Tuesday 23 September 2014

LATIHAN PT3

ULANG KAJI BM
PEPERIKSAAN BERTULIS PT3 2014

BAHAGIAN A

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1
Tiap remaja haruslah mempunyai prinsip agar membendung pengaruh yang dapat  merosakkan jiwanya.
2
Para pengguna-pengguna hendaklah mengikis sikap tergopoh-gapah ketika di jalan raya untuk mengelakan kemalangan.
3
Ketiga tokoh motivasi terkenal itu akan membincangkan tentang pandangan mereka tentang isu gejala sosial dalam forum yang akan diadakan pada malam ini.
4
Batu karang di perairan Miri dikenalpasti sebagai kawasan batu karang yang tercantik sekali di dunia.
5
Rawatan terapi medan lektrik statik menggunakan getaran elektrik bagi memecah lemak dalam kapilari darah.
6
Generasi kini wajar diberi peringatan tentang kepentingan amalan berbudi bahasa di kalangan masyarakat.
7
Ibu bapa perlu mendidik dan menanamkan nilai murni di dalam diri anak-anak mereka dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang.
8
Kerajaan berusaha  memperbagaikan asas ekonomi negara kita agar sentiasa berkembang dan maju.
9
Saintis itu sanggup menempoh pelbagai cabaran untuk memastikan kajian yang  dijalan berjaya.
10
Kejadian buli yang berlaku di setengah sekolah tidak wajar dibiar supaya mangsa mendapat pembelaan dan bantuan.
11
Oleh kerana Cikgu Zubaidah kesakitan, tugas mengetuai lawatan itu telah diambil alih oleh guru lain.
12
Atikah tidak dapat menahan serak bila melihat keadaan neneknya yang sedang nazak.
13
Beratus ekor ikan di dalam kolam itu telah dihanyutkan ke laut dalam kejadian banjir di minggu lepas.
14
 Limau Restoran sentiasa dikunjungi ramai kerana berbagai jenis makanan ada dijual di situ.
15
Pakaian yang digayakan oleh pramugari itu kelihatan cantik-cantik nian sehingga dipuji oleh hadirin.
16
Objektif utama Hari Kokurikulum diadakan ialah untuk memupuk sikap kerjasama sambil mengeratkan hubungan antara guru dengan ahli persatuan.
17
Pakar motivasi itu telah kemukakan beberapa langkah-langkah untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
18
Amalan membaca perlu disemai dalam diri setiap insan tidak mengira usia sama ada tua atau muda.
19
Perasmian karnival itu diserikan dengan percikkan bunga api yang berbagai corak dan warna.
20
Jari Mak Limah terluka dan berdarah kerana digigit oleh seekor ikan keli semalam.


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1
Wakil rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ.
2
Salina menggunakan e-mail untuk menyampaikan mesej kepada rakan-rakannya.
3
Kempen anti-denggi yang dilancarkan pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.
4
Para pelancong yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mendedahkan urat.
5
Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan untuk pejabat syarikat ternama itu.
6
Suri rumah sering tertipu oleh juru jual yang datang menjual barangan dari rumah ke rumah.
7
Kebenaran menggunakan telefon bimbit di sekolah yang dikuat kuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa
8
Para pelajar tidak digalakkan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepumas.
 
9
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
10
Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengagumkan orang ramai. 


11
Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi masalah serius akibat pembuangan sisa toksid di kampung tersebut.
12
Mengumpulkan stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.
13
Kebanyakkan hidupan liar akan pupus jika tidak diambil langkah yang berkesan untuk melindungi kewujudannya.
14
 Sebahagian besar pengusaha kraftangan di negara ini tidak berupaya menembusi pasaran antarabangsa.
15
Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peluang kepada kontraktor kelas F untuk memperoleh tender membina infra struktur negara.
16
Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk  memastikan kaki tangan syarikat itu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
17
Beliau telah dijemput untuk membentang kertas  dalam seminar  dan konvension yang diadakan di ibu negara.
18
Pengusaha restoran itu menyajikan makanan esotik kepada pelanggan untuk melariskan  jualannya.
19
Kadang kala pihak polis terpaksa melakukan penyiasatan dalam jangka masa yang panjang sebelum dapat menyelesaikan sesuatu kes kematian.
20
Berita tentang kejayaan seorang pengaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat  kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1
Wakil rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ.
2
Salina menggunakan e-mail untuk menyampaikan mesej kepada rakan-rakannya.
3
Kempen anti-denggi yang dilancarkan pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.
4
Para pelancong yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mendedahkan urat.
5
Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan untuk pejabat syarikat ternama itu.
6
Suri rumah sering tertipu oleh juru jual yang datang menjual barangan dari rumah ke rumah.
7
Kebenaran menggunakan telefon bimbit di sekolah yang dikuat kuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa
8
Para pelajar tidak digalakkan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepumas. 
9
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
10
Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengagumkan orang ramai. 


11
Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi masalah serius akibat pembuangan sisa toksid di kampung tersebut.
12
Mengumpulkan stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.
13
Kebanyakkan hidupan liar akan pupus jika tidak diambil langkah yang berkesan untuk melindungi kewujudannya.
14
 Sebahagian besar pengusaha kraftangan di negara ini tidak berupaya menembusi pasaran antarabangsa.
15
Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peluang kepada kontraktor kelas F untuk memperoleh tender membina infra struktur negara.
16
Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk  memastikan kaki tangan syarikat itu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
17
Beliau telah dijemput untuk membentang kertas  dalam seminar  dan konvension yang diadakan di ibu negara.
18
Pengusaha restoran itu menyajikan makanan esotik kepada pelanggan untuk melariskan  jualannya.
19
Kadang kala pihak polis terpaksa melakukan penyiasatan dalam jangka masa yang panjang sebelum dapat menyelesaikan sesuatu kes kematian.
20
Berita tentang kejayaan seorang pengaji sejarah menemukan pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara.


Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah
Bil
Cakap ajuk
Cakap pindah
1
   “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak     berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.




2
“Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

3
“Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Fatimah.

4
“Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.

5
“Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

6
“Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelaki,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

7
“Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata gadis itu.





8
“Asma, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan kau di sekolah esok,” kata emak.

9
“Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim

10
    “Salam sejahtera, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.   Apakah dia ada di rumah?” kata pemuda itu.



1. Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju negara, kita akan dianggap seperti  ………………………………………….. kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.
Prof. Hasni: Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir.  Peribahasa ……………………………………………… perlu menjadi pegangan mereka.
Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara setanding dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa …………………………………………………………………..

2.      Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.
            Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah.  Sebarang kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara biasa baginya.  Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah.  Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai cabaran dalam mengejar cita-citanya.  Ibu bapa Amin sering menasihati adik-adiknya supaya mencontohi sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebut.



BAHAGIAN B

Cerpen Gema Sepi Gadis Genius
Sinopsis
          Fikiran Basirah kian kusut. Dia berdepan dengan masalah "busut" dalam sistem komputer di Makmal Perdana, tempat dia sedang menjalani latihan praktikalnya. Dalam kekusutan fikirannya itu, Basiran terkenang akan kakaknya, Hanani. Basirah mengalami masalah egoisme sebagai seorang kanak-kanak genius. Basirah berasa tidak senang apabila Hanani mengeluh apabila melihat dirinya pergi bekerja pada hari minggu. Basirah menganggap Hanani tidak memahami dirinya. Namun pada waktu yang sama, dia teringin hendak menjadi seperti Hanani yang banyak mempunyai kawan dan bergembira dengan pelbagai rutin harian.

          Namun demikian, Basirah tidak boleh berbuat seperti Hanani kerana gadis genius mesti sentiasa kelihatan serius seperti orang dewasa. Tambahan pula, dia sering menjadi perhatian. Bagaimanapun, kadangkala Basirah teringin juga mengisi masa terluang dengan mencari maklumat tentang cara-cara untuk menjalinkan persahabatan. Namun, usahanya itu tidak sampai ke mana kerana dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak. Basirah tiba-tiba terkenang akan hari pertama dia bekerja menjalani latihan praktikalnya semasa berusia 13 tahun. Namun sepantas itu pula perhatiannya kembali kepada masalah "busut" yang dilonggokkan oleh pengurusnya tadi. Memang terdapat paparan data yang mencurigakan dan terlalu rumit untuk ditafsirkan. Namun, Basiran optimis. Dia tidak mudah mengaku kalah. Dia berusaha untuk mengesan penceroboh sistem komputer itu

          Tiba-tiba Basirah teringat lagi akan "busut" yang lain itu. "Busut" yang bermula daripada sebesar sebutir padi, kemudian melanda saluran-saluran darah di payu dara ibunya. Akhirnya ibunya tewas dan kembali ke ramahtullah. Lamunan Basirah terhenti apabila beberapa orang remaja berusia lingkungan 12 - 15 tahun hadir di makmalnya. Salah seorang daripada remaja itu ialah kakaknya, Hanani yang datang untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14. Mereka turut membawa sebiji kek.

         Semua remaja yang hadir menghulurkan bantuan kepada Basirah. Ada antara mereka yang mempunyai saudara, kawan, atau peminat "surat elektronik" di luar negara. Basirah terharu. Alat osiloskop dipasang. Panggilan kepada "kawan elektronik" dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima. Basirah turut kagum akan cadangan Hanani. Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam semua subjek. Akhirnya, maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar dalam Internet.


Plot Cerpen Gema Sepi Gadis Genius


Flowchart: Extract: plot
 



















Latihan Cerpen Gema Sepi Gadis Genius

























Sajak  Asap


RANGKAP
MAKSUD
Asap,
mengapakah
bisamu
memedihkan mataku
menangis - tanpa sebab?


Asap,
mengapakah rongga-ronggamu
semakin lama semakin membesar
dan aku tenggelam lemas
tanpa airnya?


Asap,
hanya satu jantungku ini
telah kaurampas
berjuta-juta yang lain
tua dan muda
tanpa belas.


Asap.
tidak dapat kurasai
dengan sentuhan
tetapi bahangmu cukup
memusnahkan segala
tanpa apinya    



Tema: Keburukan dan kesengsaraan yang timbul akibat daripada menghidu asap atau menghisap rokok kepada manusia.

Unsur-unsur bahasa
a) Personafikasi
b) Inversi
c) Sinkope
d) Asonansi - semakin lama semakin membesar (pengulangan vokal a)
e) Aliterasi - hanya satu jantungku ini (pengulangan konsonan n)

Pengajaran
1. Kita jangan menghisap rokok kerana asap yang terhasil membahayakan kesihatan semua pihak
2. Kita perlu sedar maut boleh menimpa secara tiba-tiba kerana asap 
3.Kita  janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam

Latihan Sajak  Asap

















Latihan Novel -  Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan. Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas.

       



BAHAGIAN C





























BAHAGIAN D

LATIHAN 1: Langkah-langkah  menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pendahuluan - masyarakat perlu mempraktikkan  amalan berjimat cermat / elakkan sikap boros ketika berbelanja  / terdapat langkah-langkah  untuk menyemai sikap berjimat cermat


 Isi 1  :  Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU) - ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (H) -ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (H) ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( C/B)


Isi 2  :  Mengadakan skim saham amanah  ( IU) - Masyarakat perlu prihatin  peranan skim saham amanah (H) / peranan  badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(H) / masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(KK)

 Isi 3  :   Perbelanjaan berhemat  (IU ) - perbelanjaan memerlukan perancangan yang teliti (H) / perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja  (H) / perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja    (C/B) / elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(KK)


Penutup - amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif - individu/ masyarakat mempunyai simpanan  untuk masa depan / amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia.


LATIHAN 2: Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab terutama golongan remaja.

Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita.

Dalam era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama masyarakat umum. Pelbagai masalah akan timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.
Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.
Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.
Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggungjawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.



1 comment:

  1. can u send me the answers?my email is tanyongqi0223@gamil.com ;) Thanks in advance !

    ReplyDelete