Thursday 21 August 2014

ULANG KAJI SPM- BM

PLOT NOVEL AZFA HANANI

-          Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
-          Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa.

Permulaan cerita.
*       Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap.
*       Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.

Perkembangan.
*       Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
*       Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku Murni.
*       Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.
*       Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
*       Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.
*       Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran.

Klimaks/Puncak Cerita
*       Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.
*       Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
*       Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.

Peleraian Cerita
*       Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.
*       Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah.
*       Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.
*       Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.
*       Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
*       Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik.
*       Kumpulan budak glamor dibubarkan.

Teknik Plot
Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya menarik dan berkesan.

1.       Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.
-                      Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya, pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.

2.       Teknik dialog.
-                      Untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani berdialog dengan Kak Finaz.

3.       Teknik Monolog dalaman.
-                      Watak berkata-kata di dalam hati atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.

4.       Teknik Imbas Kembali
-                      Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya, Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku Mazran.

5.       Teknik Suspen.
-                      Unsur suspen dapat mengundang minat pembaca untuk menghabiskan  bacaan bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar.

6.       Teknik Kejutan.

-                      Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.

No comments:

Post a Comment