STRATEGI
MENULIS KARANGAN BAHAGIAN D
1. Memilih soalan yang tepat - sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan
keupayaan
2. Memahami soalan - tentukan : Isu, Kehendak Soalan & Format
/ Kata Kunci
3. Menyediakan rangka karangan - sebagai panduan, kelancaran idea,
mengelakkan pengulangan isi & menyusun isi mengikut keutamaan
4. Menulis karangan -berperenggan : pengenalan (1 perenggan), Isi
(3 perenggan) & Penutup (1
perenggan) - melebihi 180 patah perkataan - tulisan kemas, bersih & mudah dibaca
5. Menyemak karangan - mengesan kelemahan & kesilapan : mengelakkan pemotongan markah - mengetepikan fakta yang tidak relevan









![]() |
|||
![]() |
|||

Contoh Perenggan
Pendahuluan – Usaha-usaha Menangani Masalah
Penderaan Kanak-kanak
[ ] Sudah terhantuk baru tengadah. [ ] Begitulah sikap kebanyakan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai isu
termasuk isu penderaan kanak-kanak. [ ] Masalah yang menjadi duri dalam
daging kepada negara kita ini sering dipolemikkan oleh media massa di negara
kita kini. [ ] Menurut kajian yang pernah dilakukan penderaaan
kanak-kanak banyak melibatkan mereka yang rapat dengan mangsa. [ ] Anak-anak sebenarnya penghibur dalam rumah tangga yang senantiasa menagih belaian kasih sayang [ ] Walau apa pun alasannya, penderaan kanak-kanak merupakan
perbuatan yang tidak bertanggungjawab. [
] Persoalannya, apakah usaha yang dianggap komprehensif dan ampuh bagi menangani senario ini?
PERENGGAN ISI



Contoh Perenggan Isi : Faedah Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN)
[ ]Faedah yang dianggap signifikan
sekiranya remaja menyertai Program
Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan ialah mereka dapat memperoleh
pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain. [ ] Mengapakah dikatakan begitu? [
] Para remaja yang menyertai program ini sudah tentu akan memperoleh
pengalaman melalui proses bina diri dan
bercampur dengan pelbagai remaja yang
berlainan latar belakang. [ ] Program tiga bulan itu mendedahkan
peserta kepada cabaran yang membawa mereka keluar daripada zon selesa di rumah.
[ ] Latihan itu bertujuan untuk
membina kekuatan dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan generasi muda yang
bakal mewarisi kepemimpinan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. [ ] Hal ini terbukti
apabila Program Latihan Khidmat Negara dapat mewujudkan generasi muda negara yang tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar. [ ] Sudah terang lagikan bersuluh, setiap
lepasan SPM wajar mengambil kesempatan ini untuk menimba pengalaman baru
sebelum menceburi alam kehidupan yang mencabar kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.







![]() |
![]() |
Peribahasa / Ungkapan Pendirian
Contoh Perenggan Penutup Kesan Media Elektronik Terhadap Masyarakat
[ ] Pendek kata, selain membawa kebaikan, media elektronik
turut mengundang pelbagai gejala kepada rakyat dan negara. [ ] Oleh itu, pihak kerajaan
seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk menguatkuasakan Akta Penyiaran
sedia ada. [ ] Sekiranya usaha ini
dilakukan dengan berkesan maka kita dapat menangkis serangan oleh budaya yang
tidak sihat. [Peribahasa] Sebenarnya,
media elektronik mempunyai nilai
positif mahupun negatif dan
terpulanglah kepada kita untuk memilihnya seperti yang dikatakan orang
tua-tua tepuk dada, tanya selera. [
] Kalau bukan kita siapa lagi yang perlu memikul obligasi ini?
Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya.Saya seorang pelajar pt3.Bolehkah cikgu menyemak dan menanda karangan yang saya tulis?
ReplyDelete