Tuesday 9 September 2014

Latihan Tatabahasa:

Latihan Tatabahasa:

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

PERKATAAN
AYAT
(i)muka




(ii)terkemuka



(iii)bersemuka




(iv)permukaan




(v)mengemukakan




(vi)bermuka-muka





Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya

AYAT AKTIF 1 : Saya telah menghasilkan beberapa buah buku permainan  tradisional antara tahun 2000 hingga 2010 untuk mempopularkannya dalam kalangan genderasi muda..
AYAT PASIF:


AYAT AKTIF 2 : Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah datuk agar dapat kekalkan kesegarannya sebelum dijual.
AYAT PASIF:


AYAT AKTIF: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam usaha memupuk jati diri yang kental dalam diri mereka.
AYAT PASIF:


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)               Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini.

(ii)              Setiap pusat melupuskan sampah seyugianya sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.

(iii)            Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

SALAH
BETUL












No comments:

Post a Comment