Tuesday, 19 May 2015

Novel Kembara Amira – Peristiwa yang menjadi pedoman

Novel Kembara Amira – Peristiwa yang menjadi pedoman

  1. Amira tabah menghadapi cabaran semasa mencari emas untuk dihadiahkan kepada kawan baiknya iaitu Jacinta yang mengikutnya ke Bukit Mat Raya- mengajar kita agar tabah menghadapi segala cabaran dalam menempuh kehidupan

  1. Amira menggunakan minat Jacinta terhadap batu kuarza untuk memancing minat Jacinta agar mengikutnya ke Desa Karpus – kita perlu bijak memahami minat orang lain.

  1. Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira yang bersedih dengan keadaan kawan baiknya iaitu Jacinta yang pengsan setelah tersesat di dalam hutan semasa mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus deras – setiap ibu bapa haruslah mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anak-anak dalam setiap situasi.

  1. Malique sanggup mencipta virus dalam laporan pencarian emas yang disiapkannya semata-mata untuk menggagalkan projek pencarian emas oleh O’hara yang boleh memusnahkan hutan di Bukit Mat Raya. – kita hendaklah memelihara dan menghargai alam sekitar kurniaan Ilahi tanpa merosakkannya.

  1.  Ludin iaitu ketua kampung orang asli telah menolong merawat kecederaan tangan Prof. Zaidah akibat kemalangan yang berlaku bersama dengan Pak Lias.- Kita mesti menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

  1. Hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. - Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum.

  1. Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses) Jacintha terhadap batu kuarza- Kita hendaklah peka / prihatin / bijak memahami minat / kecenderungan orang lain

  1. Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc / gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya.- Kita hendaklah bijak menggunakan masa terluang / kita janganlah suka membuang masa

  1. Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba itu.- Kita hendaklah cekap / pantas / tangkas dalam sesuatu tindakan yang penting. 

  1. Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi.- Kita hendaklah bijak / peka / prihatin / tegas dalam membuat keputusan


No comments:

Post a Comment