Thursday 15 January 2015

Sinopsis Bab Demi Bab Novel Jendela Menghadap Jalan

Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya iaitu Seman masih dengan perangai buruknya sebagai kaki judi, sering pulang lewat malam selain  sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang penyakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana  berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah dengan memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut manakala Lili pula akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel  di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan bercadang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk kampung.

Bab 30.

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang untuk bertemu dengan Geetha bagi memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

No comments:

Post a Comment