Tuesday 19 August 2014

LATIHAN ULANG KAJI PERCUBAAN SPM

LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA

PERIBAHASA -  MAKSUD YANG HAMPIR SAMA
PERIBAHASA
MAKSUD

air dicencang tak akan putus
perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama

haruan pulang ke lubuk
perantau yang pulang semula ke tempat asal

gunting dalam lipatan
musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya

habis madu, sepah dibuang
apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain

bagai aur dengan tebing
persahabatan yang sangat akrab

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
susah senang dihadapi bersama

bagaimana acuan, begitulah kuihnya
seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku ibu atau bapanya

mencurah air ke daun keladi
pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar

alang-alang mandi biar basah

berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan

bagai cincin dengan permata
padanan yang sesuai


burung terbang dipipiskan lada
mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

abu di atas tunggul
keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama

menahan lukah di pergentingan
mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain


No comments:

Post a Comment