Karangan Dimensi Masyarakat
Langkah-langkah untuk
Menggalakkan Anggota Masyarakat Menggunakan Pengangkutan Awam
Zaman beralih, musim bertukar. Setelah tamat penjajahan asing selama 446
tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke
satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan
memenuhi kehendak rakyat, Malaysia
telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan
prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan
lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah
Melayu (KTM) dan monorel. Prasarana ini dimajukan agar negara kita duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara atas angina. Jikalau bukan
kita yang sebagai warganegara Malaysia
menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang akan menyokonnyag? Lantaran
itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasikan untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan
awam. Pokok soalannya, apakah langkah-langkah yang perlu digemblengkan?
Menurut satu kajian yang dibuat dalam
kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket
untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan
minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi dengan penukaran rangkaian
perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat
menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah
menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan
pengangkutan di negara kita. Badan tersebut dapat mempercepat proses
perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain
itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne , di negara
Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan
bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat
menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan
laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang
pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali. Jelaslah
bahawa inisiatif tersebut merupakan usaha dominan dalam menggalakkan anggota
masyarakat menggunakan pengangkutan awam.
Sementelahan, langkah seterusnya yang
dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti
pengangkutan awam. Mengapakah langkah tersebut perlu dilaksanakan? Hal
ini oleh sebab bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi
memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi
perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen
(bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di
negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah
satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu
kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi,
penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter kerana masa itu
umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan
keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan
dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan
menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu,
cara ini haruslah dilaksanakan untuk menarik keyakinan rakyat terhadap
pengangkutan awam.
Selain itu, langkah memasang televisyen dalam bas awam
yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian
kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Hal ini
demikian, para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika
berada dalam perjalanan mereka. Sebagai analoginya, prakasa ini haruslah
diperluas dalam pengangkutan awam
seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki
pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan,
siaran televisyen juga mampu menyemarakkan patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan
menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan
mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain
rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan
sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat
informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka.
Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana
langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum.
Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian
para penumpang kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Seperkara lagi, persis kata peribahasa
Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Oleh itu, [ihak sekolah
dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan
perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat
menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan
awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja
diterapkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej
buruk yang mendalam dalam hati mereka. Mengikut
kajian yang pernah dilakukan, melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan
golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan
utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki
pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka
tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam
mendalam kepada mereka.Justifikasinya, langkah tersebut perlu dilaksanakan
memandangkan keberkesanannya.
Pendek kata, pengangkutan awam banyak
membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa,
mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya
kepada kita. Dengan itu, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi
yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap
yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil
oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Sekiranya
semua pihak berpadu kudrat pasti langkah-langkah yang dibincangkan di atas akan
menjadi realiti. Tiada perkara yang mustahil sekiranya kita berpegang pada
prinsip hati hendak semua jadi.
No comments:
Post a Comment