Kemasukan pekerja asing ke negara kita telah menimbulkan pelbagai
implikasi.
Bincangkan keburukan pekerja asing
kepada negara kita.
P1 – Pendahuluan :
- PR : Air jernih ikannya jinak
(Negeri yang aman dan rakyatnya bersopan santun.)
- IS : Kemasukan besar-besaran
bermula sekitar 1987 -. kebanyakan bekerja sebagai buruh kasar-
- P : berasal dari negara yang
serba miskin dan mundur disebabkan terlalu ramai penduduk sehingga ruang
pekerjaan tidak mencukupi menyebabkan mereka
berhijrah ke luar negara untuk mencari wang bagi menampung
kehidupan seharian.
-D:
- KS : (Persoalannya / Sebenarnya / Sesungguhnya /
Ironisnya,..)
P2- Isi 1 :
- I.U : (Implikasi dominan) - melibatkan diri dalam aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang
- H : (Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!
Hal ini demikian, ) - mengambil peluang meningkatkan
pendapatan dan kualiti hidup termasuk
- C/B : (Secara analoginya,) - mewujudkan jenayah berat
- PR : Adat
bersendi syarak, syarak bersendi adat. (Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan
adat dan peraturan)
- KK : (Jelaslah bahawa)
P3- Isi 2 :
- I.U : ( Sementelahan) - memperlahankan upah dalam sektor berkaitan.
- H : ( Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini kerana) - mampu bersaing dari segi kos dan
pulangan.
- C/B : (Statistik membuktikan bahawa ) - pergantungan berlebihan kepada buruh asing menyebabkan upah pekerja tidak mahir menjadi tegar (tepu)
atau mungkin berkurangan.
- PR : Cari umbut
kena buku (Mencari yang baik tetapi dapat yang tidak baik.)
- KK : (Sudah terang lagikan bersuluh)
P4- Isi 3:
- I.U : (Implikasi terakhir yang tidak boleh diketepikan)
- menutup peluang pekerja tempatan kerana kemasukan buruh
asing yang rata-ratanya bukan pekerja mahir
- H : (Dalam konteks tersebut ) - upah pekerja tidak mahir dalam kalangan penduduk tempatan meningkat pada
kadar yang jauh lebih rendah daripada kadar peningkatan pendapatan per kapita
negara - meluaskan jurang perbezaan pendapatan dalam ekonomi.
- C/B : (Biar kita ambil contoh) - kemasukan pekerja asing boleh melambatkan usaha mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan dalam masyarakat
- PR : Ada rotan
ada duri. (Dalam kesenangan tentu ada kesusahan juga)
- KK : (Sebelum kudis
menjadi tokak)
P5- Penutup ( ):
- KM : (Deduksinya) - walaupun kehadiran buruh asing
dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja dan mencapai
kadar pertumbuhan ekonomi tetapi tetap menimbulkan masalah.
- PD : ( Namun begitu) - kehadiran
mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah.
- HR : ( Saya berharap) - Kerajaan
perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi
minoriti di tanah airnya sendiri.
-PR : yang kita kejar tak dapat, yang
kita kendong pula berciciran
(Bernasib malang kerana setelah memperoleh
sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula)
- UN : Adakah ini harga yang perlu
dibayar untuk kemajuan?
No comments:
Post a Comment