Tuesday 19 August 2014

LATIHAN ULANG KAJI PERCUBAAN SPM

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

Isu                   : budaya warisan rakyat Malaysia
Tugasan          : sumbangan saya untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia
           
Isi 1                 : Saya akan menjadi ahli dalam kelab permainan tradisional di sekolah

Apa (Isi)
Satu daripada sumbangan saya ialah saya akan menjadi ahli  dalam kelab permainan tradisional jika ditubuhkan di sekolah.
Mengapa
(Alasannya)

Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana,  Hal ini terjadi kerana,
Hal ini demikian kerana, saya akan dapat mengenali dan memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia dengan menjadi ahli kelab ini.  
Bagaimana
Saya akan menghadiri perjumpaan kelab dan belajar bermain permainan tradisional yang diajari oleh guru-guru.

Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Contoh
Bukti
Misalnya, saya dan rakan-rakan akan belajar bermain gasing, congkak dan wau. Oleh itu, saya dapat mengetahui dan boleh menjadikan permainan ini sebagai hobi saya. 
Penegasan
Kesimpulan
Perenggan
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
Kesannya, apabila ahli-ahli kelab di sekolah tahu bermain permainan tradisional ini, sudah tentu mereka akan selalu bermain sekali gus permainan ini akan kembali popular di negara kita.

Contoh menulis perenggan isi 1 yang lengkap :

Salah satu daripada sumbangan saya ialah menjadi ahli  dalam kelab permainan  tradisional jika ditubuhkan di sekolah. Hal ini demikian kerana, saya akan dapat mengenali dan memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia dengan menjadi ahli kelab ini. Saya akan menghadiri perjumpaan kelab dan belajar bermain permainan tradisional yang diajari oleh guru-guru. Misalnya, saya dan rakan-rakan akan belajar bermain gasing, congkak dan wau. Oleh itu, saya dapat mengetahui dan boleh menjadikan permainan ini bagi hobi saya. Kesannya, apabila ahli-ahli kelab di sekolah tahu bermain permainan tradisional ini, sudah tentu mereka akan selalu bermain sekali gus permainan ini akan kembali popular di negara kita.    



Isi 2 :  Saya akan ingat dan mematuhi nasihat yang baik dalam pantang larang yang menjadi warisan rakyat di negara ini.

Apa (Isi)
Sumbangan saya yang kedua ialah saya akan ingat dan mematuhi nasihat yang baik dalam pantang larang yang menjadi warisan rakyat di negara ini.

Mengapa
(Alasannya)

Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana,  Hal ini terjadi kerana,
Hal ini demikian kerana saya akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada pantang larang tersebut dan dapat mendisiplinkan diri remaja.

Bagaimana
-

Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Contoh
Bukti
Sebagai contoh, ada pantang larang yang melarang kita memakai kasut di dalam rumah dan tidak bercakap sewaktu makan. Hal ini sangat baik untuk dipatuhi.


Penegasan
Kesimpulan
Perenggan
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
Kesannya, sekiranya pantang larang ini diikuti oleh remaja, mereka bukan sahaja akan berdisiplin, malah dapat juga mengelakkan diri daripada gejala sosial. Oleh itu saya mestilah mengingati dan mematuhi pantang larang yang menjadi warisan rakyat di negara ini.


Isi 3 :  Saya seronok dan suka memakai pakaian tradisional

Apa (Isi)
suka dan berasa seronok memakai pakaian tradisional rakyat di negara ini.

Mengapa
(Alasannya)
Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana,  Hal ini terjadi kerana,
pakaian tradisional cantik dan sesuai dipakai

Bagaimana
pakaian tradisional ini tidak mencolok mata - menunjukkan keistimewaan rakyat Malaysia kepada dunia.
Contoh
Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Bukti
baju kurung, sari dan cheongsam - cantik dipakai, sesuai dengan adab

Penegasan
Kesimpulan
Perenggan
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
tak kenal maka tak cinta.







Isi 4 :  Saya suka makan makanan tradisional Malaysia

Apa (Isi)
saya mestilah suka  makan makanan tradisional rakyat Malaysia

Mengapa
(Alasannya)
Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana,  Hal ini terjadi kerana,
makanan tradisional berkhasiat - dicipta oleh nenak moyang kita.

Bagaimana
sedap sebab dimasak oleh ibu - tanpa bahan perasa yang berbahaya.

Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Contoh
Bukti
nasi, lauk, kuih dan ulam yang menimbulkan selera  - masak lemak cili padi, rassam, dodol, maruku, rendang ayam dan lain-lain.


Penegasan
Kesimpulan
Perenggan

Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
mestilah berasa bangga dengan berbagai-bagai masakan tradisional - terus memilih masakan-masakan ini untuk menjamu selera.

Isi 5 :  Saya sepatutnya menjadi suri teladan kepada adik-adik

Apa (Isi)
saya sepatutnya menjadi suri teladan kepada adik-adik -  mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia.

Mengapa
(Alasannya)
Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana,  Hal ini terjadi kerana,
saya perlu menjadi contoh remaja yang suka akan warisan rakyat Malaysia - diicontohi oleh adik-adik.

Bagaimana
dapat menarik minat adik-adik dengan - warisan ini akan terus diingati oleh turun temurun rakyat di negara ini.


Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum
Contoh
Bukti
pada masa lapang, saya bolehlah membawa adik-adik bermain wau, congkak - menyertai pertandingan membuat wau - mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terhadap warisan budaya kita

Penegasan
Kesimpulan
Perenggan
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
melentur buluh biarlah daripada buluh




No comments:

Post a Comment