Tuesday 19 August 2014

LATIHAN ULANG KAJI PERCUBAAN SPM

PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
Sinopsis Lengkap: Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda  menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambung bersetuju. Setelah berkahwin dengan puterinya,Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung. Akhirnya, Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.
Opu Daeng berlima  belayar pula  ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda. Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu Siak. Seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan.
Sementara itu, Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima. Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari. Raja Kedah mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya  dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput pula olah Raja Sambas yang ingin mengahwinkan salah seorang darpada  mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah, dan  seterusnya akan dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka telah disambut oelh sultan Adil dan anakandanya lalu  disediakan  sebuah rumah .Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju .Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi pangeran Mangkubumi di dalam daerah Sambas.
Setelah  lama berada di negeri Sambas, Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun,Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta  saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan  penggantinya. Seluruh penduduk Mantan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.
Sementara itu,  Sultan Muhammad Zainuddin mendapat berita bahawa bahawa Duli Panembahan  telah mangkat lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran.

Watak Utama
Opu Daeng Menambun - Anak raja / Mempunyai empat saudara yang lain iaitu Daeng Perani,Daeng Kemasi,Daeng Merewah dan Daeng Celak./ Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau. / Dilantik menjadi raja di Mempawah.
Daeng Perani - Saudara yang tertua antara lima bersaudara / Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan / Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khadijah.
Daeng Kemasi - Beristerikan anak Raja Mempawah. / Dilantik menjadi raja di Sambas.
Daeng Chelak - Dilantik menjadi raja di Riau / Berkahwin dengan Tengku Puan,adinda Sultan Raja Sulaiman
Daeng Merewah - Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau / Berkahwin dengan Ungku Datuk Temenggung.

LATIHAN PEMAHAMAN:

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri  Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu  Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.
Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu.  Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah  seorang.
Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah  masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah  santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong  perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.”
Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.” Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap  tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri  Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”

(Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah?                                  [2 markah]
JAWAPAN: …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......................
……………………………………………………………………………………………………………………………………

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.                                                                                               [3 markah]
JAWAPAN: ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian.  Berikan tiga sebab.                                                                [3 markah]

JAWAPAN: ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment