Tuesday 1 April 2014

Cerpen Penanggungan

SINOPSIS CERPEN   PENANGGUNGAN (Wijaya Mala)

Kaptem Mamat dikejutkan oleh bunyi tangisan lau teringat kembali kejadian yang berlaku kepada Baharum seorang kelasiyang  terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak(lantai atas perahu). Kapten Mamat juga terkenang akan hidupnya yang pahit dan getir.mengenang nasib kelasi yang dituduh menderhaka dan diberhentikan 24 jam. Peristiwa yang paling pahit bagi Kapten Mamat ialah kecelakaan yang menimpa Baharum Kapten Mamat sanggup  melihat mayat Baharum mati berdarah tetapi tidak sanggup melihat janda dan dua orang anak yang ditinggalkan Baharum. Tiba-tiba Kapten Mamat terdengar suara isterinya menjemput tetamu iaitu isteri ( Masnah) dan anak-anak Baharum    naik ke rumah. Melihat Masnah dan anak-anaknya menderita merupakan suatu penyeksaan kepada Kapten Mamat.
Namun begitu, Kapten Mamat meminta Masnah jangan ikut hatinya kerana nasib Masnah dan anak-anak akan  diperjuangkan oleh kesatuan. Masnah ragu-ragu akan apa yang dinyatakan oleh Kapten Mamat. Masnah diberitahu bahawa kesatuan akan memberi bantuan tetapi masih belum menerimanya.. Masnah tidak mahu berpisah dengan anak-anaknya. Dia juga tidak mahu anak-anak meng ikut jejak suaminya kerana laut telah mengambil nyawa suaminya.
Kapten Mamat mengatakan kematian ada di mana-mana.
Masnah merasakan kekejaman berlaku kepada suaminya keana khidmat suaminya dilupakan. .
Begitu juga dengan anak-anaknya. Bukan pampasan yang Masnah inginkan tetapi masa depan anak-anaknya.


Akhirnya, Masnah  memberitahu bahawa dia akan balik ke kampung membawa anak-anaknya. Kapten Mamat bersetuju dengan tindakan tersebut kerana menurutnya kampung ketika ini sedang membangun. Kapten Mamat mengatakan bahawa selagi seseorang itu  hidup, segala-gala yang ada di depan mata merupkan  penanggungan dan tanggunglah sehingga akhir hayat.







Text Box: Persoalan  



1.     Persoalan kesengsaraan hidup ibu tunggal setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
2.     Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat  rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..        
3.     Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4.     Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap  yang hidup pasti akan mati.

Text Box: Plot 



Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)           Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii)         Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
(iii)       Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv)       Klimaks
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.

(v)         Peleraian
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..
Text Box: Teknik Plot
 




1.               Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
2.               Suspens
Text Box: Watak dan Perwatakan “Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.


Watak Utama
Kapten Mamat
·            Bekerja sebagai kapten kapal.
·            Seorang pesara.
·            Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
·            Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.


Watak Sampingan
1.     Masnah
·       Janda Baharum.
·       Mempunyai dua orang anak.
·       Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
·       Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2.     Isteri Kapten Mamat
·       Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
·       Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3.     Bahar
·       Anak Baharum
·       Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap

Text Box: LatarLatar Masa
1.     Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.
Latar Tempat
1.     Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2.     Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3.     Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat
1.     Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri  dan anak-anak arwah  Baharum.
2.     Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3.     Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4.     Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.
Text Box: Gaya Bahasa 



1.     Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.

2.     Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.

3.     Penggulangan kata
Contoh ;  yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4.     Personifikasi 
Contoh : badannya dihembus angin.

5.     Simile
 Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam




Text Box: Nilai  



1.        Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
2.        Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.
3.        Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
Text Box: Pengajaran 



1.        Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
2.        Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3.        Kita mestilah menjadi pemimpin yang  memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.


Latihan
1.Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum ?
2.Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.


Jawapan
1. Kapten Mamat berasa amat terharu dan penuh simpati terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum .Dia berjanji akan membela nasib mereka selagi masih hdup dan menasihati Masnah agar belajar menghadapi kenyataan.yang  suaminya sudah meninggal dunia.


2. Pada pendapat saya Masnah tidak wajar terus bersedih atas kematian suaminya kerana dia perlu meneruskan hidupnya agar  masa depan mereka cerah dengan mencari pekerjaan. Masnah perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasib mereka lebih terbela.

No comments:

Post a Comment