Thursday 21 August 2014

ULANG KAJI SPM- BM


Pembinaan Plot Novel Kembara Amira

(i) Permulaan

Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat   Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.

(ii) Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.

(iii) Klimaks
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi  menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan  tersebut.

(iv) Peleraian
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.

Teknik Plot
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung adalah khemah dapur.

2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.  Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

5. Suspens
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya.  Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang.  Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya?  Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

Apa benda itu?”  Jacinta turut tidak sabar.  Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.

Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi.  Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai.  Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.

No comments:

Post a Comment