Tuesday 15 April 2014

NOVEL AZFA HANANI

PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI

Novel Azfa Hanani :

(i)                   Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani.
Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai  pakaian sekolah yang lama.
(ii)                 Azfa Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah.
Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.

(iii)                Peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.

(iv)                Peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian.
Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.

(v)                 Azfa Hanani dihina oleh Datuk Tengku Makmur
Tengku Makmur menuduh Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni kerana ingin mendapatkan duit sedangkan Azfa Hanani menolong dengan ikhlas atas permintaan Tengku Mazran. Hati Azfa Hanani terguris apabila Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang RM500 di atas katil sebagai upah.

(vi)               Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar.

Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni

No comments:

Post a Comment