Thursday 15 January 2015

Sinopsis Bab Demi Bab Novel Jendela Menghadap Jalan

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek agar berada di luar, sama ada untuk melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan  lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah untuk menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili. Jangkaan dan gambaran buruk perwatakan  Che Jah oleh nenek jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.
Lili berpendapat bahawa terdapat dua cadangan  yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya.kepada biro pengaduan Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat tetapi  lebih memberi tumpuan untuk menghabiskan cuti persekolahannya Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan dia perlu memperjuangkannya.

Bab 27.

Nenek bersuara janggal dengan mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti kejadian yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman yang sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu Mereka hanya berani melihat peristiwa yang berlaku. Che Jah pula memekik sambil minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang sering bertindak melulu.

No comments:

Post a Comment