BINAAN PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA
BAHAGIAN PLOT
|
HURAIAN
|
Bahagian Pengenalan /
Eksposisi
|
Pembaca diperkenalkan
dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api menuju ke
Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak projek
arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika berehat di
kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang sama di
dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan tentang
projek cari gali emas di Bukit Kerengga.
|
Bahagian Perkembangan
|
Amira dihanyutkan oleh
arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air terjun. Amira
hamper lemas, tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani
john O’Hara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan
pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika
menuruni bukit. Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah
terseliuh.
|
Bahagian Konflik
|
Itai membawa Amira ke hulu
sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil emas untuk dihadiahkan
kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk
berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi, dan Rusdi ke Gunung Gua
Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang
digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang selepas keretanya
dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan oleh makhluk
berbulu di sebuah pondok.
|
Bahagian Klimaks /
Puncak
|
Amira, Itai, Jacinta, dan
Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka nyaris
diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh Pak Lias. Misteri
makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung. Tau rupanya yang
menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di hutan itu
sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau.
|
Bahagian Peleraian
|
Amira kini bergelar
mahasiswa dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di ibu Negara.
Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu dan
rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang
perubatan. Jacinta menguruskan perniagaan fesyen bapanya di Paris. Ibu Amira
masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Malique Berjaya
menggagalkan projek cari gali emas. Dr. Zawawi bertukar bidang, iaitu
terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di
dalam laut
|
No comments:
Post a Comment