Tuesday 1 April 2014

Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

 Sinopsis :      

            Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku. Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.


Peristiwa-peristiwa  penting dalam cerpen:

1   Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa.
Dia suka  bermain dengan jari sendiri dan duduk di atas kerusi kecil.
2   Mak Timah yang uzur tetap membersihkan Pungut, memandikannya, dan menyuapkan Pungut makanan. Pungut tidak tahu menguyah, sebaliknya menelan makanan sekali gus seperti ular sawa.

3   Setelah Pungut (Yap Siew Hong) dilahirkan sebesar buah betik, neneknya Bibik mahu menyerahkannya kepada sesiapa yang mahu. Bibik mengatakan Pungut sebagai anak sial sebagaimana ramalan bomoh.

4   Bibik memberitahu Mak Timah bahawa anak sulungnya Siew Lan mahu membuang Siew Hong jika tiada orang yang mahu mengambilnya. Bibik menawarkan Mak Timah bayaran angkat sumpah (mahkamah) dan duit seratus lima puluh ringgit.

5   Sangkaan Mak Timah bahawa Pungut akan membesar seperti gadis normal yang lain meleset. Harapan Mak Timah supaya apabila dia tua, Pungut akan membanntu dan menjaganya, tetapi perkara sebaliknya yang terjadi.

6   Bomoh Dollah memberitahu Mak Timah bahawa Pungut terkena kenan patung. Bibik juga memberitahu perkara yang sama bahawa ketika mengandung, Siew Lan pernah menonton wayang patung.

7. Mak Timah berleter, menyeranah dan memaki Pungut apabila terpaksa bangun semasa sakit untuk membersihkan Pungut. Mak Timah terfikir Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan memanjangkan umur Pungut.

8.  Mak Timah kesal dengan sikap anak lelaki bongsunya yang hanya tahu mengira duit dan untung rugi dalam memelihara anak. Mak Timah bertegas dengan pendiriannya sehingga anaknya itu terdiam apabila Mak Timah menyebut tentang mati.


Watak dan Perwatakan 

Watak Utama:  Mak Timah-  Perempuan tua / kuat berdoa / Selalu sakit-sakit /  Ibu agkat Pungut /  Ikhlas menjaga Pungut - Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidp / Tabah dan sabar menghadapi dugaan - Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya  kerana sakit.


Watak Sampingan:

1.Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong Berusia 24 tahun /
 Cacat fizikal dan mental /  dijangkakan tidak lama hidup oleh doktor / Anak angkat Mak Timah / Bertubuh sangat kecil dan ketinggian 0.6 meter /  pekak dan bisu / tidak mampu menguruskan dirinya sendiri  - bergantung kepada orang lain sepenuhnya
2. Bibik – Nenek kandung Pungut / Berbangsa Cina Peranakan / Percaya kepada ramalan  loktang / Bibik tidak suka akan Pungut kerana  dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial / pemilik  rumah sewa Mak Timah  / jiran Mak Timah

      
3.Anak Lelaki Bongsu Mak Timah -  tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut / ambil mudah / ho
rmat ibu / penyayang





                                                                       

                                                         KLIMAKS/PUNCAK
Flowchart: Extract: Plot


EKSPOSISI / PERMULAAN                                                                                            PENGAKHIRAN
 Watak - Pungut -  orang kurang upaya
                         -  dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
                         - Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu
                         (dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan
 yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah
 kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu
 akan dibuang.)

Latar – Masa: Tahun 1957(Pungut dilahirkan)













UNSUR-UNSUR KOMSAS BERDASARKAN PERISTIWA DALAM CERPEN:


UNSUR KOMSAS 1 : PERSOALAN
PERISTIWA / CONTOH
1. Persoalan tentang kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat
Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.

2. Persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. .

Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
3. Persoalan tentang keikhlasan dalam menerima amanah dan dan  Tuhan.

Mak Timah hairan memikirkan sikap orang zaman sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Oleh itu, dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
4. Persoalan tentang kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan
Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada orang yang akan memelihara Pungut.
UNSUR KOMSAS 2 :  TEKNIK PLOT
PERISTIWA / CONTOH







Pengarang menggambarkan keadaan Pungut yang mengalami kecatatan.
(Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk biliK)

Mak Timah berpendapat bahawa Tuhan ingin menguji kesabarannya ketika  dia menjaga Pungut.
(“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.)

Perbualan antara Mak Timah dengan Bibik tentang Siew Lan yang tidak menyukai Pungut kerana anak itu cacat.
(“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.” Jawabnya lambat.)

Mak Timah teringat kembali peristiwa dia mengambil Pungut sebagai anak angkatnya 24 tahun yang lalu.
(..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…)
UNSUR KOMSAS 3 : LATAR MASYARAKAT
PERISTIWA / CONTOH
1. Masyarakat majmuk



Dalam cerpen ini terdapat keluarga Siew Lan yang berbangsa Cina peranakan dan keluarga Mak Timah yang berbangsa Melayu
2. Masyarakat yang percaya kepada tahyul seperti mempercayai  bomoh (ramalan Loktang).
Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.
3. Masyarakat yang bersimpati terhadap golongan kurang upaya
Mak Timah kasihan dengan nasib Pungut yang akan dibuang kerana kecatatannya lalu sanggup memeliharanya

UNSUR KOMSAS 4 : NILAI
PERISTIWA / CONTOH


seorang ibu angkat (Mak Timah) amat mengasihi anak angkatnya iaitu Pungut..

Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan

 Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut sanggup mengambilnya sebagai anak angkat.

Semangat setiakawan antara  Mak Timah yang sering  bertegur sapa dengan Bibik.

Anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka yang ingin terus memelihara Pungut.
UNSUR KOMSAS 5 : PENGAJARAN
PERISTIWA / CONTOH
1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya angkat sahaja

Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga dia  berusia 24 tahun.

2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan
Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya
Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut yang mengalami kecacatan fizikal dan mental
4. Kita hendaklah mengamalkan sikap peramah antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa
Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik walaupun berlainan bangsa
5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa walaupun berkemungkinan kita tidak bersependapat dengan mereka
Anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat dan ingin terus memeliharanya walaupun menyusahkannya.


SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang berikut.
     "Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak," Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas kepada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
    
"Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit." Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.

i.    Berikan maksud pandai dibela.             - kena cara memelihara / betul asuhan                                                                     [2 markah]

ii.   Nyatakan dua sebab Mak Timah mahu mengambil anak Siew Lan?      - Mak Timah mahu mengambil anak Siew lan kerana rasa kasihan . Selain itu, Munah dan Katijah merengek-rengek memintanya berbuat demikian [3 markah]

iii.   Jelaskan dua cara mengatasi masalah pembuangan bayi mengikut pendapat anda,         [4 markah] Pada pendapat saya, masalah pembuangan bayi boleh diatasi dengan mengenakaN   hukuman yang lebih berat kepada penjenayah yang terbabit.  Pendidikan tentang bahayA   pergaulan bebas hingga melahirkan anak zina mesti dilaksanakan segera.

No comments:

Post a Comment