KARANGAN - CIRI-CIRI PEMILIHAN RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam
kehidupan seseorang remaja.
Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri
rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.
Pendahuluan :
Dipetik daripada kata-kata
dalam sepotong hadis yang bermaksud, “pilihlah
rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi
nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Namun begitu, apabila kamu
bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit
juga kepada dirimu”. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam
kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari
daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah
tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak
memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang
diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi
lawan pada hari kemudian.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Rakan sebaya yang beriman dan bertakwa – orang bertakwa ialah orang yang baik –
memiliki wawasan dunia dan akhirat (peribahasa: adat bersendikan syarak, syarak
bersendikan adat)
Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya
terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa: meminta
pada yang ada bertanya pada yang tahu)
Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai
peribadi yang luhur – sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke
jalan yang benar (peribahasa:
Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita
yang sama – dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan
(peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia
sekata)
Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak ke dalam angkara
yang memudaratkan – ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik
(peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap
tidak masin)
Kesimpulan :
Sesungguhnya, setiap insan
yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi,
beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan
berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.
No comments:
Post a Comment