LATIHAN
KARANGAN RANGSANGAN:
Kerja
– Kerja Kemasyarakatan
Abu Bakar As-Siddiq ada berkata, “
Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar
orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah”. Kata – kata tersebut
sengaja dipetik untuk menunjukkan betapa perlunya kita membuat kebaikan
sepanjang hidup kita. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja
kemasyarakatan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia merupakan aktiviti
berfaedah yang patut dijadikan budaya hidup. Hal ini sesuai dengan
bidalan yang berbunyi, ”hidup kayu berbuah, hidup manusia biar
berjasa”.
Menerusi kerja-kerja kemasyarakatan, sebagai contoh
membersihkan taman perumahan, persekitaran
taman akan menjadi bersih. Apabila bersih, akan terhindar penyakit yang
mudah merebak seperti demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Kita tidak
boleh bergantung kepad apihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja sedangkan kita
mempunyai tulang empat kerat. Apabila masyarakat bersma-sama membersihkan
taman, sudah tentu ada keinginan untuk memastikan taman perumahan sentiasa
dalam keadaan bersih.
Melakukan kerja-kerja kemasyarakatan
dapat memperteguh ikatan silaturahim. Dengan mengambil contoh aktiviti gotong-royong ketika majlis perkahwinan, kita akan
mengenali lebih dekat masyarakat tempat kita tinggal. Sebelum ini masyarakat
sibuk dengan kerja; keluar rumah jam 7.00 pagi dan balik jam 700 malam. Dalam
sibuk bekerja membasuh pinggan, meamsak, atau mengemas, kita akan berbual
mesra dan bertukar pengalaman.
Kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilakukan dengan ikhlas dapat menyelamatkan nyawa manusia. Ketika
kejadian banjir atau rumah terbakar, sikap prihatin masyarakat membantu
golongan yang di dalam kesusahan dapat menyelamatkan mangsa daripada emas dan
rentung. Sikap yang ditunjukkan sudah pasti meruntun hati mangsa yang
diselamatkan. Mangsa yang sebelum ini mementingkan diri sendiri sudah pasti
akan bersikap merendah diri.
Sesungguhnya kerja-kerja
kemayarakatan memang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Sikap
mementingkan diri seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk
masing-masing hendaklah disisih dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, kebaikan
yang kita curahkan akan dibalas dengan kebaikan juga. Segala- galanya perlu tanya kepada hati. hendak seribu daya, tidak hendak seribu
dalih
|
No comments:
Post a Comment