Jendela Menghadap Jalan
Sinopsis
Novel Jendela Menghadap Jalan diceritakan
berdasarkan catatan Lili yang berlaku dalam bulan Ogos 2008. Novel ini
mengisahkan sifat cekal dan keberanian Lili dalam menempuh berbagai-bagai
permasalahan sosial dan kemasyarakatn yang berlaku sepanjang cuti persekolahannya
di Kampung Sentosa. Cerita bermula apabila Lili dihantar pulang bercuti ke
kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas ekspres. Ibu
berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan semasa berada di kampung. Semasa dalam perjalanan ke Dungun, Lili
berkenalan dengan Geetha, seorang gadis berketurunan India yang duduk di
sebelahnya ketika di dalam bas ekspres.
Lili menyukai panorama keaslian
hutan di kampung ibunya. Lili berasa hairan melihat kebanyakan rumah di kampung
itu dibina dengan kedudukan jendela-jendelanya menghadap jalan. Dalam pertemuan
itu, nenek mengatakan bahawa Lili semakin besar dan Lili menghulurkan wang
kiriman ibunya kepada nenek.
Lili tekun menunggu dan berharap
agar datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela rumah
yang menghadap jalan. Namun, datuknya bercerita tentang kelebihan dan bagaimana
akar-akar kayu berupaya merawati pesakit melalui kaedah rawatan tradisional.
Nenek mengajak Lili ke kedai runcit Letchumi selepas hujan berhenti. Letchumi
yang berbadan gempal menyambut mesra kedatangan nenek dan Lili. Lili
telah bertemu semula dengan Geetha yang merupakan anak gadis Letchumi.
Lili terkejut dengan kehadiran tetamu di rumah datuknya beberapa minit
setelah mereka selesai sarapan. Danel memberitahu Lili tentang isu kubah surau
yang hangat diperkatakan oleh penduduk kampung ekoran tiadanya permuafakatan.
Danel berterus-terang tentang kunjungannya ke rumah datuk untuk menghentikan
pengambilan ubat-ubatan herba tradisional oleh bapanya. Hal itu telah
menyebabkan datuk berasa kecil hati. Datuk teguh dengan pendiriannya bahawa
kaedah rawatan tradisional lebih baik berbanding dengan rawatan moden.
Penduduk
kampung bertelagah dan tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung
surau usang. Nenek bercerita tentang nasib datuk Lili yang akan kehilangan lima
lagi pesakitnya yang datang dari Kuala Lumpur apabila mereka telah menggunakan
ubat ajaib untuk menyembuhkan penyakit. Datuk memberitahu Lili bahawa semua
pesakitnya telah lari. Rashid terlupa untuk menghantar Lili ke rumah Geetha. Sebagai menebus kesalahannya, Rashid membawa Lili
berjalan-jalan di pasar malam di pekan.
Lili
mengunjungi Geetha yang diserang demam. Geetha tidak seronok bercuti di kampung
kerana dia berasa bosan. Geetha mendapat keizinan ibunya untuk pergi bermalam
di rumah datuk Lili. Lili dan Geetha telah mendaki bukit untuk menikmati
oemandangan matahari terbenam dari puncak bukit.
Geetha dan Lili ke kedai runcit
berhampiran untuk membeli barangan runcit. Mereka menyaksikan peristiwa
anak-anak Che Jah yang dikejar oleh sekumpulan pemuda kerana teah mencuti harta
benda ibunya sendiri. Che Jah menjerit dan sambil menangis mengenangkan sikap
anak-anaknya yang tidak mengenang budi.
Nenek meberikan keizinan kepada Danel untuk mengajak Lili ke pekan. Mereka
singgah di restoren makanan segera. Mereka balik ke Kampung Sentosa dengan
menaiki bas. Setibanya di kawasan kampung, Lili melihat Rafiq yang memegang
senjata tajam dikejar oleh beberapa orang lelaki di belakangnya. Secara
tiba-tiba, Rafiq menjadikan Lili sebagai orang tahanan dengan mengacukan pisau
tajam berkilat di lehernya. Rafiq mengugut untuk mencederakan Lili jika ada
antara lelaki itu yang mendekatinya. Lili pengsan. Apabila Lili sedar, dia mendapati kedua-dua
belah tangannya diikat ke belakang dan disembunyikan di sebuah pondok buruk.
Lili mendengar suara Danel yang datang menyelamatkannya. Sebagai tanda
kesyukuran kerana Lili selamat, datuk sempat mengajak beberapa orang jemaah
yang ada di rumahnya untuk mengerjakan solat hajat.
Nenek
menasihati Lili agar tidak menyibuk hal keluarga Che Jah terutama yang
melibatkan perihal Haziq dan Rafiq yang dikatakan berperangai macam syaitan.
Ketika berada di rumah Che Jah, Lili memberitahu Che Jah bahawa dia memaafkan
kesalahan Rafiq dan Haziq atas kejadian yang berlaku semalam. Che Jah terharu dan menangis mendengar kata-kata ikhlas
Lili itu. Lili melihat sebuah lori membawa kubah surau. Dia juga baru kali
pertama mendengar orang bertengkar tentang kubah surau. Nenek kebratan
melepaskan Lili pergi kerana memikirkan aspek keselamatan dirinya. Danel dan
Lili berbincang tentang isu pemasangan kubah pada surau atau pada bumbung
masjid baharu yang bakal dibina suatu hari nanti.
Berlaku suasana yang getir apabila
Seman memukul sambil memaki hamun anaknya, Haziq. Orang ramai yang datang
termasuk Lili dan Danel takut untuk meleraikan perbuatan kejam Seman itu. Dari
dalam rumah kedengaran suara jeritan Che Jah yang meminta Seman agar
menceraikannya. Nenek yang pulang lewat membawa perkhabaran bahawa Che Jah
belum diceraikan suaminya. Ketika berbual dengan Lili, Kak Mimah memberitahu
Lili bahawa dia bertugas sebagai penolong pegawai di Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Lili sempat memberitahu Kak Mimah
tentang kes keganasan rumah tangga yang berlaku di kampungnya itu.
Kak mimah menyatakan kesanggupannya
untuk membantu Che Jah menangani kes keganasan rumah tangganya dengan Seman
setelah diceritakan panjang lebar oleh Lili. Geetha bersetuju mengikut Lili dan
bermalam di rumah datuk Lili. Nenek gembira menyambut kedatangan Geethe di
rumahnya. Nenek membenarkan Lili dan Geetha menziarahi Che Jah.
Datuk memberitahu Lili bahawa Kak
Mimah telah menghubunginya. Datuk bertekad hendak mengheret Seman ke penjara.
Menurut datuk, Seman telah banyak melakukan kerosakan kepada hati orang lain,
selain hati isteri dan hati anak-anaknya. Lili mengagak yang Geetha dan Danel
mula jatuh cinta. Datuk berasa kesal kerana lambat bertindak untuk memperbetul
segala masalah yang berlaku di kampung itu.
Lili terdengar suara kecoh penduduk
kampung di halaman rumah datuknya. Mereka datang melaporkan bahawa kubah telah
dilarikan orang dan mengesyaki anak-anak Che Jah yang melakukan perbuatan itu.
Lili melihat datuknya mengheret Haziq dan Rafiq ke halaman rumah sambil dibantu
oleh dua orang pemuda lain.
Haziq dan Rafiq kelihatan lemah dan
ada kesan seperti dibelasah orang. Wajah Haziq lebam manakala hidung Rafiq
berdarah. Mereka masuk ke dalam rumah dan merebahkan diri di lantai ruang tamu
tanpa disuruh. Geetha membawakan Danel minuman panas. Akibat kebimbangan Haziq
akan bertindak ganas, nenek mengawasi muka pintu dapur dengan batang penyapu
dengan Danel pulla berdiri cuba melindungi Lili menyebabkan Geethe berasa
cemburu dan beredar dari ruang tamu itu.
Kak Mimah dan Nadia, dua orang
pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tiba di rumah datuk. Che Jah datang menemui
Kak Mimah di rumah datuk. Dia menceritakan kejadian malangnya secara panjang
lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya dibawa
ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan semalam adalah perbuatan jahat
suaminya tetapi suaminya itu telah menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada
anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik. Lili dan Geetha disuruh
menjaga Rafiq dan Haziq di rumah ditemani Kak Bibah dan dua orang pakcik yang
belum dikenali.
Menurut
Rashid, Sugi tidak terlibat dalam hal kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah
membuat laporan polis berhubung dengan kes jenayah suaminya dan laporan akan
disediakan untuk tindakan lanjut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat minggu
depan. Datuk tidak melatah dengan semua tuduhan penduduk kampung itu.
Ibu menghubungi Lili. Dia berasa
pelik dengan perubahan sikap anaknya yang tidak merungut sepanjang tempoh
percutiannya di kampung. Sewaktu azan sudah berkumandang, Geetha dan Danel
telah mengetuk dinding bilik Lili untuk mengejutkannya sekali gus mengajaknya
melihat matahari terbit.
Lili, Geetha dan Danel duduk di jeti
nelayan memerhatikan keindahan matahari terbit. Ketika Lili tiba di rumah, dia
melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Menurut Lili,
kebahagiaan yang paling bermakna kepadanya adalah apabila melihat ibunya
berbual mesra dengan datuknya.
Datuk Lili yang bernama Haji Abdul
Rahman telah mengisahkan perjalanan hidupnya dari Kalimantan yang
berpindah-randah hingga akhirnya membuka petempatan di Kapung Sentosa. Datuk
Lili tabah menempuh berbagai-bagai rintangan dalam hidupnya hinggalah dia
bertemu denga neneknya di sebuah tempat ajaib, 42 tahun dahulu.
Nenek Lili bercerita bahawa dirinya
bernama Hajah Aisyah Tan Abdullah dan berasal dari Tanah Besar China. Mengikut
bapanya berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia 11 tahun bersama-sama dengan
adik-beradiknya yang lain. Dia menetap di Tanah Melayu hingga bertemu jodoh dengan
Haji Abdul Rahman. Nenek akhirnya memberitahu Lili sebab jendela dibina
menghadap jalan supaya mudah untuk mengintai pergerakan Bintang Tiga dan
sentiasa berjaga-jaga. Lili menerima sepucuk surat yang ditulis dan dihantar
oleh Danel yang mengisahkan berbagai-bagai perkara. Lili mencatat segala
peristiwa dan kejadian yang berlaku.
Cerita diakhiri dengan Lili
menyambung semula catatannya pada bulan Disember 2008. Dalam catatannya itu,
Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian dan permasalahan sosial dan
kemasyarakatn yang berlaku di Kampung Sentosa berjaya ditangani. Lili tidak
sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa bagi mendengar cerita datuknya tentang
jendela menghadap jalan.
thank you for this sinopsis ... truskan semngat buat vlog tauuuu biarr je ape org ckp yg penting abang ikhlas kongsi bahan dkt vlog abg ni ke org lain okeyhhhh SEMANGATTTTT
ReplyDelete