Tuesday 9 September 2014

NOTA TATABAHASA


 NOTA TATABAHASA

SALAH
BETUL
1.  Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau  Pulau Langkawi?
1.  Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau
      ke Pulau Langkawi?
2.  Saya tidak pasti sama ada Rian tinggal di Jelutong atau Sg. Ara.
2.  Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di
      Jelutong atau di Sg. Ara.
3.  Baik yang kaya atau miskin semuanya mampu berjaya.
3.  Baik yang kaya atau yang miskin semuanya 
      mampu berjaya.
4.  Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza.
4.  Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza.
5.  Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya
      tidak mampu.
5.  Jangankan membeli kereta, membeli motosikal
      pun saya tidak mampu.

Contoh:
SALAH
BETUL
1.  Kami berdoa kamu berjaya.
1.  Kami berdoa agar kamu berjaya.
2.  Semua orang tahu dia anak Dato’ Zain.
2.  Semua orang tahu bahawa dia anak Dato’ Zain.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ‘ayat tergantung’.

SALAH
BETUL
1.  Di seluruh negara dilanda banjir.
1.  Seluruh negara dilanda banjir.
2.  Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis
      ini.
2.  Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
3.  Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik.
3.  Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik.
4.  Ada pihak membangkang cadangan itu.
4.  Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
5.  Dia yang datang kelmarin.
5.  Dia  datang kelmarin.
6.  Mengetahui hal itu saya membatalkan
      rancangan.
6.  Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan
      rancangan.
7.  Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran
     meningkat.
7.  Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, 
     pengangguran meningkat.
8.  Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
      Pelajaran.
8.  Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
      Pelajaran.
9.  Apakah perlu kita lakukan sekarang?
9.  Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
10. Siapa kata saya berbohong?
10. Siapakah yang mengatakan saya berbohong?
11. Peserta-peserta lulus saja akan dipilih.
11. Peserta-peserta yang lulus sajalah yang akan
       dipilih.
12. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan
       bahawa dia bersalah.
12. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan
       bahawa dia bersalah.
13. Mengikut beliau menyatakan bahawa
       perompak bersenjata api sudah itu tumpas.
13. Beliau mengatakan bahawa perompak
       bersenjata api  itu sudah tumpas.
14. Yang manakah betul?
14. Yang manakah yang betul?
15. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut.
15. Butiran mesyuarat adalah seperti yang berikut.

5.         Ayat yang Tidak Betul Susunannya
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.

SALAH
BETUL
Ini hari Azizah tidak datang.
Hari ini Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Saya tidak mahu membaca buku ini.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang melukis gambar ini Zainal.
Yang memukul awak siapakah?
Yang memukul awak siapa?
Itu pen dakwat sudah habis.
Pen itu sudah habis dakwat.
Nora dan Nani baik berkawan.
Nora dan Nani berkawan baik.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Saya tidak menyimpan majalah itu.




No comments:

Post a Comment