Tuesday 6 January 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)


Latar Belakang Penulis Novel
Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik ini mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka melancong dan membaca.

Beliau meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun. Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2004, lima buah novel beliau telah diterbitkan dan beberapa buah novel lain dalam proses penilaian untuk diterbitkan.

Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara. Pada tahun 2009 pula beliau telah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan.


1 comment: