PERBANDINGAN NOVEL AZFA
HANANI & KEMBARA AMIRA
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
SIPNOSIS
|
SIPNOSIS
|
Novel ini memaparkan
pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa Hanani
merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani
diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya
Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam
satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan
itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat
menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.
Azfa Hanani yang hidup dalam
kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil buku rujukan tanpa
kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji pelajarannya
.Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa
Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk
menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran
itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini.
Azfa Hanani dibawa ke banglo
Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa Hanani telah diberi
penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah
laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah
tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa
Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman
Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina,
Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang
pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di
banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan
sedih dilalui.
Azfa Hanani telah membaca
diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang
antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku
Murni,Tengku Muzaffar mementingkan
status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal ini
menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin
Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah
menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani pulang ke rumah
Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang
ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke
banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas
tahun yang lalu. Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya
semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa
Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin
Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
Datin Maziah dan Datuk Tengku
Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali
tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani
bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia
juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang
dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
|
Novel ini mengisahkan tentang
pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak
kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof.
Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun
akhir. Di
hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli
yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique.
Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang
rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan
Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut
kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka
akan diterokai.
Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan
yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka
naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke
dalam gaung.
Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk
menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah
kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya
Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof.
Zaidah. Hasilnya
mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan
tulisan purba di dinding gua. Di
dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile
disk milik
Malique. Amira
mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.
Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan
terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya
Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga
berbulu. Jennifer
akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique
(Sabi). Kemudian,
Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah
adik Malique.
Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di
Paris. Itai
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di
Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
TEMA
BERMAKSUD IDEA ATAU GAGASAN UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA DALAM
KARYANYA
|
TEMA BERMAKSUD IDEA ATAU GAGASAN
UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA
|
Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang gadis dalam menghadapi desakan
kehidupan yang dihadapinya. Sebagai contoh Azfa Hanani sanggup menyamar
menjadi Tengku Murni setelah diminta oleh Tengku Mazran dan isterinya
Syafinaz kerana dia tidak mahu membebankan kehidupan Pak Long ( Pak Madi)
yang selama ini menyara dan memeliharanya setelah kematian ibu bapanya yang
telah menghadapi kemalangan jalan raya.
Tambahan pula, Zuraini anak Pak Longnya lumpuh dan memerlukan
kos perubatan yang tinggi untuk menyembuhkannya. Justeru, sebagai kesudian
Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni, Tengku Mazran dan isterinya
Shafinaz sanggup menanggung kos rawatan Zuraini di Indonesia.
Selain itu, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni untuk menyelesaikan masalah Datin Maziah yang
begitu rindu akan anaknya yang dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di
Jepun dan tidak mahu menerima hakikat anaknya telah meninggal dunia.
Bahkan juga, sebagai seorang gadis yang menyamar sebagai
Tengku Murni, Azfa Hanani tetap sabar menghadapi dugaan apabila dia dengan
sabar menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Tengku Muzaffar abang kepada
Tengku Murni dan juga Datuk Tengku Makmur bapa kepada Tengku Murni yang
mengganggap Azfa Hanani cuba untuk membolot harta kekayaan mereka. Namun,
Azfa Hanani terus bersabar dengan anggapan tersebut.
|
Berdasarkan Novel Kembara
Amira karya Amir Hamzah L Kadir, tema novel berkenaan ialah pengembaraan
seorang remaja perempuan mematangkan kehidupannya. Hal ini jelas melalui
pengalaman yang diterima oleh Amira apabila menghabiskan masa cuti
persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam
ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia melalui cari gali bahan
erkeologi di Bukit Mat Raya.
Semasa pengembaraan berkenaan Amira telah berjumpa
dengan Malique dan Itai. Amira juga telah berjaya merungkai masalah keluarga
yang tragis dihadapi oleh mereka dan menyatukan semula hubungan kekeluargaan
antara mereka. Hal ini berlaku apabila isteri Tau, Ipah meninggalkannya serta
membawa Sabi anaknya yang sebenarnya ialah Malique iaitu abang kepada Itai.
Selain itu, Amira juga berjaya mengenali Jachinta
dengan lebih dekat setelah dia berjaya mengesan masalah rakannya yang
menghadapi masalah apabila bapanya berkahwin lagi. Justeru, Jachinta
mengikuti Amira menyertai expedisi ibunya di Bukit Mat Raya kerana tidak mahu
pulang ke rumah akibat masalah tersebut.
Bahkan juga, Amira juga berjumpa dengan masyarakat
orang asli yang cuba untuk mempertahankan hutan mereka daripada dicerobohi
oleh masyarakat yang rakus untuk mengaut keuntungan daripada khazanah alam di
kawasan mereka. Mereka ke Bukit Mat Raya untuk mencari emas yang dikatakan
terdapat di kawasan bukit tersebut.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
PERSOALAN MERUPAKAN IDEA
SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN
LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
|
PERSOALAN MERUPAKAN IDEA
SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN
LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
|
Antara
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani ialah:-
· Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa
Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya yang
telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa
dia masih kecil. Bahkan juga ketaatan Azfa terbukti apabila TengkuMuzaffar
meminta Azfar Hanani yang menyamar sebagai Tengku Murni membacakan surah
Yassin kepada adiknya Tengku Murni hal ini kerana beliau sering mendengar dan
melihat Azfar Hanani akan membaca surah berkenaan selepas sembahyang untuk
disedekah kepada kedua arwah orang tuannya.
· Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan
yang penuh ranjau dan duri. Azfa
Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah
menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa
menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk
Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai
golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba
untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar
sebagai Tengku Murni.
· Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa
Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni
untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk
rawatan lumpuh yang dihadapinya.
· Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan.
Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin
dan dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan
hidupnya apabila mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa
Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam
bahasa tersebut semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan
keluarga Datin Maziah.
· Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat.
Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status
mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di
sekolah pula, rakan-rakan
Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya
kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.
vi) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya,
Datin Maziah
terlalu menyayangi
Tengku Murni sehingga dia tidak dapat menerima
kenyataan bahawa
anaknya telah meninggal dunia.
vii) Persoalan memutuskan perhubungan antara dua insan kerana
perbezaan darjat. . Tengku Muzaffar begitu benci akan Ekran iaitu kawan baik Tengku Murni kerana perbezaan darjat. Justeru, Tengku
Mazran menjadi punca hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana
Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan
Ekran kerana dia seorang pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung
kehidupannya. Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang pelajar miskin
sebagaimana tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya bertugas sebagai
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sedang malanjutkan pelajaran
di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Selama ibu bapanya belajar
dia tinggal bersama datuk dan neneknya. Tujuan Ekran menjual burger adalah
untuk mengaplikasi bidang pengajiannya dalam jurusan perakaunan.
viii) Persoalan wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik.
Buktinya, Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini
dengan menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan
akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti
orang biasa.
|
Antara
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Kembara Amira ialah:-
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan
ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan
kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Prof Zaidah juga menyesali
dirinya yang selama ini hanya menumpukan kerjayanya sedangkan dia tidak
mempunyai banyak masa untuk bersama-sama anaknya Amira.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa
dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang
dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang
dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak
daripada berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram
dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas. Hal ini terbukti dengan
kehadiran John O’Hara berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk
membuktikan bahawa kawasan tersebut mengandungi emas atau tidak. Sekiranya
terbukti kawasan tersebut mengandungi emas sudah pasti kawasan tersebut akan
diterokai dan kawasan hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha
cari gali emas dijalankan di kawasan tersebut.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan
ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke
kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan
ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya
iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan
dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini
digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional
untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
Akhirnya, dengan perubatan menggunakan buluh yang sudah dibelah kecil,
daun-daun seperti daun kunyit, dan bungkusan kecil, keretakan tulang tangan
Prof Zaidah dapat disembuhkan oleh Tai dan Ludin.
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya,
dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang
berbangsa Cina. Mereka berdua bersekolah di sekolah swasta. Amira dan
Jachinta telah bersama-sama mengharungi cuti persekolahan dengan menyertai
eskavasi mencari tulang karpus yang diusahakan oleh Prof Zaidah bersama-sama
dengan pelajar tahun akhir di Bukit Mat Raya.
8. Persoalan sikap negatif masyarakat yang tidak menerima
kehadiran seseorang yang berlawanan kulit, contohnya Ipah tidak diterima oleh masyarakatnya
kerana kulitnya putih dan matanya biru. Perbezaan kulit dan warna matanya
menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang Asli
memulaunya.
9. Persoalan harapan seorang ibu agar anaknya mengenali
hutan tempat kelahirannya. Contohnya Jeniffer atau Ipah, telah mendesak anaknya
Malique menyertai program yang diatur oleh John O’Hara ke Bukit Mat Raya
dengan harapan anaknya akan mengenali tempat kelahirannya. Hal ini kerana
Malique atau Sabi dilahirkan di situ dan bapanya sebenar ialah Tau dan
mempunyai seorang adik bernama Itai.
10. Kepentingan sejarah
dalam ketamadunan manusia. Contohnya, Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir
universiti membuat kajian tentang arkeologi bagi mencari bahan bukti
kewujudan manusia beribu-ribu tahun dahulu yang terdapat di negara ini.
11. Persoalan animism- percaya akan roh-roh nenek moyang akan marah dengan
pencerobohan hutan belantara tempat tinggal mereka.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Watak
Perwatakan
Watak
merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara
perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.
|
Watak
Perwatakan
Watak
merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara
perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.
|
Watak Utama
Azfa
Hanani
· Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah lembut . Air
mukanya yang jernih mengambarkan sifat penyayangya.
· Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19 tahun tetapi
malangnya kedua ibu bapanya
itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mengalami kemalangan
jalan raya terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih bayi.
· Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba
kekurangan setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan
raya.
· Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di Sekolah
Menengah Sri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam
subjek bahasa Inggeris.
· Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya Azfa sanggup untuk
menyamar menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut
Zuraini Anak Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan menyembuh
masalah lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz
bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian
Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.
· Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani dibesarkan oleh
Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup
di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni
terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar
begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan
martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk
membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
· Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang
kurang berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya memeliharanya
semenjak kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Syafinaz
untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah berjanji
kepada Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya
yang mengalami masalah lumpuh.
· Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja
peringkat daerah.
· Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah
pulih daripada masalah tekanan perasaan.
Watak Sampingan
Datin
Maziah
· Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
· Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad,
Tengku Mizran, Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
· Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan
tunggalnya, Tengku Murni.
· Tertekan sebagai akibat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
· Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah
dengan seorang gadis muda.
Tengku
Murni
· Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan
Datin Maziah.
· Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
· Anak yang taat kepada orang tuanya.
· Dia begitu manja dengan ibunya.
· Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
· Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang
oleh abangnya, Tengku Muzaffar.
Tengku
Muzaffar
· Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
· Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang –
undang
· Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
· Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani
Datuk
Tengku Makmur
· Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan
· Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang
wanita muda
· Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar
terhadap Azfa Hanani
· Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa
Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya.
|
Watak Utama
Amira bt. Amir
· Pelajar sekolah swasta yang suka akan pelajarannya dan
merupakan rakan sebilik Jachinta.
· Anak Profesor Zaidah , iaitu pensyarah arkeologi di
sebuah universiti dan ayahnya bekerja sebagai jurutera IT di sebuah syarikat
multinasional.
· Seorang yang berani, tegas dalam segala hal, tahan
lasak, tidak mdah patah semangat, dan pintar. Contohnya Amira berani mengikut
Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
· Seorang yang penyayang dan manja. Contohnya Amira amat
menyayangi Jacinta dan dia menangis
apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
· Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
· Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam
usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi
– menjumpai artifak yang lebih bermakna daripada tulang karpus.
· Berminat dalam bidang arkeologi.
· Taat perintah agama, iaitu sentiasa menunaikan solat
· Menghargai persahabatan dan mengambil berat tentang
kesulitan yang duhadapi sahabatnya seperti Jachinta, Itai, dan Malique.
· Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa
di sebuah universiti di ibu negara.
· Gemar bertopi, berseluar khaki lusuh, dan berkemeja T
yang ditutupi sehelai kemeja dengan panjang yang digulung ke atas.
WATAK SAMPINGAN
1. Jacinta
· Berkulit cerah.
· Berbangsa Cina.
· Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
· Anak seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan.
· Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
· Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak
berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba
untuk berterus terang.
· Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk
apabila isu keluarganya diungkit.
· Keras hati apabila sanggup tinggal di asrama
semata-mata enggan pulang bercuti dengan ibu tirinya.
· Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa
bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
2. Itai
· Berkulit gelap.
· Berbadan tegap.
· Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
· Anak kepada Tau.
· Bakal ketua kampung.
· Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah
belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan.
Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh
arus deras.
· Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui
Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk
Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
· Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk
berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
· Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam
iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan
boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.
3. Profesor Zaidah
· Wanita pertengahan usia
· Ibu kepada Amira
· Pensyarah universiti
· Meminati bidang arkeologi
· Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof.
Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
· Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek
di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak
kerja yang akan dilakukan.
· Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya,
Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti
keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk
meneruskan projek cari gali tersebut.
Anda perlu bijak menghurai setiap isi dan mengaitkan
peristiwa yang berlaku di dalam novel untuk mendapat markah isi yang
cemerlang.
Justeru, anda perlu membuat banyak latihan dan
insyaAllah anda akan memperoleh kejayaan.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Plot bermaksud susunan peristiwa
berdasarkan sebab dan akibat dalam
sesebuah novel atau hasil sastera, sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot
tersusun mengikut kronologi berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan,
perumitan (konflik), puncak ( klimaks) , dan
peleraian.
|
Plot berrmaksud susunan peristiwa
berdasarkan sebab dan akibat dalam
sesebuah novel atau hasil sastera, sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot
tersusun mengikut kronologi berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan,
perumitan (konflik), puncak ( klimaks) , dan
peleraian.
|
Secara keseluruhannya plot
drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot
iaitu:
i. Permulaan
Pada
peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani
yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri
buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia
kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku
Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani
menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu
kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang
untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju
menerima tawaran Tengku Mazran.
ii. Perkembangan
Pada
peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara
bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa
Hanani berjaya memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya
dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani
telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan
yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam
pertandingan Forum Remaja sekolahnya.
iii. Konflik
Cerita
sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah
daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17.
Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya
dengan Tengku Murni.
Ekran
mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak
disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.
iv. Klimaks
Klimaks cerita ini ialah
apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku
Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku
Murni. Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar
didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya
terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa
Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.
v. Peleraian
Pada pengakhiran cerita,
Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang
dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang
lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk
Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan
Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi
johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum
Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan
berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.
|
Pembinaan Plot
(i) Permulaan
· Amira
bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit
Mat Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan
tamadun awal manusia.
(ii) Perkembangan
· Amira
dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan
oleh Itai.
· Malique
hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari
salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
· Tau bersetuju untuk membantu Profesor
Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
· Malique merancang sesuatu untuk
menggagalkan rancangan O’Hara.
(iii) Klimaks
· Kumpulan yang diketuai oleh Dr.
Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak
(kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk
memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus
mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.
·
(iv) Peleraian
· Akhirnya
rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan
Itai adalah anak-anak Tau.
· Akhirnya
kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang
harus dilindungi.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
LATAR
Latar
ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya,
dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga,
iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
|
LATAR
Latar
ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya,
dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga,
iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
|
Latar
Tempat
Latar
tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat
· Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang
setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan
telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
· Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani
dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.
Kedatangan mereka berjumpa dengan Azfa Hanani adalah untuk meminta
pertolongannya menyamar sebagai Tengku Murni untuk mengatasi masalah ibu
mereka yang tidak menerima hakikat bahawa anaknya Tengku Murni meninggal
dunia akabiat kemalangan jalan raya.
· Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi
tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi. Mereka cuba untuk memberi
gambaran perwatakan Tengku Murni agar Datin Maziah ibu mereka tidak mengesan
penyamaran Azfa Hanani sebagai tengku Murni walaupun wajah dan paras rupa
kedua-dua watak tersebut agak sama.
· Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa
Hanani akhirnya menetap di banglo ini dengan tinggal di bilik Tengku Murni
anak kepada Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur.
· Di Sekolah
Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi
berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.
· Di bilik Tengku Murni, Contohnya, Azfa Hanani
dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam
usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara
Ekran dengan Tengku Murni.
Latar
Masa
· Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut
di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di
Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.
· Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani
dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam
usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara
Ekran dengan Tengku Murni.
· Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin
Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.
· Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani
menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.
Latar
Masyarakat
Latar
masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh
pengkarya dalam karyanya antaranya ialah budaya, pekerjaan, pemikiran dan
sebagainya.
· Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga
angkat serta kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa
Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini
yang lumpuh mendapatkan rawatan apabila beliau bersetuju untuk menanggung
perbelanjaan Zuraini menerima rawatan di Indonesia sebagai balasan Azfar
Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
· Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya.
Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani
kerana berasal dari kampung dan miskin. Dia beranggapan Azfa Hanani cuba
membolot harta keluarganya dengan menyamar menjadi Tengku Murni.
· Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.
Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani
melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga.
· Masyarakat yang berpegang pada janji.
Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani
mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar
Zuraini ke Indonesia. Hal ini kerana Tengku
Mazran telah berjanji untuk merawat penyakit Zuraini sepupu kepada Azfar
Hanani sebagai timbal balas kesanggupan Azfar Hanani menyamar menjadi Tengku
Murni.
· Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang
daripada menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani
sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih
daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.
· Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang.
Contohnya, Pak Long Madi dan sekeluarga hidup dalam keadaan aman, dan mesra
kerana kaya dengan kasih sayang walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan.
·
|
Latar
tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat
· Di dalam kereta api, contohnya Amira sedang
membaca e-mel yang dihantar kepada ibunya beserta gambar terbaru penemuan
tulang karpus.
· Di rumah Jenifer di Melaka, contohnya Jenifer
mendesak Malique supaya menemani John O’Hara ke Bukit Mat Raya.
· Di Stesen Dahan Hijau, contohnya Amira dan Jacinta
turun daripada keretapi dan menungu Pak Lias sebelum meneruskan perjalanan ke
Bukit Mat Raya.
· Di Desa
Karpus, Bukit Mat Raya, contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi,
dan pelajar universiti tahun akhir berbincang tentang penemuan tembikar dan
kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik.
· Di Air Terjun Angin, contohnya, Amira bertemu
Malique buat kali ketiga.
· Di hulu sebatang sungai, contohnya, Amira terpegun
melihat banyak ketulan emas. Di sungai tersebut jugalah berlaku peristiwa
makhluk berbulu membawa seorang lelaki yang diikat tangan dan ditutup
matanya.
· Di perkampungan Orang Asli Semai.
Contohnya di situ diadakan mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan
tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak
mempunyai ketulan emas.
· Di Gunung Gua Gajah, contohnya, Tau membawa Dr.
Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta, dan Itai ke Gua tersebut. Di situ mereka
menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua dan kapak batu.
· Di pulau Pinang, contohnya John O’Hara
mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pelabur yang akan melabur dalam
perlombongan emas di kawasan Hutan Bukit Mat Raya.
· Di dalam kapal terbang dari Pulau Pinang ke KLIA.
Contohnya, John O’Hara menceritakan kisah silamnya sebagai seorang buruh
lombong opal di Australia kepada Malique.
· Di kaki Gunung Gua Gajah, contohnya O’Hara,
Jenifer, dan Jacinta menunggu Amira dan kumpulannya mencari Malique di puncak
gunung tersebut.
· Di Universiti Kuala Lumpur, contohnya Amira
mengemaskan barang-barangnya bagi menghadapi cuti semester pertama.
Latar
Masa
· Latar masa novel “Kembara Amira” ialah semasa Amira dan
Jacintamenghabiskan cuti sekolah di Bukit Mat Raya sehingga Amira berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah
universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa.
· Peristiwa dalam novel berlaku pada:-
a) waktu pagi, iaitu ketika Amira dan Jacinta berada
di dalam khemah dapur di Desa Korpus untuk sarapan pagi.
b) Waktu petang, iaitu ketika Ludin
memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa anak sulungnya lari dari
perkampungan Orang Asli Semai.
c) Waktu senja, iaitu ketika Amira dan Jacinta tiba di
perkampungan Itai.
d) Waktu malam, iaitu semasa Amira sedang mengemas kini
laman web ibunya, Prof. Zaidah di dalam kereta api.
Latar Masyarakat
Latar
masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh
pengkarya dalam karyanya antaranya berkaitan dengan budaya, pekerjaan,
pemikiran dan sikap mereka.
· Masyarakat penyayang, contohnya Amira menunjukkan
kasih sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah dengan meluangkan masa menjaga
ibunya setelah terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias.
· Masyarakat pelajar yang menghabis masa lapang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah. Contohnya Amira dan Jacinta
menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan menyertai kerja-kerja cari
gali arkeologi di Bukit Mat Raya bersama Prof Zaidah dan pelajar tahun
akhir.
· Masyarakat berpendidikan tinggi yang terlibat dalam
kerja-kerja mencari gali arkeologi atau bahan bersejarah.
Contohnya, Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir menjalankan
aktiviti arkeologi di kawasan Bukit Mat Raya.
· Masyarakat orang asli yang berpegang teguh pada kepercayaan
nenek moyang mereka. Contohnya
Tau, menganggap kerja-kerja cari gali yang dilakukan di kawasan hutan akan
mengganggu roh-roh di situ.
· Masyarakat yang mementingkan diri dan mengutamakan kekayaan.
Contohnya, John O’Hara ingin membuktikan bahawa kawasan tersebut mempunyai
banyak emas. Dia akan memperoleh keuntungan apabila menarik para pelabur
untuk melabur dalam aktiviti perlombongan emas kawasan Gunung Mat Raya.
· Masyarakat yang mengamal budaya bantu-membantu bagi menyelesaikan masalah yang timbul seperti mencari Jacinta
dan Malique yang hilang di dalam hutan. Contohnya, Itai, Tau dan Ludin, banyak membantu Prof Zaidah, dan
rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
· Masyarakat yang tertekan oleh sikap negatif rakan sebaya.
Contohnya, Ipah sanggup lari bersama dengan anaknya, Sabi mengikut lelaki
kulit putih kerana tertekan dengan pandangan negatif suku Orang Asli Semai
terhadapnya yang berambut perang dan bermata biru.
· Masyarakat yang komited terhadap tugasan atau tanggungjawab,
contoh Prof. Zaidah yang terlampau komited terhadap tugasannya untuk mencari
gali bahan arkeologi sehingga pada suatu ketika beliau sedar bahawa beliau
telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
ibu kepada Amira.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Teknik
Plot
|
Teknik Plot
|
1. Pemerian
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula
tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di
awang-awangan semasa mula- mula tiba di situ. Banglo itu terlalu
besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang
pernah kuhuni.
2. Dialog
Dialog antara Azfa Hanani
dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke
mari ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ?” “ Saya
tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,”
jawab Ekran .
3. Imbas
Kembali
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu-
sepupunya di kampung.Contohnya “Masakan
mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di
ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia
akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng
selepas itu.
4. Suspens
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin
Maziah sudah
sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani
berdebar- debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang
apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
|
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr.
Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa
bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.
2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara
dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan
Amira.
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan
semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang
dilakukan oleh ibunya. Ketika
itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique
dan Itai merupakan anak kepada Tau.
5. Suspens
· Dia
tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan
untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia
sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu
mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa
manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia
datang.
· Apa
benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu
berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu
penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.
· Tiba-tiba
Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua
terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah
Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga
dalam kajian mereka.
· Ingatannya
kembali pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa
emaknya terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan
itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri antara emaknya
dan O’Hara? Emaknya yang berambut keperangan dan bermata biru bagai
ada kaitan dengan O’Hara yang berkulit putih.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Nilai
Merupakan
tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan
perwatakan secara umum dalam
sesebuah
karya sastera
|
Nilai
Merupakan
tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan
perwatakan secara umum dalam
sesebuah
karya sastera
|
i. Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani
sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar
sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah
keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.
ii. Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa.
Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun dia
tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan
persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya
dan keluarga
pak longnya.
iii. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah
amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya
sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.
iv. Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran
menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit
poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang
telah dipelajarinya di sekolah. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh
dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa
Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa
Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang
menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas
menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.
v. Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani
bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan
rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.
vi. Nilai tanggungjawab. Contohnya Azfa Hanani
sanggup menyamar menjadi Tengku Murni kerana bertanggungjawap untuk
memastikan Datin Maziah kembali hidup normal daripada tekanan perasaan
disebabkan Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat anak tunggal perempuan
terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
|
1. Nilai bekerjasama
Contoh:
· Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
2. Nilai kasih sayang
Contoh:
· Kasih-sayang antara ibu dan anak. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira
ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri setelah dihanyutkan
oleh arus sungai.
3. Nilai keberanian
Contoh:
· Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang
amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
· Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan
yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang
boleh memusnahkan hutan tersebut.
5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
· Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa
Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
6. Nilai kesopanan
Contoh:
· Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang
beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.
7. Nilai ketaatan
Contoh:
· Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya
tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.
8. Nilai amanah
Contoh:
· Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai
adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
· Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai
percutiannya di Bukit Mat Raya.
10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
· Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang
tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
|
Azfa
Hanani
(Halis
Azhan Mohd Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
PENGAJARAN
Merupakan
kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan
kepada kita atau pembaca.
|
PENGAJARAN
Merupakan
kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan
kepada kita atau pembaca.
|
Antara
pengajaran yang diperoleh daripada Novel Azfar Hanani karya Halis Azhan Mohd.
Hanafiah ialah:-
i) Kita
hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz
untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin
Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.
ii) Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih
berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani
sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains. Selain itu, bukti
nilai kerajinan boleh dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut
peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca
untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni.
Tambahan pula, dia memang menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris
semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah
Rendah lagi.
iii) Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan
pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan
adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada
keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya
walaupun berasal daripada keluarga elit.
iv) Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan
pertolongan. Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan
bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.
v) Kita
hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri.
Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun
keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.
vi) Kita
hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani
tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal
daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan
atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.
|
Antara
pengajaran yang diperoleh daripada Novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L.
Kadir ialah:-
1. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan
kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira
ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang
mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam
sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup
mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan
projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
3. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi
menjayakan sesuatu matlamat.
Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk
memastikan projek yang dijalankan berjaya.
4. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita
seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira
yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
5. Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain
terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya,
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan
yang berlaku bersama Pak Lias.
6. Kita harus tidak berputus asa apabila berhadapan dengan
cabaran atau rintangan. Buktinya,
Prof Zaidah tetap meneruskan usaha arkeologi meskipun menghadapi masalah
seperti tali khemah terputus, terlibat dalam kemalangan sehingga mengalami
keretakan tulang tangan, dan sebagainya.
7. Sebagai seorang ketua, kita harus menjaga
pekerja-pekerja bawahan.Contohnya
selaku pengarah kerja lapangan yang berusaha mencari tulang korpus, Prof.
Zaidah mengambil berat akan keselamatan pelajar universti tahun akhir yang
bersama-sama dalam usaha mencari arkeologi di Bukit Mat Raya.
8. Kita hendaklah mempertahankan hutan daripada
dimusnahkan oleh penceroboh dan peneroka. Contohnya Malique mencipta sistem untuk memusnahkan
laporan yang berkaitan dengan projek cari gali emas dalam usaha memelihara
hutan di sekitar perkampungan suku Orang Asli Semai.
|
No comments:
Post a Comment