Pages

Enjin Carian

Sunday, 17 May 2015

LATIHAN TATABAHASA

TATABAHASA

i Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.

1. Baju yang selalu dipakainya dalam setiap majlis rasmi itu sudah rapuh jahitannya.

2. Hadirin  dalam dewan itu ketawa berderai-derai apabila melihat telatah lucu pelawak tersebut.

3.Semua penonton bertepuk tangan kekaguman apabila penyanyi terkenal itu memulakan persembahannya.

4.Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah remang-remang malam.

5. Bunyi radio itu amat kuat sehingga membingit telingaku.

6. Kami menerima ajakan makan malam daripada Datin Aini kerana meraikan kepulangan anak perempuannya dari luar negara.

7.Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca oleh kerakusan manusia memanipulasi sumber alam.

8. Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Bee Kee untuk menjelaskan yuran peperiksaan.

9. Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur akan ditampal pada papan kenyataan.

10. Majlis keramaian menyambut ulang tahun kemerdekaan negara diadakan di perkarangan Dataran Merdeka.

11. "Beta berterima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan beta," kata Sultan Mansur.

12. Pengurusan syarikat itu perlu diperkemaskan agar syarikat itu tidak mengalami kerugian.

13. Kami bergotong-royong untuk menghiaskan kelas kami dengan gambar-gambar pemandangan yang cantik lagi menarik.

14. Masalah kemerosotan disiplin pelajar telah dibincangkan oleh jawatankuasa disiplin di dalam mesyuarat baru-baru ini.

15. Pada cuti semester nanti, Encik Adam akan menebus janji untuk membawa anak-anaknya ke pulau Tioman.

16. Pasukan bahas sekolah kami berazam untuk menebus pertandingan pada masa akan datang.  

17. Kata-kata nasihat ibunya itu telah menebus ke dalam hati Zhong Ling.

18. Bilik itu agak sesak untuk menampungi kami yang seramai lima orang.

19. Orang tua itu segera dibawa ke hospital oleh anak mereka kerana sesak nafas.

20. Para penonton sesak untuk masuk ke stadium itu bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia.
21. Kehidupannya yang senang-lenang selama ini menjadi sesak akibat dibuang kerja baru-baru ini.

22. Pada hari kelepasan, dia kerap mengunjungi rumah saudara-maranya bagi mempereratkan hubungan.

23. Kerajaan mengumumkan kelepasan cukai pendapatan bagi pekerja yang bergaji rendah.

24. Pada waktu kelepasan di sekolah, pelajar akan ke kantin untuk mengisi perut mereka setelah penat belajar.

25. Guru-guru kelepasan universiti dan maktab berganding bahu menjayakan projek amal di kampung itu.

26. Cerpen yang memenangi hadiah pertama itu beliau karang berdasarkan pengalamannya.

27. Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi.

28. Setiap orang yang mengunjungi ke kedai itu mendapat hadiah istimewa sempena ulang tahun pembukaannya.

29 Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis keramaian itu ialah Perdana Menteri Malaysia.

30. Janet berasa amat bangga kerana berjaya menjadi juruterbang wanita yang pertama di negara ini mengendalikan pesawat kormesial.

31. Kerajaan perlu berusaha meningkatkan kemudahan asas di kawasan pedalaman demi keselesaan penduduk di situ..

32. Rakyat khususnya para belia disyor oleh kerajaan supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

33.  Sherley menegaskan yang dia akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan walaupun mendapat pelbagai tawaran dari  universiti swasta.

34. Mereka yang datang akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan diadakan pada bulan depan.

35. Buku yang kamu cari selama-lama ini ada pada adik saya yang tinggal di Taman Berjaya.

36. Baju yang dibeli di pasaraya itu belum berjahit lagi.

37. Ketidakhadiran Cikgu Rusna dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.

38. Pencemaran alam sekitar akan terus berlaku selagi manusia tidak menyedari akan kepentingan menjaga kebersihan.

39. Kedai-kedai pakaian di ibu kota itu menjual baju-baju bermutu tinggi yang diimport dari luar negara.

40. Cikgu Hadi sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.




1 comment: