Tuesday 9 September 2014

LATIHAN KARANGAN:

LATIHAN KARANGAN:
Setiap individu ingin berjaya dalam bidang akademik. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, anda sentiasa menanamkan harapan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Jelaskan persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pencapaian anda dalam bidang akademik.
PERENGGAN
ISI / HURAIAN / CONTOH
PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK
Perenggan 1-
Pendahuluan
(Kaedah Gabungan)
*Akademik atau pelajaran sangat penting untuk masa hadapan pelajar.
*Jika seseorang itu berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang, mereka boleh memilih kerjaya yang disukai
*pelajar juga tidak perlu berasa risau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tawaran biasiswa sentiasa terbuka luas.
*Oleh itu, terdapat pelbagai persiapan perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
*Persoalannya,……..


Perenggan 2 –
Isi 1
(Kaedah Deduktif)
a) Apa (IU)
b) Mengapa
c) Bagaimana
d) Penegasan(KK)
*memberikan tumpuan sepenuhnya
*Pembelajaran dan pengajaran guru merupakan satu proses   yang amat berguna kepada pelajar.
*Guru mengajar tajuk-tajuk baharu
*Jika pelajar lalai, leka, bersembang dan suka berkhayal, sudah pasti akan ketinggalan.
*Pelajar hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti setiap ilmu yang disampaikan oleh guru
*untuk memantapkan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru, kita perlu mencatat nota mengenai fakta-fakta pelajaran berkenaan. Dengan adanya nota, pelajar boleh merujuk semula jika terlupa.
*Pelajar tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru tentang perkara yang tidak difahami
*pelajar hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


Perenggan 3 –
Isi 2
(Kaedah Deduktif)
a) Apa(IU)
b) Mengapa
c) Bagaimana
d) Penegasan(KK)
*Pelajar hendaklah menguruskan masa dengan baik.
*Jika setiap masa kita diisi dengan aktiviti berfaedah, bermakna kita telah menghargai masa.
*Untuk mengurus masa dengan baik, pelajar perlu menyediakan jadual terutama semasa berada di rumah. Sebagai contoh, masa membantu ibu bapa, mengulang kaji pelajaran, beriadah, dan lain-lain perlu dimasukkan dalam jadual.
*Jadual yang telah disusun sebaik-baiknya dipaparkan supaya mudah dilihat dan kita perlu mematuhi jadual yang telah dirancang.
*dengan adanya jadual, kita dapat mengurus masa dengan baik agar cemerlang dalam bidang akademik.












Perenggan 4 –
Isi 3
(Kaedah Deduktif)
a) Apa(IU)
b) Mengapa
c) Bagaimana
d) Penegasan(KK)








*rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran
*kita akan lebih mudah untuk mengingati ilmu yang diajarkan oleh guru. Selain itu, budaya rajin membaca juga dapat diamalkan dengan berkesan.
*Seseorang itu hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik.
*Sebagai contoh, kita boleh berkunjung ke pepustakaan untuk mendapatkan bahab-bahan bacaan dan membuat rujukan.
*Kita juga perlu membuat nota-nota kecil dan ringkas. Nota kecil mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan membolehkan kita merujuk nota tersebut pada waktu lapang seperti waktu rehat.
*rajin membaca buku-buku pelajaran dan mengulangkaji pelajaran membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik.


Perenggan 5 –
Isi 4
(Kaedah Deduktif)
a) Apa
b) Mengapa
c) Bagaimana
d) Penegasan(KK)
*menyiapkan latihan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
*menjauhi sikap negatif seperti suka bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
*sikap ini akan membentuk sifat malas dalam diri kita.
*apabila kita bersikap rajin dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, kita akan berasa seronok dan senang hati kerana guru tidak akan memarahi kita.
*Kita perlulah menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan segera. Selain itu, pelajar juga perlu mengurangkan aktiviti menonton televisyen semasa berada di rumah kerana masa itu emas.
*sebagai seorang pelajar, kita hendaklah bersikap rajin untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru supaya kita boleh mencapai kejayaan.


Perenggan 6 –
Isi 5
(Kaedah Deduktif)
a) Apa
b) Mengapa
c) Bagaimana
d) Penegasan(KK)


*Jadikan ibu bapa sebagai pembimbing dan berkawanlah dengan rakan-rakan yang rajin belajar.
*Rakan yang rajin belajar boleh mempengaruhi kita.
*Rakan yang rajin belajar membolehkan kita bertukar-tukar buah fikiran.
*Rakan sebaya mampu untuk memberikan tunjuk ajar.
*Ibu bapa juga boleh memainkan peranan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menyelesaikan masalah pelajaran, contohnya dalam mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan sebagainya.
*kita juga boleh membentuk sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan yang rajin menelaah pelajaran.
*Dengan adanya kumpulan ini, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan bersaing secara positif sesama sendiri untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik.
*jadikan ibu bapa dan rakan-rakan yang rajin sebagai pembimbing untuk berjaya.

*hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
#Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat
Perenggan 7 –
Penutup (Kaedah Bebas)
a) Kesimpulan
b) Pendirian
c) harapan
d) Peribahasa /   Ungkapan
*setiap pelajar boleh berjaya dalam bidang akademik dengan cemerlang.
*Jika kita bersungguh-sungguh, pasti kita akan berjaya seperti yang diungkapkan dalam pepatah, usaha tangga kejayaan.
*semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing agar para pelajar beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka.

*Genggam bara api biar sampai jadi arang
#Berharap tanpa usaha merupakan pekerjaan yang sia-sia



No comments:

Post a Comment