Pages

Enjin Carian

Tuesday, 6 January 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)


PERSOALAN
·         Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman iaitu suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan kaki botol telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anak mereka iaitu Haziq dan Rafiq yang berusia belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

·         Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.

·         Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami masalah keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.

·         Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mencuba mempengaruhi mereka agar menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak kerana lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah ekoran sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti dengan kelakuan anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.


3 comments: