Tuesday, 10 March 2015

KOSA KATA

KOSA KATA: Gariskan perkataan yang tidak anda fahami, dan kemudian carilah maksudnya

PETIKAN 1:
              Pascakemerdekaan negara Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat, rancak dan drastik dalam rencaman bidang perdana dan dominan. Dalam menongkah, meniti dan menelusuri arus deras modenisasi dan globalisasi yang menerjah negara, negara kita telah banyak mengalami anjakan paradigma daripada sebauh negara mundur kepada sebuah negara maju. Pada zaman atom ini, negara kita telah berusaha gigih bagi lebah menghimpun madu untuk menempa kejayaan serta mendukung, melestarikan dan merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara atas angin dan gergasi di persada mayapada. Sebagai seorang rakyat yang cinta akan ibu pertiwi kita, memang tidak dapat disangkalkan bahawa kita memainkan peranan yang vital, signifikan dan mustahak dalam proses pembangunan negara. Persoalannya, sanggupkan kita melihat negara kita terus berada pada takuk lama tanpa berikhtiar dan berikrar untuk memperkasakan kemajuan negara? Apakah peranan setiap rakyat dalam proses pembangunan untuk mengemudi negara kita ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan? Jauhari jua yang mengenal manikam. Tepuk dada tanyalah selera.

PETIKAN 2:

            Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat  dengan remaja. Sehubungan dengan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi  keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung kemelut sosial remaja.

No comments:

Post a Comment