Pages

Enjin Carian

Tuesday, 6 January 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN)


 Teknik Penulisan / Teknik Plot
Pemerian
·         Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
·         Penulis menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
·         Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang  dihadapi oleh mereka

Dialog
·         Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
·         Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
·         Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
·         Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.

Monolog
·         Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
·         Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.



Imbas Kembali
·         Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibu kurang mengamalkan ilmu kegamaan.

Saspens
·         Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Mereka menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana anggapan penduduk kampung

2 comments:

  1. SAYA ADA SOALAN TENTANG NOVEL IN
    SOALAN: UNTUK MENJADIKAN SESEBUAH NOVEL ITU MENARIK, PENGARANG TELAH MENERAPKAN PELBAGAI TEKNIK PENCERITAAN.


    APAKAH JAWAPAN BAGI NOVEL INI??

    ReplyDelete