Maksud Syair Bidasari Mengikut Rangkap
|
Rangkap 1: Penyair mengajak
pembaca mendengar kisah yang ditulis
oleh seorang fakir iaitu seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat untuk dijadikan teladan.
Rangkap 2: Di negeri Kembayat
terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan
seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang di negerinya
dengan adil.
Rangkap 3: Raja tersebut sangat
berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa
menghadapi dugaan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan
berlaku pada masa yang mendatang.
Rangkap 4: Raja yang bijaksana telah
berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil.
Rangkap 5: Setelah memerintah Negeri
Kembayat dengan aman damai dan gembira, akhirnya pada suatu hari, Negeri
Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda raja telah mangkat.
Rangkap 6: pada suatu hari , Negeri Kembayat telah
diserang oleh burung garoda yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa.
Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan negeri Kembayat.
Rangkap 7: burung garoda menyerang
Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat hingga menggemparkan rakyat dan
menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang
menyelamatkan diri masing-masing.
Rangkap 8: Di istana, rakyat jelata
datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising , baginda yang garang
dan tidak prihatin berasa
hairan melihatkan situasi itu
dan menanyakan rakyatnya sebab
keadaan itu berlaku.
No comments:
Post a Comment