Tuesday 6 January 2015

LATIHAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)


Latihan 2:
Peristiwa
Persoalan
Latar Masyarakat
Pengajaran
Masalah keganasan rumah tangga yang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya iaitu Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya berjaya diselamatkan.




Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Keadaan bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. 

Persoalan tentang masa depan perubatan tradisional


Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal dengan kenakalan mereka . Mereka menyangka bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya iaitu Seman yang melarikan kubah surau tersebut.




Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampung yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah memerlukan  bantuan, dan  bukannya cemuhan

Masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain.


No comments:

Post a Comment