Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan penganjuran pesta buku dan cara-cara menarik
minat pengunjung ke pesta buku. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Saban tahun banyak
pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang telah menganjurkan pesta buku.
Antaranya termasuklah penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur. Sepanjang pesta itu diadakan kita melihat semangat kecintaan terhadap
buku yang luar biasa. Mungkin yang kita lihat itu gambaran luaran semata-mata tetapi
sekurang-kurangnya kita dapat melihat manusia dari semua peringkat datang
berbondong-bondong ke tempat pesta itu diadakan. Dianggarkan lebih daripada
sejuta pengunjung telah membanjiri premis pesta berkenaan. Hal ini memberi
petunjuk kejayaan dan kepentingan
penganjurannya.
Dalam
pesta buku, pengunjung berpeluang memilih pelbagai judul buku dalam pelbagai
jenis bidang dan sub bidang ilmu. Namun sebaik sahaja pesta buku berakhir, peluang tersebut tidak
muncul lagi, tenrtamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar tetapi
bagi mereka yang tinggal di bandar besar rnereka boleh memilih ke kedai buku
mega di gedung-gedung beli-belah untuk mendapatkan buku. Oleh itu, wajar sekali
pesta buku dalam skala tertentu terus diadakan dari semasa ke semasa, bergerak
dari sebuah bandar kecil ke sebuah bandar kecil yang lain. Tempoh pusingan
setahun, sehingga munculnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan
datang mampu meningkat dan mengekalkan momentum minat membeli dan membaca dalam
kalangan masyarakat kita.
Pesta
buku biasanya turut menawarkan potongan harga yang luar biasa bagi menarik
minat orang ramai membeli buku dan membacanya.
Pelbagai acara yang dianjurkan dalam pesta buku juga secara tidak
langsung akan memperkenalkan penulis, penerbit, pengkitik dan personel lain yang
terlibat dalam bidang ini. Acara-acara ini mendekatkan dunia indusri pembukuan,
kepengarangan dan apresiasi karya kepada khalayak Malangnya, selepas pesta
jarang-jarang kita mendengar adanya acara-acara seperti ini. Penganjuran
acara-acara ini dari semasa ke semasa di pelbagai tempat yang strategik akan
membantu menyuburkan dunia pembukuan dan yang lebih penting daya intelektual
masyarakat dapat ditingkatkan. Industri pererbitan yang merupkan tunjang kepada
kejayaan penganjuran sesuatu pesta buku bukanlah semata-mata berfokus kepada
keuntungan material, tetapi lebih kepada cara ilmu pengetahuan dapat
disebarkan, dihidupkan dan dimanfaatkan
oleh anggota masyarakat.
Akhir
sekali, pesta buku akan memberi lebih banyak peluang kepada anggota masyarakat
kita untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini dan bermutu sama ada dari
dalam atau luar negara. Penyertaan penerbit atau pempamer dari luar negara akan
turut mengangkat prestij Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan seterusnya
mengekalkan momentum perkembangan minat membeli
dan membaca dalam kalangan masyarakat.
Soalan Pengetahuan
dan Kemahiran Bahasa
1. Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah agar
menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan susunannya.
Selain pertalian keluarga, hubungan
persahabatan yang baik berupaya meningkatkan aspek kehidupan kita. Hal ini
bukan sahaja memberikan kegernbiraan malah turut meningkatkan tahap kesihatan
kita. Kajian saintifik mendapati bahawa menjalani hidup sendirian dan enggan
membina hubungan dengan individu lain akan melemahkan imunisasi tubuh. [6
markah]
JAWAPAN:
2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Terapkan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar perlu dipupuk bagi mewujudkan jenerasi berkebolehan yang mampu
menghadapi cabaran pada masa depan.
(ii) Pihak kementerian kesihatan mengesan
pemilik bangunan yang menjual produk atau ubat tidak didaftar termasuk disyaki
mengandungi racun berjadual.
(iii) Rondaan yang sering dijalankan dikawasan
itu telah dapat rnengurangkan peluang kumpulan penjenayah untuk menlakukan
kegiatan mereka. [6 markah]
3.Dalam petikan di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Usaha mendirikan kawasan luar bandar turut direalisasikan
menerusi pelaksanaan berapa inisiatif baru. Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah berusaha mengerakkan belia luar bandar dengan melaksanakan aktiviti
Cabaran Perniagaan Luar Bandar yang mencari dan memberi peluang kepada belia
merealisasikan idea bernas dan menterjemahkannya kepada suatu perniagaan
berdaya maju. Usaha berkenaan diharapkan dapat menarik penyertaan lebih ramai
golongan belia-belia termasuk menggalakkan aktiviti ekonomi bagi menarik perhatian
pemain swasta. [6
markah]
JAWAPAN:
SOALAN 2 : Ejaan
& Imbuhan
|
|
SOALAN 3 : Istilah
& Tatabahasa
|
||
SALAH
|
BETUL
|
SALAH
|
BETUL
|
|
i.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ii.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iii.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4.Baca maksud peribahasadi bawah dengan
teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa
tersebut.
(i) Azmi sudah mati akal untuk mengubah
perangai Azhar dan Raziq yang merupakan rakan sekerjanya. Kedua-dua orang
rakannya pemalas. Sekali disuruh sekalilah mereka membuat kerja. Kemudian,
mereka akan duduk berbual-bual menghabiskan waktu kerja.
PERIBAHASA:
(ii) Semasa muda dahulu, Khaty merantau ke merata-rata
tempat kerana dia bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan Malaysia. Namun,
sejak beberapa bulan yang lalu dia enggan meninggalkan kampungnya lagi.
PERIBAHASA:
(iii) Dalam perlawanan akhir bola sepak itu,
pasukan Terengganu ketinggalan 0-3 sehingga ke minit 70. Namun begitu, hasil
usaha yang gigih dan konsisten, pemain-pemain Terengganu berjaya menjaringkan
empat gol. Akhimya, mereka berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan kedudukan
4-3. [6 markah]
PERIBAHASA:
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKesimpulannya
ReplyDelete