai burger yang baharu
Tengku Muzaffar bekerjasama dengan Ekran mendirikan gerai burger milik Ekran yang telah terbakar.



Nilai bekerjasama menyelesaikan projek  kajian arkeologi hingga berjaya.
Sekumpulan mahasiswa tahun akhir tempat Profesor Zaidah telah bekerjasama membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya. Walaupun mereka menghadapi cabaran seperti tali khemah mereka dipotong oleh seseorang, namun mereka tetap meneruskan usaha untuk membuktikan bahawa tempat itu merupakan petempatan manusia zaman silam setelah menemui karpus manusia dan bahan-bahan tinggalan sejarah. Mereka juga bekerjasama menyiapkan  projek tersebut biarpun Profesor Zaidah tercedera dan tidak dapat bertugas.
Nilai bekerjasama mencari rakan yang hilang.
Amira, Jacinta, Itai, Roslan dan Pak Lias berusaha mencari Malique yang hilang setelah kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung sehingga ke Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai akhirnya menemui Malique di hujung gua tersebut.

Nilai bekerjasama mencari kata laluan mobile disk
Amira, Itai dan Jacinta bekerjasama untuk berkongsi idea mencari  kata laluan mobile disk yang ditemui oleh Amira  di puncak Gunung Gua Gajah untuk mengetahui pemilik sebenar disket dalam usaha mencari Malique yang hilang.










No comments:

Post a Comment