Novel Jendela Menghadap Jalan
Isi Penting Bab 1
· - Lili berasa sedih kerana cuti
sekolah yang ingin dimanfaatkan bersama-sama dengan teman-teman sekelasnya
terpaksa dikorbankan dengan pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di
Dungun, Terengganu.
· - Ibu mengejutkan Lili daripada tidur
supaya dia bersiap kerana pagi itu dia akan dihantar ke hentian bas untuk
pulang bercuti di kampung datuk dan nenek.
· - Lili mewarisi sifat pendiam bapanya
dan perwatakannya itu berlainan dengan sikap ibunya.
· - Ibu menasihati Lili agar tidak bangun
lewat ketika berada di rumah nenek kerana nenek pasti akan meleterinya.
· - Ibu menghela nafas yang panjang
apabila memandang kertas dinding bilik Lili yang penuh dengan contengan.
· - Ibu menduga Lili dengan mengatakan
bahawa Lili tidak gembira kerana akan menghabiskan cuti sekolah di kampung
datuk dan neneknya.
· - Lili sengaja berbohong kepada
ibunya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya gembira pulang bercuti di
kampung nenek dan datuknya. Dia berbuat demikian untuk menjaga hati ibunya itu.
· - Ibu membantu
Lili membersihkan dirinya sambal memberi kata-kata nasihat kepada Lili.
· - Lili
berpura-pura senyum untuk meyakinkan ibunya bahawa dia sememangnya bersedia
untuk pulang bercuti di kampung.
No comments:
Post a Comment