Wednesday 6 May 2015

LATIHAN PUISI TRADISIONAL - Syair Bidasari

LATIHAN PUISI TRADISIONAL - Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Syair Bidasari

RANGKAP

MAKSUD

KOSA KATA

Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

 

 

Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

 

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah, 
Entah pada esok dan lusa. 

 

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

 

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan, 
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

 

Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

 

Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

 

Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."


Jamilah Hj Ahmas (Penyelenggara) DBP, 1989

 



SIAPAKAH BIDASARI?
Bidasari merupakan seorang puteri raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal-usulnya, kemudian diambil sebagai anak angkat oleh sepasang pedagang kaya. Ratu negeri yang cemburu akan kecantikannya kemudian bersekongkol membuang Bidasari ke hutan. Di sana dia dipertemukan dengan raja yang kemudian mengahwininya

TEMA - cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbir negara. Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urusan negara sehinggga dapat menghadapi cabaran yang mendatang. Raja kedua yang mengambil alih kuasa pemerintahan negeri Kembayat bersikap garang dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat yang berhadapan dengan serangan burung garuda.

UNSUR-UNSUR KOMSAS DARIPADA PERISTIWA:

1.     Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urusan negerinya dengan sempurna.

            NILAI:
            PERSOALAN:
            PENGAJARAN:

2.     Seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.

NILAI:

PERSOALAN:

PENGAJARAN:

3.     Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.

NILAI:

PERSOALAN:

PENGAJARAN:




4.     Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.

NILAI:

PERSOALAN:

PENGAJARAN:

5.     Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan dua.

NILAI:

PERSOALAN:

PENGAJARAN:

Bentuk Syair:

1.     Syair ini berbentuk ______________________.
2.     Terdiri daripada _________ rangkap.
3.     Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu _________ baris serangkap.
4.     Semua baris dalam setiap rangkap merupakan  ____________-.
5.     Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara ______ hingga _______ patah kata.
6.     Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada __________ hingga _______ suku kata.
7.     Rima akhir syair ini ialah ___________

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


1.     Diksi (Bahasa Puitis) -

2.     Penggunaan repetisi

3.     Penggunaan metafora. –

4.     Penggunaan hiperbola –

5.     Penggunaan simile –

6.     Penggunaan inversi –

7.     Diksi (Penggunaan bahasa istana ) –

8.     Diksi (Penggunaan kata arkaik ) Syair ini mempunyai beberapa kata arkaik, iaitu kata-kata yang tidak digunakan lagi pada hari ini iaitu

9.     Unsur bunyi:
(a)   Asonansi. (pengulangan bunyi vokal) -
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal    sebanyak   kali.

(b)   Aliterasi. (pengulangan bunyi konsonan) -
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan    sebanyak     kali.

LATIHAN BERGAMBAR:







SOALAN PEMAHAMAN:

i.                 Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.                                                                                                                          [2 markah]

ii.                Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi?     [KBAT]                                                                                                                                                                    [3 markah]

iii.               Jelaskan  persoalan yang terkandung dalam syair ini.                                                                                                                                                         [3 markah]


12 comments:

  1. cikgu, bolehkah saya dapatkan jawapan latihan ini? terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  2. Cikgu, takde jawapan ke untuk rujukan?

    ReplyDelete
  3. tolong hantar jawapan pada email ini nurislahizzati3299@gmail.com

    ReplyDelete
  4. berguna ker untuk masa depan ??

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. hello cikgu, boleh minta jawapan semua tu

    ReplyDelete
  7. hantar jawapan ke
    christy.tynce@gmail.com

    ReplyDelete
  8. hantar jawapan aqasha004@gmail.com

    ReplyDelete
  9. apa maksud melimpah ngadil dagang
    aqasha004@gmail.com

    ReplyDelete