Tuesday, 19 May 2015

Novel Azfa Hanani – Peristiwa yang menjadi pedoman

Novel Azfa Hanani – Peristiwa yang menjadi pedoman

1.     Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya iaitu Zuraini.-  Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain.

2.     Azfa Hanani  belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris. - Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri.
3.     Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa. – kita hendaklah menerima takdir dengan hati yang tenang

  1. Perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku Murni menganggap Ekran berasal daripada  keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran. – kita jangan menilai seseorang hanya dari segi luaran / kita jangan memandang hina terhadap orang lain

  1. Azfa Hanani cepat-cepat membuat penafian bahawa dia ada membuat kesalahan apabila dipanggil oleh pengetua. Azfa berjaya meyakinkan Rozlan yang cuba membuat tuduhan  sedemikian.- Kita hendaklah teliti dalam memberi maklumat

  1. Sangkaan Azfa Hanani bahawa dirinya akan diherdik dan disoal siasat ternyata meleset apabila disapa oleh pengetua dengan baik. Guru perpustakaan dan guru disiplin yang disangka akan mengendalikan kes kehilangan buku juga tiada di situ. Sebaliknya, terdapat dua orang tetamu yang ingin membincangkan sesuatu perkara dengan Azfa Hanani.- kita janganlah cepat panik ketika berhadapan dengan peristiwa cemas

  1. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya. - Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. 

  1. Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.- Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa.

  1.  Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit - Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada..

  1. Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.-  Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. 

  1. Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada. - Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri.
  2. Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah. - Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. 



No comments:

Post a Comment