DRAMA TIANG CENGAL
DINDING SAYUNG (Oleh: Suriani Mohd Yusof)
Sinopsis: Mak Jimah iaitu isteri Pak Jumaat
bersedih apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di
Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah serta Sani
iaitu anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir
Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar memberitahu hasratnya
yang ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana cutinya telah
habis tetapi dia enggan. Sabariah yang panas baran baru balik dari London
menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya,
dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja.
Sikapnya ditegur oleh Pak Man iaitu jiran mereka yang tidak memahami
Jimah.
Salmah yang baru
balik dengan pakaian seksi dimarahi oleh Sabariah yang menyuruhnya menukar
pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan
Sabariah tentang tanggungjawab
menjaga emak mereka. Sikap mereka turut ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah
menyerahkan kembali buku bank yang mengandungi wang hasil pemberian mereka.
Sabariah tidak menyukai ibunya yang masih berharap bapa mereka akan
selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan
untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya, Man Bengap
memberitahu bahawa Jumaat telah dijumpai. Dia juga menyatakan bahawa Sani
sahaja diminta menemani Jimah untuk menjemput Jumaat di balai polis.
Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka
bersama-sama menjemput Jumaat.
Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf daripada
Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Melalui peristiwa yang berlaku Pak Man
bersyukur kerana mempunyai Man Bengap iaitu cucu angkatnya tetapi dapat menghiburkannya terutama
ketika dia dan isterinya sunyi.
Watak & Perwatakan:
Watak Utama: Jimah - Isteri Jumaat yang berusia 55 tahun / setia, penyayang dan bertanggungjawab kerana setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut / Sabar dengan dugaan dan berdoa, contohnya Jimah sentiasa berfikir dan berdoa kepada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.
Watak Sampingan
Sani - Anak angkat Jimah /
seorang doktor dan telah beristeri / Seorang yang
bertanggungjawab dan sabar kerana sangat mengambil berat akan emak angkatnya
terutama ketika bapanya hilang di laut.
Sabri -Anak sulung Jimah / Penyabar kerana Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.
Sabri -Anak sulung Jimah / Penyabar kerana Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.
Sabariah - Graduan ekonomi
bekerja di London / anak kedua dalam keluarga / Panas baran disebabkan dia tanpa
usul periksa telah menyalahkan bapanya
yang masih ke laut pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim pada
setiap bulan./ Tidak menyukai Sani kerana Sabariah memarahi
Sani dan mengingatkannya supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik
tentang soal kematian. Dia juga mengingatkan Sani bahawa Sani bukanlah ahli
keluarga mereka.
Shahrul - Anak ketiga dalam keluarga / Seorang akauntan di Kuala
Lumpu / Mementingkan kerjayanya kerana Shahrul hendak balik ke Kuala
Lumpur walaupun bapanya belum dijumpai.
/Berselisih faham dengan Sani / Shahrul rmenyindir Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.
Salmah - Seorang pereka fesyen / Sering mengikut fesyen terkini. / Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt./ Lebih mementingkan kerjayanya kerana Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.
Salmah - Seorang pereka fesyen / Sering mengikut fesyen terkini. / Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt./ Lebih mementingkan kerjayanya kerana Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.
Wan Malini - Isteri
Sani / Banyak membantu Sani menjaga
Jimah./ berjanji dengan Jimah akan
bersama dengannya untuk menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.
Man Bengap -Pemuda yang lurus
bendul , contohnya dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga
menyebabkan Pak man ketawa / Cucu angkat Pak Man
Pak Man - Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah, contohnya Pak Man menyuruh isterinya iaitu Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Dia juga bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai. / Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah kerana Pak Man menasihati mereka supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.
Pak Man - Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah, contohnya Pak Man menyuruh isterinya iaitu Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Dia juga bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai. / Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah kerana Pak Man menasihati mereka supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.
Mak Jah - Isteri Pak Man / Seorang yang penyayang kerana sanggup
bersama-sama keluarga Jimah untuk menenangkan mereka ketika mereka bersedih
kerana kehilangan Jumaat di laut.
Wahid dan Senin -Penjahat yang
mengambil kesempata apabila mereka berpura-pura
ditugaskan membanci kerugian yang dihadapi mangsa Tsunami. / Mencuri harta mangsa tsunami kerana mereka
hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah
tersebut.
Latar
Latar masa:
Latar
Latar masa:
• Siang - tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
• Pagi - semasa Man mencuci kereta
Abang Sabri
• Senja - di rumah Jimah
Latar tempat
• Tepi pantai - Jimah berdiri di
gigi air sambil memandang ke tengah laut
• Rumah Jimah - Sabariah memarahi Salmah.
• Anak tangga rumah Jimah - Sabariah
duduk termenung memikirkan nasib emaknya
Aspek komsas
dalam dalam Drama Tiang Cengal Dinding
Sayung
ITEM
|
PERNYATAAN
|
CONTOH / HURAIAN
|
Latar Masyarakat
|
Masyarakat yang menyayangi
anak-anak.
|
sikap Jimah dan Jumaat yang tidak
mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas
|
Masyarakat yang berpendidikan
tinggi
|
anak-anak Jimah yang berjaya
dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai
doktor, Shahrul sebagai akauntan.
|
|
Masyarakat yang prihatin dalam
memberi bantuan
|
Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa
kehilangan Jumaat.
|
|
Masyarakat yang mementingkan
kerjaya.
|
Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah
tamat cutinya.
|
|
Masyarakat yang menghormati orang
yang lebih tua
|
Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.
|
Tema - Kesetiaan dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap keluarga
(suami/bapa) - Jimah tetap menunggu
suaminya di pantai setelah kejadian tsunami sejak empat hari yang lalu walaupun
anak-anaknya memujuk supaya pulang ke rumah
Persoalan
1. Persoalan tentang kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah
bahagi - Jimah tetap yakin bahawa
suaminya masih hidup dan akan tetap menunggu kepulangannya di pantai
Nilai:
Pengajaran:
2. Persoalan tentang sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga - Sani menghormati semua abang dan kakaknya
walaupun dia anak angkat Jimah
Nilai:
Pengajaran:
3. Persoalan tentang simpati atas
nasib malang yang menimpa seseorang - Pak
Man dan Mak Jah bersimpati dengan nasib yang menimpa Jumaat yang hilang di laut
selepas kejadian tsunami
Nilai:
Pengajaran:
4. Persoalan tentang jujur dan
amanah dalam menyampaikan maklumat - Man
Bengap jujur memberitahu maklumat kepada anak-anak Jumaat berkenaan kehilangannya
Nilai:
Pengajaran:
5. Persoalan tentang mengakui kesilapan diri - Sabariah insaf dan memohon maaf kepada ibunya atas kesilapan melukakan
hati ibunya
SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dan jawab
soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
SABARIAH : (Marah) Apa ni, alang? Mayat bapa belum jumpa. Alang pula hendak balik? Apa ini? Angah dari London balik, alang di Kuala Lumpur tak sanggup tunggu?
SHAHRUL : (Merayu) Alang
hanya dapat cuti tiga hari. Kerja, hendak buat macam mana?
SABARIAH : Ini kan soal
hidup dan mati ketua keluarga kita. Angah kerja juga. Kalau inilah caranya bos alang buat, tidak berperikemanusiaan
namanya. Apa, emak dan bapa itu tidak pentingkah? Takkan dalam bencana
sebesar ini bos tidak ambil berat? Ohh, fasal tidak kena pada kaum
keluarganya! Kalau angahlah, 24 jam angah letak jawatan.
SABRI meleraikan ketegangan.
SABRI : Hisss,
sudah...sudah! Angah balik hendak tengok emakkah atau nak bertegang urat dengan Alang?
SABARIAH menjegilkan mata kepada
SHAHRUL.
SABARIAH : Huh, tunggu apa
lagi? Baliklah. Huh, pergi hadap kerja kau itu! Balik, dan jangan
balik-balik lagi ke kampung ini. Along ajak putih ikut sekali.
SABRI jadi serba salah.
SABRI : Putih, putih
belum balik lagi.
SABARIAH : Ya
Allah...yang ini seorang lagi. Angah dari London sudah sampai. Dia di Ipoh tidak
tiba-tiba lagi? Apa hendak jadi putih ini, abang long? Apa hendak jadi pada
keluarga kita ini, abang?
SABRI : Shhhh, sudahlah
tu. Malu kalau orang dengar, angah. Adik-beradik dua tiga kerat saja tetapi bercakaran macam kucing
dengan anjing. Sudah. Mari.
(i) Mengapakah Sabariah tidak menyetujui hasrat adiknya pulang ke Kuala Lumpur? [2 markah] - mayat bapanya belum dijumpai / Sabariah sendiri sanggup balik dari London / soal hidup atau mati ketua keluarga lebih penting daripada urusan kerja |
(ii) Pada pendapat anda, apakah
cara-cara yang boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan adik-beradik yang
telah berumah tangga? [3 markah] - selalu menelefon atau bertanyakan
khabar/ menziarahi atau berkunjung ke rumah / mengadakan
hari keluarga / aktiviti riadah bersama-sama / meraikan hari lahir adik-beradik / saling membantu
(iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan
drama di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan
drama. [4
markah] - Latar masyarakat dalam petikan:-
Masyarakat yang mementingkan pekerjaan – Shahrul hendak pulang ke Kuala Lumpur
setelah tamat cutinya / Masyarakat
yang pemarah/mengikut emosi – Sabariah memarahi Shahrul kerana ingin pulang ke Kuala
Lumpur sedangkan mayat bapa mereka belum ditemui.
Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:- Masyarakat yang berpendidikan tinggi – anak-anak Jimah
berjaya dengan kerjaya masing-masing. Salmah sebagai pereka fesyen, Sani
sebagai doktor, dan Shahrul sebagai akauntan / -
Masyarakat yang prihatin akan kesusahan orang lain – Pak Man prihatin akan
keadaan Jimah yang bersedih setelah kehilangan Jumaat dengan bertanyakan hal
Jimah kepada Sani. / - Masyarakat yang
mencari kesenangan dengan cara menipu – Wahid dan Senin menyamar sebagai
pegawai banci yang ingin menolong mangsa tsunami. / - Masyarakat yang penyayang – Jimah dan Jumaat
tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
/ - Masyarakat yang menghormati orang tua –
Sani menghormati Pak Man dengan mendengar dan menerima nasihatnya dengan baik.
No comments:
Post a Comment