Tuesday, 19 May 2015

Perbandingan Nilai (Novel Kembara Amira & Novel Azfa Hanani)

– Perbandingan Nilai

Nilai
Novel Kembara Amira
Novel Azfa Hanani
Tabah                                 Tabah
Amira sanggup menyeberangi sungai yang pernah menghanyutkannya semata-mata untuk mencari emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta
AH tabah melakukan pengorbanan ketika menyamar sebagai TM untuk membolehkan sepupunya iaitu Zuraini yang lumpuh mendapat rawatan yang berkesan
Sayang-menyayangi
Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya iaitu Amira berasa gelisah semasa Amira dihanyutkan oleh arus deras
AH yang sangat menyayangi sepupunya iaitu Zahidin teringat akan sepupunya itu ketika menikmati makanan mewah ketika berada di banglo Datin Maziah. / Datin Maziah yang amat menyayangi TM  telah mengalami tekanan perasaan kerana tidak menerima kematian anak gadis  tunggalnya itu.
Bertanggung
jawab
PZ seorang yang bertanggungjawab kerana beliau tetap meneruskan kerja lapangannya dalam bidang arkeologi walaupun mengalami kecederaan setelah keretanya disabotaj.
Tengku Mazran seorang yang bertanggungjawab kerana beliau menunaikan janjinya untuk menanggung kos perubatan penyakit lumpuh Zuraini di Indonesia seperti yang telah dijanjikannya.
Berani
AH berani menyamar sebagai TM yang berasal daripada keluarga elit walaupun tugas yang diberikan oleh Tg Mazran dan Syafinaz itu sangat berat.
Itai berani berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh masyarakat orang asli di kawasan Bukit Mat Raya
Hormat-menghormati
Tg Mazran dan Syafinaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan
Itai yang menghormati bapa angkatnya iaitu Ludin  mematuhi arahannya  supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.


Baik hati
Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka
Amira yang baik hati  mengajak rakannya iaitu Jacinta untuk menyertai ekspedisinya di Bukit Mat Raya kerana tidak mahu Jacinta tinggal seorang diri di asrama ketika cuti persekolahan



No comments:

Post a Comment