PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT OPU DAENG
MENAMBUN
SINOPSIS
BAB III
Perkahwinan Opu Daeng Menambun Dengan
Puteri Kesumba
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng
lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda
dengan Opu Daeng lima saudara. Setelah perbincangan dibuat, Daeng Perani
mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda
Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.
BAB IV
Panembahan Agung Ditangkap
Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri
Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah kepada Opu Daeng lima saudara
menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri
Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung.
Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berjumpa
dengan Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu
mereka berhunus keris untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng
Mataku dan Tuan Haji Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan
Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar
menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota sama ada secara
lembut ataupun kekerasan. Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada
pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan
Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad
Zainuddin oleh Opu Daeng berlima.
BAB V
Opu Yang Berlima Saudara di Riau
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau
berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Opu daeng
berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik
saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng berlima mengenakan syarat
iaitu apabila Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima
menjadi Yamtuan Muda. Setelah persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku
antara orang Bugis dengan orang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur
ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Opu
Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang
dijanjikan, yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik
menjadi Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang
Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.
BAB VI
Opu Yang Berlima Saudara di Kedah
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya
berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara.
Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja Kedah untuk
mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas
bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di
negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn
ya, namun Raja Kedah memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul
orang tersebut. Opu daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk
membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang Dipertuan Negeri Kedah. Setelah
tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah
menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang
tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah
peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan
sehingga lapan hari dan akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja
Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya dan
membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng lima bersaudara.
BAB VII
Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di
Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng Kemasi
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput
oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang
bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.
Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama
dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan
Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah
tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu
Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan
salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun
mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan
Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi dilantik menjadi
Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.
BAB VIII
Pemilihan Sultan Muda di Matan dan Darihal
Perkahwinan Sultan Muhammad Zainuddin
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu
daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan
Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda mengadakan
sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan
Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan
kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri
Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti
Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh
penduduk Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masing-masing menyokong
Pangeran Ratu, Pangeran Mangkurat dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan
Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan Raden Mas Inderawati, anak Raja
Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden Mas Inderawati merupakan tunang
kepada Ratu Anom Kesumayuda. Panembahan Sengkauk meminta supaya Raja Muhammad
Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.
BAB IX
Opu Daeng Menambun serta Puteri Kesumba dan
Mas Inderawati Menziarah Makam Panembahan Sengkauk
Khabar berita telah sampai ke pengetahuan
Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sengkauk telah mangkat. Seri
Paduka Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan
diraikan secara besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama
tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah
bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya
sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan
membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sengkauk.
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG
MENAMBUN
ITEM
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Tema
|
Kepahlawanan
menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah Melayu
|
Kepahlawanan
Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya
mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan
Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas
|
Persoalan
|
Persoalan
keberanian menegakkan keadilan
|
Opu
Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan
Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman.
|
Persoalan
perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperangan
|
Raja
Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga
memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara
|
|
Persoalan
bersedia memberikan bantuan jika diperlukan
|
Opu
Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman
apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima
juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya
menyerahkan kembali takhta kerajaan
|
|
Persoalan
muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusan
|
Opu
Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum
membuat sesuatu keputusan
|
|
Nilai
|
Muafakat/kerjasama
|
Opu
Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan
kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah
|
Keberanian
|
Opu
Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan
semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil
|
|
Tolong-menolong
|
Opu
Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka
diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing
|
|
Menunai
janji
|
Raja
Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang
Amtuan Muda di Riau
|
|
Pengajaran
|
Kita
hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak
|
Opu
Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin
mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman
|
Kita
hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat
diringankan
|
Opu
Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai
pemerintah oleh saudaranya sendiri.
|
|
Kita
hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat
|
Opu
Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi
apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah
|
|
Kita
hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kita
|
Raja
Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang
Amtuan Muda di Riau.
|
WATAK
|
PERWATAKAN
|
Opu
Daeng Menambun
|
Mempunyai
4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak
|
Berkahwin
dengan Puteri Kesumba dari Riau
|
|
Dilantik
menjadi raja di Mempawah
|
|
Daeng
Perani
|
Saudara
yang tertua daripada lima bersaudara
|
Beristerikan
anak Nakhoda Alang dari Siantan
|
|
Mempunyai
dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah
|
|
Daeng
Kemasi
|
Beristerikan
anak Raja Mempawah
|
Dilantik
menjadi raja di Sambas
|
|
Daeng
Chelak
|
Dilantik
menjadi raja di Riau
|
Berkahwindengan
Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman
|
|
Daeng
Merewah
|
Menjadi
Yang Amtuan Muda di Riau
|
Berkahwin
dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung
|
LATAR
MASA
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Tujuh
hari tujuh malam
|
Meraikan
Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun
|
|
Hari
Jumaat
|
Rombongan
Ratu Agung Senuhun mula belayar
|
|
Lapan
hari
|
Peperangan
di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya
|
|
LATAR
TEMPAT
|
Riau
|
Opu
Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak
|
Siak
|
Peperangan
di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak
|
|
Negeri
Matan
|
Tempat
Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu
Agung Senuhun
|
|
LATAR
MASYARAKAT
|
Masyarakat
feudal
|
Masyarakat
yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
|
Masyarakat
istana
|
Masyarakat
yang tinggal di istana seperti raja
|
|
Masyarakat
yang suka membantu
|
Opu
Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan
|
|
Masyarakat
yang berani
|
Opu
Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh
|
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi
dengan saudaranya di dalam negeri Kedah.
Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan
Opu Daeng yang berlima bersaudara,
silakan ke Kedah.
Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang
berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah
masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.
Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan
dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai
dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah
masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka
berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah
santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara
saya sebab berebutkan kerajaan.”
Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya
berilah Opu Daeng yang berlima
bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.”
Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang
dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan
Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”
(Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah Opu Daeng dan
saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah] - Supaya dapat
membantu Raja Kedah menjatuhkan/mengalahkan saudaranya
- Supaya Raja
Kedah dapat memerintah negeri Kedah
(ii) Nyatakan perjanjian
yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai
hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah] Perjanjian yang
dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya
mencapai
hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.
- Janji Raja
Kedah : akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya
lima belas bahara
setiap seorang sekiranya berjaya dalam perebutan kuasa tersebut
- Syarat Opu
Daeng : meminta pengesahannya/persetujuannya orang dagang
dari Timur seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura di
bawah pemerintahannya
(iii) Pada
pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian? [3 markah]
- supaya
kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat
- memperoleh
ganjaran / pulangan sebagaimana yang ditetapkan
- tidak
mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari
- untuk
mengelakkan penipuan / penindasan / penyalahgunaan kuasa
No comments:
Post a Comment