Monday 15 September 2014

LATIHAN KERTAS 2 - SPM

Baca petikan  di bawah dengan  teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan penganjuran pesta  buku dan cara-cara  menarik minat pengunjung ke pesta buku. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

            Saban tahun banyak pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang telah menganjurkan pesta buku. Antaranya  termasuklah  penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sepanjang pesta itu diadakan kita melihat semangat kecintaan terhadap buku yang luar biasa. Mungkin yang kita lihat itu gambaran luaran semata-mata tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat manusia dari semua peringkat datang berbondong-bondong ke tempat pesta itu diadakan. Dianggarkan lebih daripada sejuta pengunjung telah membanjiri premis pesta berkenaan. Hal ini memberi petunjuk  kejayaan dan kepentingan penganjurannya.

            Dalam pesta buku, pengunjung berpeluang memilih pelbagai judul buku dalam pelbagai jenis bidang dan sub bidang ilmu. Namun sebaik sahaja  pesta buku berakhir, peluang tersebut tidak muncul lagi, tenrtamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar besar rnereka boleh memilih ke kedai buku mega di gedung-gedung beli-belah untuk mendapatkan buku. Oleh itu, wajar sekali pesta buku dalam skala tertentu terus diadakan dari semasa ke semasa, bergerak dari sebuah bandar kecil ke sebuah bandar kecil yang lain. Tempoh pusingan setahun, sehingga munculnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan datang mampu meningkat dan mengekalkan momentum minat membeli dan membaca dalam kalangan masyarakat kita.

            Pesta buku biasanya turut menawarkan potongan harga yang luar biasa bagi menarik minat orang ramai membeli buku dan membacanya.  Pelbagai acara yang dianjurkan dalam pesta buku juga secara tidak langsung akan memperkenalkan penulis, penerbit, pengkitik dan personel lain yang terlibat dalam bidang ini. Acara-acara ini mendekatkan dunia indusri pembukuan, kepengarangan dan apresiasi karya kepada khalayak Malangnya, selepas pesta jarang-jarang kita mendengar adanya acara-acara seperti ini. Penganjuran acara-acara ini dari semasa ke semasa di pelbagai tempat yang strategik akan membantu menyuburkan dunia pembukuan dan yang lebih penting daya intelektual masyarakat dapat ditingkatkan. Industri pererbitan yang merupkan tunjang kepada kejayaan penganjuran sesuatu pesta buku bukanlah semata-mata berfokus kepada keuntungan material, tetapi lebih kepada cara ilmu pengetahuan dapat disebarkan,  dihidupkan dan dimanfaatkan oleh anggota masyarakat.

            Akhir sekali, pesta buku akan memberi lebih banyak peluang kepada anggota masyarakat kita untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini dan bermutu sama ada dari dalam atau luar negara. Penyertaan penerbit atau pempamer dari luar negara akan turut mengangkat prestij Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan seterusnya mengekalkan momentum perkembangan minat membeli  dan membaca dalam kalangan masyarakat.



Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

1. Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah agar menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan susunannya.

Selain pertalian keluarga, hubungan persahabatan yang baik berupaya meningkatkan aspek kehidupan kita. Hal ini bukan sahaja memberikan kegernbiraan malah turut meningkatkan tahap kesihatan kita. Kajian saintifik mendapati bahawa menjalani hidup sendirian dan enggan membina hubungan dengan individu lain akan melemahkan imunisasi tubuh.                                                                                                               [6 markah]

JAWAPAN:



                            
2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Terapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bagi mewujudkan jenerasi berkebolehan yang mampu menghadapi cabaran pada masa depan.

(ii) Pihak kementerian kesihatan mengesan pemilik bangunan yang menjual produk atau ubat tidak didaftar termasuk disyaki mengandungi racun berjadual.

(iii) Rondaan yang sering dijalankan dikawasan itu telah dapat rnengurangkan peluang kumpulan penjenayah untuk menlakukan kegiatan mereka.                                                                                                    [6 markah]

3.Dalam petikan di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Usaha mendirikan kawasan luar bandar turut direalisasikan menerusi pelaksanaan berapa inisiatif baru. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berusaha mengerakkan belia luar bandar dengan melaksanakan aktiviti Cabaran Perniagaan Luar Bandar yang mencari dan memberi peluang kepada belia merealisasikan idea bernas dan menterjemahkannya kepada suatu perniagaan berdaya maju. Usaha berkenaan diharapkan dapat menarik penyertaan lebih ramai golongan belia-belia termasuk menggalakkan aktiviti ekonomi bagi menarik perhatian pemain swasta.                                                                      [6 markah]

JAWAPAN:


SOALAN 2 : Ejaan & Imbuhan

SOALAN 3 : Istilah & Tatabahasa
SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
i.







ii.







iii.









4.Baca maksud peribahasadi bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Azmi sudah mati akal untuk mengubah perangai Azhar dan Raziq yang merupakan rakan sekerjanya. Kedua-dua orang rakannya pemalas. Sekali disuruh sekalilah mereka membuat kerja. Kemudian, mereka akan duduk berbual-bual menghabiskan waktu kerja.
PERIBAHASA:


(ii) Semasa muda dahulu, Khaty merantau ke merata-rata tempat kerana dia bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan Malaysia. Namun, sejak beberapa bulan yang lalu dia enggan meninggalkan kampungnya lagi.
PERIBAHASA:



(iii) Dalam perlawanan akhir bola sepak itu, pasukan Terengganu ketinggalan 0-3 sehingga ke minit 70. Namun begitu, hasil usaha yang gigih dan konsisten, pemain-pemain Terengganu berjaya menjaringkan empat gol. Akhimya, mereka berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan kedudukan 4-3.                                  [6 markah]
PERIBAHASA:


2 comments: