Thursday 21 August 2014

ULANG KAJI SPM- BM

Cerpen Ibu dan Ceper  (Antologi Harga Remaja)

Penulis menceritakan  sifat-sifat sungai yang amat dicintainya yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper lurus, panjang dan mengalirkan air yang jernih, pasir berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir dan ikan-ikan bergerak cergas.Ceper  menjadi sumber air bagi penduduk kampung penulis. Penulis (Shahnon Ahmad) membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir. Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan  melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Pada mulanya Sungai Ceper jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif.
Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya. Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. Selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian. Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga.  Ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Suaminya pula  banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Tidak lama selepas itu, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering . Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air  perigi.

Peristiwa tersebut merupakan ingatan penulis  akan kisah lampaunya iaitu 40 tahun yang lalu; semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.

Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis juga teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang menyakitkan  hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.

Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.

Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.


UNSUR KOMSAS – Watak & Perwatakan
PERISTIWA / CONTOH
Watak Utama


Ibu - Cekap bekerja - Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja. / Rajin - Ibu  membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. / Bermasyarakat.-Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. /  Kuat semangat.- Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula. / Pandai membuat tikar. / Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya

Watak Sampingan

.


Aku - Anak tunggal dalam keluarga. / Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah./ Sudah berumah tangga /  Penyayang.-  masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu. / Bertanggungjawab -  menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua. / Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.

Bapa - Suka mendenak burung ketitir. / Meninggal dunia kerana terjatuh.
UNSUR KOMSAS – Latar Tempat
PERISTIWA / CONTOH
Sungai Ceper

Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat./ Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya. / Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.
1. Di sebuah desa
tempat tinggal ibu, aku dan ayah
2. Kawasan sawah padi -
 tempat ibu dan orang kampung bekerja.
3. Sebatang sungai
tempat anak-anak kampung merangau ikan
4. Telaga
 tempat ibu mengambil air ketika kemarau.
5. Rimba belantara -
tempat bapa berdenak ketitir.
UNSUR KOMSAS – Latar Latar Masa
PERISTIWA / CONTOH
1. Masa sekarang
Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.
2. 10 tahun yang lalu 

 ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia / ibu sudah tidak
dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
3. 40 tahun yang lalu -
Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.
4. Siang
sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.
5. Malam
gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap
UNSUR KOMSAS – Latar Masyarakat
PERISTIWA / CONTOH
Masyarakat petani

Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.
2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.
Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau
3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya
UNSUR KOMSAS – Nilai
PERISTIWA / CONTOH
1. Nilai bertanggungjawab.


Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
2. Nilai kegigihan.

Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.
3. Nilai kesabaran.
Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.
4. Nilai kerajinan

ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut agak sukar untuk wanita
5.Nilai Sabar
ibu  bersabar melayani sikap  suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga
6. Nilai berdikari

ibu mengusahkan sawah padi bersendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa
7. Nilai kasih sayang

Penulis  menyayangi ibu bapanya yang  telah tua dengan cara menjaga kebajikan mereka terutamanya ketika mereka semakin uzur
UNSUR KOMSAS – Persoalan
PERISTIWA / CONTOH
1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.

Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya

 3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.
Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Latihan Pemahaman:
Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibulah juga yang menuai apabila padi masak habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang. Ceper pun serupa. Ia memancutlah airnya deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk  tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manaik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengna penuh tenaga apabila sekali-sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.

1.   Bagaimanakah penulis menggambarkan keadaan ibunya?(2m)
-cadangan jawapan
>ibu rajin bekerja ---menanamkan padi
>ibu mengurus semua hasil tanaman

2.   Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak membalas jasa ibu bapanya? Kemukakan 3 cadangan anda.(3m)
>sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa
>selalu menziarahi ibu bapa bagi anak yang tinggal berjauhan
>menjaga ibu bapa apabila ibu bapa tua

3.   Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebu.t (4m)
   Nilai kerajinan bekerja- ibu sudah tua, tetapi dia rajin bekerja di sawah dan di rumahnya
Ø
   Nilai kasih sayang anak terhadap ibunya-“aku” sanggup menjaga ibunya yang lumpuh.
Ø


No comments:

Post a Comment