Sunday, 8 March 2015

KOMSAS PT3

Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Muafakat)

Maksud
Rangkap 1

Kesungguhan dalam melakuka sesuatu perkara secara bersama akan membawa kejayaan.

Rangkap 2

Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.

Rangkap 3

Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.

Rangkap 4

Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman dan sejahtera.

Rangkap 5

Sikap saling mempercayai  adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan dalam masyarakat.

Rangkap 6

Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.


Tema
Tema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam masyarakat menjamin kesejahteraan.

Persoalan
1.                            Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.           
2.                            Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .         
3.                            Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .


Bentuk

1.                            Bentuk pantun terikat.
2.                            Mempunyai 6 rangkap.
3.                            Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4.                            Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
5.                            Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.
Contoh: ke lurah sama diharungi.
6.                            terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.
Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata)
7.                            Rima akhir abab.

Gaya bahasa

1.                            Anáfora
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
(pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris)
2.                            Repitisi.
Hidup muafakat hidup bahagia
3.                            Peribahasa.
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
4.                            Inversi
bergotong-royong penduduk sekampung.
5.                            Imej  alam.
kangkung, bunga melati paya, sawah padi

Unsur bunyi
1.    Asonansi – Buah salak di dalam kantung ( pengulangan vokal a)
2.    Aliterasi – kulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan k)

Nilai
1.                            Bekerjasama .
2.                            Toleransi.
3.                            Percaya mempercayai
4.                            Hormat-menghormati.



Pengajaran
1.                            Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2.                            Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.

3.                            Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.
                       
4.                            Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
                       
           

PUISI TRADISIONAL
(Pantun Nasihat)

MAKSUD

Rangkap 1
Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jikalau dillakukan secara bersama.

Rangkap 2
Pesanan untuk gadis supaya  pandai menjaga diri agar keselamatan terjamin.

Rangkap 3
Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri.

Rangkap 4
Generasi muda diingatkan agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi kesan kepada diri.

Rangkap 5
Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

Rangkap 6
Kita diingatkan supaya menjaga tatasusila dalam pergaulan.


TEMA
Tema pantun ini ialah nasihat - menasihati dalam kehidupan seharian akan membawa kebaikan dan kesejahteraan hidup.

PERSOALAN

1.                Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan.
2.                Tangungjawab menjaga maruah diri.
3.                Bertindak tidak mengikut hawa nafsu.
4.                Bertutur kata dengan sopan
5.                kegigihan ilmu dengan betul.
6.                Menjaga adab dalam pergaulan.

BENTUK

1.                Bentuk terikat.
2.                Mempunyai 6 rangkap.
3.                Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
4.                Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
5.                Rima akhir abab.
6.                Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
Contoh : ja/ngan/  i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata)
7.                Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan )


GAYA BAHASA
1.                Repitisi            bunga melati bunga pandan.
2.                Responsi         Gunung Tahan sama didaki
Sungai Pahang sama direnangi
3.                Peribahasa      kerana mulut badan binasa.
4.                Imej  alam       nyiur muda , gunung, telaga, tanjung, pohon ara.

Unsur bunyi
1.                Asonansi – Melangir keris pusaka hikmat ( pengulangan vokal  i)
2.                Aliterasi -    Bunga melati bunga panda( pengulangan konsonan n.)


NILAI

1.                Bekerjasama
2.                Bermoral
3.                Rasional
4.                Bijaksana
5.                Kegigihan
6.                Berbudi bahasa

PENGAJARAN

1.                Kita perlulah bekerjasama .
2.                Kita mestilah menjaga maruah diri.
3.                Kita hendahlah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.
4.                Kita hendaklah menjaga tutur kata .
5.                Kita hendaklah gigih menuntut ilmu.
6.                Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa .




No comments:

Post a Comment